Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

ADA APA DENGAN KAHWIN, & VALENTINE DAY???

Tahniah diucapkan kepada sahabat2 penulis yang akan melangsungkan perkahwinan. Musim cuti sekolah ini nampaknya banyak rakan2 penulis yang akan mendirikan masjid. Kepada Zira, Ain, Norisyam dan Fakhrulrazi bersama pasangan2 masing semoga berbahia hendaknya. Ukhwah yang terjalin sejak sama2 belajar di Politeknik Dungun Sesi 2002-2006 akan sama2 kita pegang jalinan ini. Tidak lupa kepada rakan2 Pengajian Fakulti Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah berkahwin iaitu Norain, Nik Salina, dan lain-lain semoga berbahagia hendaknya.




Kewajipan Menghadiri Jemputan

Perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat besar dalam hidup seseorang, kerana itu ia ditandakan dengan upacara sambutan dan jamuan agar saat-saat yang gembira itu disyarikati sama oleh jiran sekampung, sahabat-sahabat dan anak-anak buah. Dan supaya majlis itu benar-benar diselubungi gembira, maka setiap orang yang menerima jamuan itu diwajibkan menghadirinya kecuali ia keuzuran.

Menurut al-Mahlab erti dari jemputan itu amat besar, kerana ia digerakkan oleh perasaan kasih mesra dan bergembira dari penjemputnya supaya orang-orang yang dijemputnya itu sudi merasakan jamuannya atau sudi bermesra makan bersama-sama dengannya dan perasaan yang sedemikian mulia memang wajar disambut baik. Menurut al-Imam an-Nawawi, para Ulama sepakat bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah wajib. Hukum ini telah dikuatkan pula oleh satu Hadith yang lain yang berbunyi:

"Barang siapa tidak menghadiri jemputan itu, maka sesungguhnya ia telah menderhakai ALLAH dan Rasul-Nya s.a.w."

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Hurairah dan hadis ini begitu jelas menjadi dalil wajib kerana perkataan 'derhakakan ALLAH dan Rasul itu' tidak digunakan melainkan dalam kesalahan meninggalkan sesuatu yang wajib.

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Perkahwinan adalah satu ibadah

Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.

Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."

KENAPA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM MENOLAK VALENTINE DAY!!!!!

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

  • ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.


    Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.


  • PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.


    Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.


  • KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.


    Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.

  • CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.
  • CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.
  • PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.
  • CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56)
  • CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.

  • TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.

  • Salam Mesra....

    Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

    Leave a Reply

    Fadzil Hanid. Powered by Blogger.