Archive for 2010


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

3 comments

PROGRAM SIARAN LANGSUNG AMAL BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 (AKHIR) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA







Jom Beramai-Ramai memeriahkan suasana kehangatan Piala Dunia ( Akhir) di UTHM

* Skrin Layar 20 x 15 kaki.

* 7 buah Khemah Jualan ( Makanan, Minuman, Pakaian, Celcom)

* Aktiviti-Aktiviti menarik

- Free Kick Challenge

-Timbang Bola

-Cabutan Bertuah

-Penyokong Pasukan Paling Menarik

-Meja Perkhidmatan ( Cat Muka, Free Gift, Kain Lilit Kepala, Pendaftaran Kupon)


TENTATIF PROGRAM

9.00 PM - KETIBAAN YB ADUN SENGGARANG

9.30 PM - MAKAN MALAM BERSAMA YB ADUN SENGGARANG

10.00PM - FREE KICK CHALLENGE DAN PERTANDINGAN TIMBANG BOLA

12.30AM - UCAPAN DAN PERASMIAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG AMAL BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 (AKHIR)

1.30AM - CABUTAN BERTUAH

2.00AM - TAYANGAN BERMULA

3.15AM - CABUTAN BERTUAH

3.30AM - SAMBUNGAN TAYANGAN

4.30AM - MAJLIS PENUTUP

* PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

5.00AM - BERSURAI


Jadual Pengangkutan Program

TARIKH / HARI

MASA

CATATAN

Ahad, 11 Julai 2010

10.30 mlm

Dari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM

(Perjalanan Pertama)

10.50 mlm

Dari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM

(Perjalanan Kedua)

*11.10 mlm

Dari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM

(Perjalanan Ketiga)

Isnin, 12 Julai 2010

6.00 pg

Dari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman

(Perjalanan Pertama)

6.20 pg

Dari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman

(Perjalanan Kedua)

*6.40 pg

Dari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman

(Perjalanan Ketiga)


KOLEJ KEDIAMAN

JUMLAH BAS

Perwira

1 Buah

Melewar

1 Buah

Tun Dr. Ismail

1 Buah

Tun Fatimah

1 Buah

Taman Universiti

1 Buah


Sebarang Masalah sila hubungi ( 013-7107705) Fadzil - Pengarah Program


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Pelajar lelaki kuasai UTHM

BATU PAHAT 2 Julai - Ketika bilangan pelajar wanita di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jauh melebihi pelajar lelaki, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatatkan penguasaan pelajar lelaki.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, pelajar lelaki mewakili 55 peratus daripada kira-kira 3,000 pelajar dalam sesi pengambilan 2010/2011 bermula 26 Jun lalu hingga 3 Julai ini.

"Sejak ditubuhkan, bilangan pelajar lelaki di UTHM melebihi pelajar wanita. Lazimnya nisbah antara 55:45 dan pernah juga 52:48 yang memihak kepada pelajar lelaki," katanya pada sidang akhbar Majlis Bersama Media di UTHM di sini semalam.

Mohd. Noh berkata, faktor pelajar wanita kurang berminat dengan pengajian kejuruteraan bukan sebab utama dominasi pelajar lelaki di UTHM.

"Kalau saya cakap wanita tak minat kejuruteraan, nanti orang marah pula. Tambahan pula, universiti lain pun ada program kejuruteraan tetapi ramai juga pelajar wanita.

"Pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana UTHM tidak menawarkan pengajian yang sangat diminati pelajar wanita antaranya sains makanan, sains sosial, perubatan dan farmasi," katanya.

Sementara itu, Mohd. Noh berkata, UTHM juga mempunyai nisbah kakitangan dan pelajar yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu satu kakitangan bagi setiap empat pelajar.

