Salam hormat kepada pengunjung.....
Blog ini tidak akan dikemaskini dalam tempoh 2 minggu bermula pada hari ini ( 11/12/2009) kerana penulis akan menjalani pembedahan kali kedua pada 15/12/2009 akibat kemalangan 3 bulan lepas. Sekarang penulis berada di Hospital Sultanah Nor Zahirah, Kuala Terengganu bagi persiapan pembedahan tersebut. Sekarang hampir waktu subuh , penulis curi-curi keluar laptop dan menulis untuk pengumuman ini. Doakan penulis semoga cepat sembuh. \o/
Assalamualaikum.....
Archive for December 2009
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Pendapat Peribadi
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Pendapat Peribadi
Mahasiswa Oh Mahasiswa
Kerap kali kita membincangkan sindrom mahasiswa jumud dan tidur ini. Jumud dari segi meningkatkan kepekaan rasional untuk memaksimakan kepedulian kepada persekitaran yang berlaku, sama ada dari pemerhatian aktiviti tamadun yang berjaya atau melihat kehalusan seni bina alam ciptaan Tuhan. Mereka terbelenggu dan terpenjara di dalam paradigma arus perdana yang sonsang dan jauh melawan fitrah kejadian manusia. Mereka seolah-olah seronok bermain di alam fantasi berbanding realiti, masa berharga dibuang begitu sahaja.
Mereka betul-betul dibelenggu dengan pengiktirafan material tanpa ingin mengisi pengiktirafan rohani . Cukup sekadar segulung kertas dengan angka-angka 4.00, 3.75 untuk di jaja dimana-mana mereka perlu. Tanpa mereka sedar hati mereka itu kosong tanpa penghayatan mengapakah mereka ini ditempatkan di dunia ini? Apakah nilai sebuah ilmu? Apakah Ilmu itu sekadar untuk mencari kerja sahaja?
Berkatalah sang Arjuna “ bebanan subjek dan jam kredit yg bertambah setiap semester..dibelenggu plak dengan eksperimen kampus pada mahasiswa dalam kompetensi generik..semua itu memaksa mahasiswa menjadi individu yg melalui arus tanpa perasaan.. ”
Bagi yang memimpin pula janganlah tidur di siang hari. Hari ini orang hangat memperkatakan politik baru. Bagi yang sedang tidur cepat-cepatlah bangkit. Anda akan ketinggalan. Bagi yang aktif dalam organisasi mahasiswa, tumpukan perhatian membudayakan pengintelektual organisasi. Budayakan pemikiran intelektual di kalangan mahasiswa. Janganlah hangat-hangat ketika berkempen di AGM atau PRK sahaja. Bila sudah ada jawatan lemah gemalai dalam menjalankan tanggungjawab. Sekadar menjadi tempelan. Menjadi Pak Angguk di dalam mesyuarat sahaja. Semua hal ingin disuapkan. Mana idea-idea yang gah yang sepatutnya selaras dengan CPA anda? Setiap individu kalau digembeleng dalam sama-sama membantu akan nampak gah organisasi itu walaupun hakikatnya ada pelbagai masalah. Rumah Tangga mana yang tidak pernah goyang?
Ketakutan untuk menetapkan pendirian dan bersuara ini penyakit buatan sendiri. Ciptaan untuk kepentingan peribadi. Takut menyakiti hati orang lain, menyinggung perasaan orang lain, takut ditempelak kembali. Mana slogan Amar Makruf Nahi Mungkar ? Bermuka-muka di hadapan lain, di belakang lain.
Hari ini kalau anda asyik berlindung di belakang orang lain keluarlah. Hari ini kalau anda sebagai pimpinan mahasiswa sesibuk manapun anda tidak perlu berucap berapi-api di hadapan orang ramai lagi seperti dulu untuk menyatakan idea dan pendapat. Hari ini zaman teknologi, kalau kamu mahu, boleh menjerit kepada seluruh dunia. Apalah sangat membuat web, blog. Malangnya kita sibuk mengumpul kawan dalam laman sosial sesawang twitter, facebook, friendster daripada menyampaikan pendapat dan hasrat kepada masyarakat kampus.
Kebanyakan kita kurang minat tentang falsafah, membuatkan kita menjadi penduduk dunia kelas kedua. Malah lebih teruk lagi tidak berfikir lansung. Kesedaran berfalsafah itu yang penting kerana akhirnya membawa kepada pertanyaan siapa, dari mana, hendak ke mana dan pelbagai soalan kehidupan. Kini Budaya yang ada semuanya ingin di ringkaskan . Ringkas dan Padat!! Tapi dalam kosong. Jadilah produk Mee Segera….
Meminjam Petikan kata-kata Dato` Saifuddin Abdullah dalam rencananya ;
• Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.
• Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.
• Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.
• Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.
• Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan “mencerca”, tetapi “mengkritik”, yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.
Penulis sangat tertarik dengan penerimaan ilmu sains yang terbaik adalah apabila ilmu itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala melalui cara yang begitu praktikal dan sangat halus, sehinggakan melebihi cara pemahaman ilmu ahlul-sufi mendekatkan diri kepada Allah Taala.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٍ۬ۖ فَإِنۡ أَصَابَهُ ۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةَۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِين
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” al-Hajj (22:11)
Jernihkan akal dan usaha ke arah pembangunan minda kelas pertama dengan idea-idea lestari, jauh sekali memikirkan dunia fantasi dari realiti dan bergelumang kotor di dalamnya.
Beruntunglah mereka yang peduli dan masih ada hati.

posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Ayuh Harimau Malaysia..... Malaysia Boleh!! Mana Siaran Langsung ni???
Jadual Perlawanan Pasukan Bolasepak Malaysia:
Rabu, 2 Disember - Malaysia (11) vs Timor Leste (0)
Ahad, 6 Disember - Malaysia vs Vietnam
Selasa, 8 Disember - Malaysia vs Cambodia
Jumaat, 11 Disember - Malaysia vs Thailand
Saya tidak ingin membuat ulasan... tapi saya kepilkan ulasan orang lain yang cintakan bola sepak seperti saya....Ulasan ini diambil daripada Forum
http://www.mesra.net/forum/index.php?s=6c171b6767142a21172cde8737bbb3f8&showtopic=97435&pid=5127403&st=0&#entry5127403
Kejayaan skuad bolasepak negara kita membelasah pasukan Timor Leste dengan jaringan 11-0 kemarin belum boleh kita semua jadikan ukuran untuk team bola negara kita mendapatkan kilauan pingat emas sukan SEA tahun nie...Kenapa gua cakap macam nie??Ini kerana korang pun tahu, pasukan Timor Leste nie baru dibentuk dan pendedahan kepada perlawanan besar pun masih kurang lagi..dan kalau tak silap gua ini adalah pengalaman pertama Timor Leste menyertai sukan SEA nie..Jadi tak hairanlah jika pasukan negara kita nie boleh makan team nie dengan mudah saja...Lawan yang menjadi batu pengukur kemantapan pasukan negara kita nie bagi gua adalah Vietnam...Apa tidaknya mengikut rekod pertemuan pasukan negara kita dan Vietnam sejak tahun 2001, pasukan negara kita hanya pernah menang sekali saja ke atas Vietnam!!!Jadi, bagi gua pasukan negara sepatutnya belum boleh berasa selesa dan mendabik dada dengan kemenangan besar ke atas Timor Leste yer..
Pada sukan SEA tahun nie, negara kita telah diundi dalam kumpulan A bersama Thailand, Vietnam, Kemboja dan Timor Leste...Dalam perlawanan pembukaan kemarin, Vietnam boleh dikatakan gagah juga kerana telah berjaya seri dengan pasukan Thailand, iaitu pasukan pilihan utama dalam saingan pingat emas sukan SEA nie...Seharusnya pasukan negara kita menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika bertemu Vietnam ahad nanti..Jika negara pasukan negara kita menang pada perlawanan menentang Vietnam, boleh dikatakan cerah jugalah peluang pasukan negara ke peringkat suku akhir...