"Kita mempunyai kira-kira 8,000 pelajar dan 2,200 kakitangan. Ini bermakna seorang kakitangan menjaga empat pelajar," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerjasama antara media dan IPT amat penting bagi memantapkan bidang pendidikan untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Sehubungan itu, beliau meminta media massa agar dapat terus melaporkan perkembangan IPT khususnya UTHM untuk menarik minat masyarakat menjadi manusia yang berilmu dan berfikiran luas.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Software : Perkongsian

Malam ni lepas bertugas kat Unit Kebajikan MHS, x banyak masalah sebab kemasukan bagi Diploma ni sikt je. Cabaran sebenar kemasukan Degree nanti. Sebab baru lepas buat montaj untuk Jawatankuasa Penaja Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM, maka elok kiranya berkongsi software ni untuk rakan-rakan sekalian. Penulis tinggal 6 bulan lagi di UTHM, maka sekarang ni rancak la turunkan ilmu-ilmu unik ni kat mana-mana orang yang nak belajar. Sebelum ni agak esklusif la ilmu ni untuk penulis sebab belajar sendiri je. Satu yang menarik penulis memang suka untuk Editing Video, Montaj, Slide dan seangkatan dengannya. Ada jugak la cita-cita untuk jadi Pengarah Filem, hehe. Boleh di katakan penulis amat suka membaca imaginasi pengarah-pengarah filem yang suka meletakkan motif dan mesej yang tersendiri. Malaysia masih ketandusan genre filem sebegini. Satu hari nanti.... MUNGKIN.....

Tak nak membebel panjang....

Nama software ni

Ulead Video Studio

Banyak versi. Kena la cari sendiri kat internet kalau nak download. Kalau yang kenal penulis leh bawa pendrive. Copy je.... huhu

Ni la hasil-hasil kerja penulis selama ni.... sila komen key.. =)




Montaj Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM



Montaj Kenangan Kelas Fakulti Pendidikan Teknikal



Hero Malaysia For Fun



Video Klip " Hadapi Dengan Senyuman" Versi Fadzil



Slide Show Sempena Hari Jadi Ibu Ke-54

Semoga semua terhibur =)

- Fadzil -


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Kepada Mahasiswa/Mahasiswi UTHM Berkenaan MPP Sesi 09/10. Update 25/06/2010 ( Berkenaan Maklumbalas MPP berkenaan aduan)

Maklumbalas daripada saya sebagai orang tengah ;


Aduan Pelajar ;

Minggu lepas, RABU, 16 jun, member saya terserempak dengan seorang lelaki di bersebelahan bilik air. difahamkan lelaki tersebut baru sahaja selesai mengendap.. pekara ni berlaku pada waktu mlm, jam 8.00.. mangsa dapat melihat wajah lelaki tersebut dan mengadaikan, lelaki tersebut berusia 23-25thn.. potongan rambut ala2 budak2 sukses.. dan juga sebelum ini pon berlaku kecurian pakaian dalaman wanita...

SEterusnya mangsa melaporkan ke pondok pengawal. tetapi, jawapan menghampakan.. diberitahu, "bahawa pengawal keselamatan tidak boleh sesuka hati masuk kolej wanita.."

diharapkan saudara fadzil dapat bersua muka dengan MPP..

harapan seterusnya, kes ini dapat diselesaikan memandangkan pelajar2 akan menduduki peperiksaan akhir..

Perkara yg menyebabkan berlaku :

1 tiada pemasangan lampu spot light pada waktu mlm...
2. blok bersebelahan berada dlm keadaan gelap pada waktu malam..
3. tiada penghuni yg tetap di blok A
4. kurang pengawasan pegawai keselamatan.

Respon daripada Yang Di-Pertua MPP Sesi 09/10 & Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman

Tindakan :

1. Daripada Pejabat Keselamatan:

-masalah telah diajukan kepada En. Yusoff bin Romli ( pegawai kanan bahagian keselamatan UTHM)

Respon: -

Berkenaan jawapan yang di terima oleh pengadu daripada pihak keselamatan universiti adalah kerana staf yang membuat rondaan di seluruh UTHM pada satu masa adalah 2 orang sahaja, jika ketika itu peronda terdiri daripada lelaki, maka blok perempuan tidak akan di lakukan rondaan secara terperinci. Satu unit penyiasatan telah dibangunkan untuk menyiasat perkara ini.

Cadangan MPP:

-membuat rondaan blok ke blok untuk setiap kolej kediaman di dalam kampus ( Pengawal mengikut jantina samaada blok lelaki dan perempuan)

-mengetatkan kawalan terutamanya pada blok perempuan ketika semester 3

-menambah jumlah pengawal yang membuat rondaan pada satu masa untuk meliputi setiap kawasan dengan lebih efektif.

2. Daripada kolej kediaman Tun Fatimah

-masalah telah dimajukan kepada pengetua KKTF

Respon: - pengetua akan mengeluarkan arahan kepada semua felo supaya melakukan kerja dengan lebih komited.

Tindakan MPP:

-menulis surat kepada semua pengetua untuk mengerah semua felo-felo kolej kediaman supaya membuat kerja dengan lebih efektif dengan membuat rondaan dengan lebih kerap dan sentiasa “alert” dengan panggilan telefon oleh mahasiswa yang bermasalah. Laporan prestasi dan aduan dimajukan kepada TNC HEPA.

3. Tindakan akan datang pada 25/06/2010:

-Satu perjumpaan dengan Pusat Pembangunan Harta Universiti akan diadakan bagi membincangkan semua permasalahan berkaitan dengan lampu yang tidak berfungsi di sekitar kampus. Cadangan daripada pengadu akan turut dimajukan.

Makluman Bidang kuasa:

- Pegawai keselamatan hanya menjaga keselamatan persekitaran kampus dan melakukan penyiasatan jika berlaku sebarang kes.

- Pengetua dan felo bertanggungjawab terhadap keselamatan, etika dan sahsiah mahasiswa di peringkat kolej kediaman.

Sebarang masalah sila beri maklumbalas segera.

Saya selaku Mantan MPP Sesi lepas boleh menjadi pemudah cara bagi sahabat-sahabat kampus sekalian
untuk berhubung dengan sahabat-sahabat MPP Sesi 09/10 memandangkan saya masih berada di UTHM sehingga akhir tahun ini. Tetapi sekiranya anda dapat membuat aduan terus ke pihak MPP Sesi 09/10 adalah lebih baik. Saya sedia maklum kemungkinan "networking" mahasiswa/i untuk saluran ke MPP 09/10 mungkin terdapat sedikit " miss communication". Tetapi saya percaya selepas melihat dan mengenali MPP Sesi ini sejak kembali ke kampus sejak 3 minggu yang lalu, mereka ini bekerja keras untuk kebajikan mahasiswa/i semua, dan sedikit masa lagi, InsyaAllah mereka akan membuka pelbagai kaedah dan alternatif untuk mendengar keluhan anda semua. Tetapi sekiranya masih memerlukan bantuan saya sebagai orang tengah, saya akan menerima dengan tangan terbuka.

23 Jun 10, 12:41
nuovic: salam mantan MPP.. timbul kes di TF dalam seminggu ni mengenai kes yg agak memalukan.. sahabat saya adalah salah seorang yang terlibat,.. saya harap pihak keselamatan mempertingkatkan keselamatan

Maklumbalas saya ;

Wa`alaikummusalam, berkenaan kes ini boleh perincikan kepada saya untuk saya ajukan kepada pihak MPP Sesi 09/10 . Hantar Email kepada saya fadzil.mpputhm@gmail.com
Sekiranya anda ingin maklumat anda di rahsiakan maka saya akan melindungi maklumat peribadi anda. Selain itu ;

Saya gariskan beberapa cara untuk menghubungi terus ke MPP 09/10.

(1) Anda boleh call/mesej ke pihak MPP . No. Telefon ada di Poster MPP Sesi 09/10. Atau Email ke ahli-ahli MPP, juga dapat dilihat di Poster MPP. ( Di sarankan aduan terus kepada jabatan berkaitan permasalahan )

(2) Aduan kepada MPP Sesi 09/10 melalui Facebook MPP Sesi 09/10

Email Facebook MPP 09/10 = mpputhm0910@gmail.com ( Add pastu tinggal la komen atau mesej )

(3) Aduan pada blog MPP Sesi 09/10 yang baru dibuat.

http://www.mpputhm.blogspot.com/

(4) Aduan pada Saluran Aduan & Cadangan Mahasiswa Online (SACAM) di Portal MPP.

http://webapp.uthm.edu.my/mpp/

* Buat sementara ini pihak MPP tidak dapat menggunakan saluran ini kerana masalah teknikal berkaitan portal

(5) Berjumpa terus dengan ahli-ahli MPP di Pejabat MPP . Ini bergantung kepada kesesuaian waktu ahli MPP bekerja. Selalunya pada waktu pejabat, terdapat ahli-ahli MPP di sana. Pejabat MPP bertempat di Bangunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ( Tingkat Atas).