Jika satu masa dulu semasa zaman arwah Datuk Mokhtar Dahari pasukan bolasepak Malaysia adalah salah satu pasukan yang sangat digeruni di Asia, sehinggakan Jepun dan Korea pun akan bergegar lutut jika akan bertemu pasukan Malaysia...tapi kini, apa yang jadi..pasukan negara Jepun dan Korea lebih jauh maju kehadapan meninggalkan negara kita dibelakang...dimanakah silapnya??korang pun tahu juga di mana silapnya...
Harapan gua..ayuh pemain-pemain Malaysia, tingkatkan kemahiran dan tanamkan semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan yang akan kalian hadapi...jangan gentar dan mudah putus asa...aturlah strategi dan gunakan otak dalam setiap tindakan serangan...Semoga kalian semua akan berjaya mengembalikan semangat Harimau Malaya yang satu masa dulu digeruni lawan ....
Terima Kasih la TV Vietnam Kerana bagi LIve kat kami ni rakyat Malaysia ( Sindiran untuk TV di Malsyia termasuk Astro - cukup2la drama Indonesia tu.... bosan dah!! )
NEXT GAME MALAYSIA VS VIETNAM 6/12/2009 4.PM
From
http://vietfootball.blogspot.com/2009/12/watch-sea-games-25-football-tournament.html
Pilih channel VTV2 tapi ni tv vietnam la..tapi layan je la..
TQ For All atas bantuan kepada pecinta bola sepak termasuk teman kat sini!!!
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
SAYA MUNDUR KE BELAKANG
Artikel ini tulisan Dr. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran tersiar di blognya pada 22 Nov 2009posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Waktu Yang Hilang
Setelah lama tidak menulis sendiri rasanya.... hari ni aku mengikuti ibuku yang kugelar mama ke Seberang Takir yang jauhnya jarak dalam 35km daripada rumahku atas jemputan kenduri perkahwinan sepupuku. Sudah hampir 3 bulan aku tidak keluar dan terperap di rumah. Sepanjang perjalanan aku menyusur kembali saat-saat remajaku berulang-alik buat beberapa ketika sebelum duduk di asrama dari rumah ke Sekolah Teknik Wakaf Tembusu, Seberang Takir. Bermain di benak kepalaku motor Hondacup 70 yang kutunggang dahulu dan sekali sekala bas awam yang kunaiki bila hari hujan. Banyak yang berubah seperti mana diriku yang berubah dalam banyak tahun kebelakangan ini. Ikut sekali adik lelakiku Azmil yang baru sahaja menamatkan pengajian di Maktab Peguruan Islam Bangi. Sepanjang perjalanan asyik mengomel mengenai keputusan keluarga tidak membenarkannya posting ke Sarawak. Terpaksalah menunggu lama untuk posting kembali di semenanjung. Jauh sudut hati aku memahami perasaan mama yang tidak ingin anak kesayangannya itu jauh daripadanya. Mama sudah tua dan setahun lagi akan pencen sebagai guru, manakan membiarkan anak kesayangan dibiarkan duduk di hutan belantara Sarawak. Kalau boleh setiap kali cuti dia ingin anak-anaknya balik ke rumah. Dalam perjalanan singgah di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek mengambil adik perempuanku di asrama yang sedang mengambil SPM untuk di bawa bersama ke kenduri. Melompat adik perempuanku bila kami tiba tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Suprise!! Adikku Azmil keluar kereta sambil berjalan di sekeliling blok. Entah apa yang difikirkan nostalgia lama dia berada di sekolah itu. Pasti banyak kenangan yang disimpan.