Montaj MPP Sesi 09/10 untuk anda kenali mereka lebih lanjut.




Sekian, terima kasih.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Santai Dengan "Garlic Bread"

Malam ni kul 2( Ops.. pagi ) , penulis nak berkongsi resipi. Penat asyik berceloteh isu berat-berat sebelum ni. Topik kali ni perkara asas manusia iaitu makan. Bercakap tentang makan ....... bagi orang yang minat memasak.... satu kepuasan kepada diri untuk merasa air tangan sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan.


Tak nak cakap panjang ni menu dia ;

Bahan-bahan:

* Roti Perancis - agak2 la korang nak buat berapa byk. Roti biasa pn ble tp
nipis jadinyer (alternative pada yg tak jmp roti jenis2 perancis neh)

Ni la Roti Perancis bagi yang x kenal..... Penulis beli kat Carrefour Batu Pahat, Rm1.60 jer

* Butter / Marjerin / Mentega
* Bawang putih - agak2 la nak buat berapa banyak
* Oregano sket

Ni Oregano bagi yang x kenal. Beli kat carrefour jugak, Rm9.00

Cara-caranya:

* Potong nipis roti perancis tuh - agak2la berapa byk korang nak kan..
* Sapukan mentega
* Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then
korang goreng tanpa minyak)
* Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
* Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
* Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)


Tadaaa.....dah siap..... =)


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat.

Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.

Kenapa tidak dapat hidup dengan aman saudara saudari semua? Terimalah kekurangan dan kelebihan seadanya. Perang kat dunia ni pun dah cukup banyak. Tak cukup lagi ke? Sebelum cerita lebih lanjut layan dulu lagu ni ;

A Song A Peace



Jom nyanyi sama-sama moga leh tenangkan jiwa masing-masing ; ni lirik dia.......

solo (opt):

If I could write a magic song that ev'ryone could sing,
I would write of love, of hope and joy, and things that peace could
bring.
And when we sang my magic song, all hate and war would cease.
If I could write a magic song, I'd write a song of peace.

all:

One song for all of us. One song could bring us peace.
One song could make a miracle for all of us. A song of peace.
With just one song, one magic song that ev'ryone could sing,
we could sing of love, of hope and joy, and things that peace could
bring.
And when we sang our magic song, all hate and war would cease.
With just one song, one magic song, the world could fill with peace.

part 1: part 2:

One song for all of us. One song for all of us.
One song could bring us peace. One song, peace.
One song could make a miracle One song, miracle
for all of us. A song of peace. for all of us. A song of
peace.

One song could make a miracle One song, miracle
for all of us. A song of peace. for all of us. A song of
peace.
A song of peace. A song of peace.

solo:

A song of peace.



Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.

Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita berniat nak memberi nasihat, orang salah anggap kiat menjaga tepi kain . Kita niat nak membantu kemudian, orang fikir kita nak menjatuhkan dia. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Hehe. Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup "kawan". Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan.

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu."

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhuwwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah." (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain." (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Sekian, Jangan Dendam-dendam tau..... Peace


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

FADZIL : BICARA KISAH KEJAYAAN, KEPIMPINAN & CINTA

Kejayaan

Ketika masih di bangku pengajian diploma di Politeknik, saya mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengetahuan yang di ukur berdasarkan keputusan CGPA & CPA. Lebih tinggi keputusan , terasa lebih banyak yang saya tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik daripada semalam. Anugerah menjadi impian saya, sememangnya tercapai tetapi satu hari saya bertanya “ Apakah makna anugerah yang di terima saya kepada manusia sejagat? “ Gemilangnya sekejap sahaja tetapi sepi tanpa makna selepas itu.

Kenangan Bersama Rakan Sekelas di KUittho pada 2007

Ketika pada semester awal pengajian ijazah di UTHM ( Kuittho ketika itu ) perubahan mentaliti berkenaan kejayaan telah berubah, kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bertambah pengetahuan , begitulah amal bertambah di jalan kebaikan. Penerapan ini seiring dengan pengajian dalam bidang pendidikan yang menekankan bidang-bidang sosial, falsafah, psikologi, pedagogi dan lain-lain cabang ilmu yang menuntut bakal-bakal pendidik untuk membina anak bangsa pada masa depan. Pertambahan amal menjadikan saya lebih berbanding semalam. Aktiviti persatuan, baktisiswa, program universiti menjadi pilihan saya untuk amal berdasarkan pengetahuan yang ada.
Sekali lagi, seiring dengan usia dan kematangan , apabila saya bukan lagi kejayaan berdasarkan konsep individu, kejayaan peribadi menjadi kecil tidak beerti. Kalau ukuran kejayaan apa yang di capai oleh peribadi, kini ukuran itu tidak membawa sudah tidak membawa makna kepada saya. Kejayaan kini adalah keupayaan diri saya untuk membawa orang lain berjaya sama, keluarga, sahabat-sahabat, organisasi, masyarakat dan misi sehingga membawa saya ke slogan “ Agama, Bangsa & Negara”.
Kepimpinan

Kenangan Bersama-Sama MPP Sesi 08/09


Memegang kuasa di dalam Majlis Perwakilan Pelajar benar-benar mencabar pengetahuan dan pengalaman yang ada. Saya benar-benar jatuh cinta kepada organasisai ini. Ketika rakan-rakan lain sibuk bercinta dan kelihatan bahagia dengan kehidupan yang tersendiri, saya pula sibuk bercinta dengan organisasi ini. Entah kenapa ianya begitu bermakna kepada saya. Saya fikir kejayaan organisasi lebih mudah di capai melalui kuasa yang ada.

Charles McEroy pernah berseloroh, " Kuasa itu biasanya dikenal sebagai ubat antidepresi singkat yang paling hebat” . Penyataan itu mengandungi banyak kebenaran kerana kuasa sering memberi kesan kejayaan, tetapi sekalipun demikian, itu hanyalah sementara.

Huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di kampus, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.



Kenangan Bergambar Bersama-Sama Menteri Pengajian Tinggi, Dato` NC UTHM , Pegawai-Pegawai Kanan Universiti & Yang Di-Pertua MPP Se-Malaysia Sesi 08/09


Perasaan kehilangan kuasa selepas tamat MPP benar-benar merunsingkan saya. Apakah yang perlu saya lakukan pada kala ini, malam ini dan esok hari tanpa kebiasaan saya bekerja sebelum ini? Saya fikir perasaan seperti kehilangan cinta, berasa keseorangan dan perasaan sedih meninggalkan sesuatu yang begitu sebati dengan hati. Mungkin inilah yang dikatakan cinta bagi kebanyakan orang. Oleh kerana ini, saya cuba kembali kepada kebiasaan lama seperti membaca, menulis, memerhati dan menikmati kehidupan bersara ini dengan sebaik-baiknya. Mujurlah ketentuan Allah S.W.T itu ada hikmahnya, saya berasa lebih tenang, dan saya ini anggap fasa kedewasaan saya. Alhamdullilah segalanya mula menampakkan hala tuju yang lebih jelas kepada saya.

Abraham Lincol
n pernah berkat-kata "Hampir semua manusia dapat menahan musuh, namun bila engkau mahu menguji sifat seseorang, berikan dia kuasa”.

Cinta

Terlanjur bercakap tentang cinta penulis kepada MPP sebelum ini, definasi cinta membawa maksud berbeza-beza kepada setiap manusia tetapi yang pasti bersifat universal. Mari kita lihat huraian penulis berkenaan cinta mengikut perspektif peribadi penulis ;

Apakah Kedudukan Cinta Yang Sepatutnya?