Fadzil bukan lagi budak hingusan yang selalu di denda di kelas, selalu di rotan di asrama. Yang pernah di buang asrama kerana masalah displin. Tidak lagi rakan-rakan. Hidup hanya pinjaman sekejap sahaja. Kematian Faruq benar-benar menginsafkanku. Aku berubah menjadi lebih baik selepas itu, aku berjaya mengeggam keputusan Diploma di Politeknik dengan kejayaan yang membanggakan. Tidak seperti kalian yang dapat terus ke universiti berkat kerajinan kalian semua dan atas kenakalanku di sekolah layaklah aku ditempatkan di Politeknik. Hari ini aku membuktikan tiada orang yang akan gagal selamanya. Aku kini di menara gading yang diberikan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang sudi menerima orang sepertiku.
Penulis ( Berbaju biru sebelah -kanan) bersama kawan-kawan sekelas yang merupakan kawan seasrama bergambar riang di padang ketika mengambil SPM tahun 2002.Hari ini aku menulis kerana terlintas di benakku ketika melintas di sekolah lama kita. Aku juga beria-ia ingin mengikuti ibuku bagi mengambil sedikit ketenangan setelah membuat keputusan yang sukar hari ini. Aku telah menegur sahabat2ku dengan nada yang keras atas kebaikan mereka. Begitu sukarkah orang lain untuk memahami diriku?Adakah niat baik kita akan disalah ertikan? Tanggungjawab dan amanah ini mula memakan diriku sedikit demi sedikit. Senyuman riangku mula hilang, usia mudaku yang kukorbankan mula memamah hatiku.
Alangkah baiknya kalau Arwah Faruq masih hidup dengan slogan hidupnya yang sentiasa membuat sahabat dekatnya gembira di sekililingnya. Berharap suatu hari nanti dapat ketawa riang seperti hari itu lagi. Auntie Normah ( Ibu Arwah Faruq ) yang baik hati juga pasti bersedih dengan kehilangan anak lelakinya. Aku ketika belajar di Politeknik Dungun kerap juga menziarahi rumah arwah di Dungun dan kuburnya di tepi laut Teluk Gadong, Dungun. Setiap kali aku datang Auntie Normah tidak henti-henti menitiskan air mata kerana ketika arwah masih hidup , aku selalu sahaja tidur, melepak, bermain dengan arwah di rumahnya.
Penulis ( kiri sekali ), rakan-rakan, Arwah Faruq ( Baju kuning- dua dari kanan) di hadapan Peta Sekolah Teknik Wakaf Tembusu (2002).
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Jangan Bunuh Intelektual
Artikel ini tulisan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tersiar di Utusan Malaysia 27 Nov 2009
Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) dan saya (kanan) bergambar kenangan semasa lawatan MPP UTHM ke KPT
Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.
Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.
Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.
Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah
“orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya”.
Menurutnya lagi,
“Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya.”
Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.
Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.
Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.
Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:
• Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.
• Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.
• Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.
• Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.
• Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.
• Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.
Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:
• Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.
• Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.
• Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.
• Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.
• Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.
• Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.
• Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan “mencerca”, tetapi “mengkritik”, yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.
Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara “intelektual” dan “ulama“? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?
Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, “pengislaman ilmu” oleh Ismail Faruqi dan “mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual” oleh Mohd Natsir?
• Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.
• Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.
• Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.
• Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.
• Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.
• Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.
Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.
Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
sumber: Utusan Online
sumber: Datuk Saifuddin Abdullah
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Pendapat Peribadi
MaRi BeLaJaR iLMu iKhLaS
“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya. “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,” “Tak payah, bawa sahaja karung guni” “Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya. “Mari kita ke pasar!” Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu. “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. “Cukup?” “Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa.
Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar. “Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?” “Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?” “Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan. “Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh. “wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang. “Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula. Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?” “Tak buat apa-apa” “Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid. “Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas” “Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan. “kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal” “Dengan memikul batu-batu ini?” “Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.” “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini? “Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.” “ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.
Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.