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah.. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :



Kenangan bersama keluarga angkat di Gopeng baru-baru ini


Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

4. Cinta Lelaki Perempuan

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”

(Surah An-Nuur, ayat 30)

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Saya menutup nukilan pada kali ini dengan mencabar diri sendiri dan para pembaca untuk terus melihat masa hadapan. Lupakan masa lalu yang menhalang potensi anda untuk maju.

Mungkin anda telah melakukan banyak kesalahan di dalam hidup anda, atau mungkin anda mempunyai masa lalu yang sukar dan pebuh tentangan. Hadapi semuanya itu dan tetap maju. Jangan biarkan ia menghalangi anda untuk mencapai potensi anda. Saya bawa anda mengenai beberapa kisah daripada barat, islam dan temapatan.

Sultan Muhamad Al Fateh seorang penakluk yang hebat. Beliau mula melakar sejarah hanya dengan kata-kata gurunya tatkala berumur 10 tahun. Hadis Rasulullah saw yang berbunyi “Costantinopel akan dibuka, sebaik-baik panglima tentera adalah yang membukanya, sebaik-baik tentera adalah tentera itu” menjadi aspirasi beliau untuk sebuah kejayaan. Gurunya sering bertanya pada beliau “Kenapa bukan engkau yang menjadi orang ini wahai Muhammad?” Muhammad Al-fateh langsung mempersiapkan diri untuk misi agung ini. Beliau sering berlatih menunggang kuda ke dalam lautan hingga air laut menenggelami kudanya ke paras leher. Sedikit demi sedikit, beliau semakin hampir dengan kubu kukuh tentera Kristian Costantinopel. Dia menjerit dengan suara yang kuat “Aku akan menjadi orang itu” seolah-olah menyahut seruan Nabi Muhammad saw. Dia mula belajar tentang ilmu pengurusan, pemerintahan tentera dan seni peperangan. Dia berjaya menguasai hampir 6 jenis bahasa pengantar yang berbeza-beza. Bagi dirinya, matlamat sudah berada di depan mata. Pada usia 21 tahun, kota Costantinopel berjaya dibuka oleh beliau dan tenteranya.

Kisah Franklin Delano Roosevelt. Pada 1921, pada usia tiga puluh tahun, dia terkena polio yang serius, yang melumpuhkan dan membuat dia kesakitan. Dia tidak pernah berjalan lagi tanpa bantuan, tetapi dia tidak mengizinkan hal ini menghentikannya dari pencapaian potensi. Lapan tahun kemudian, dia menjadi gabenor New York, dan pada tahun 1932, dia terpilih sebagai presiden Amerika Syarikat.

Kisah Perjuangan Dr. Mahathir Muhammad sepanjang 22 Tahun sebagai Perdana Menteri Membangunkan Malaysia. Jatuh bangun dia sebgai ahli politik boleh dijadikan teladan. Sengaja saya bawa kes pengharaman UMNO pada 1989 kerana terjumpa sepucuk surat berkenaan pemulihan UMNO ( Baru) ketika mengemas bilik arwah ayah angkat di Gopeng baru-baru ini. Kes bermula apabila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A iaitu Tun Dr. Mahathir. Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu, pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tun Dr. Mahathir cepat bertindak dengan menubuhkan UMNO (Baru). Bermulalah perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula UMNO mereka. UMNO Baru anjuran Tun Dr. Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang diisytiharkan haram sebelumnya.





Bagaimanakah tahap keyakinan anda untuk berjaya selepas membaca nukilan ini?
Semoga berjaya dengan apa yang anda impikan!!!!!


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM
SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10

MPP UTHM SESI 05/0

MPP UTHM SESI 06/07

MPP UTHM SESI 07/08

MPPUTHM SESI 08/09

MPPUTHM SESI 09/10



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEMBERIKAN PENGALAMAN BERGUNA KEPADAKU

DENGAN KATA-KATA KERAMAT "PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"


DARIPADA : MOHD FADZIL =)


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

3 comments

Subhanallah .. ada sungai dalam laut !!

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.