Archive for November 2009


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 9 - " Jalan Itu Bukan Sentiasa Lurus, Bengkang-Bengkok Itu Ada Hikmahnya "

Penulis(duduk - kanan) bersama-sama sebahagian ahli MPP dalam dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Dato` Saiffudin Abdullah (duduk - tengah) di Kementerian Pengajian Tinggi


15 Nov 09, 13:40
student'power: salam..mpp skrg byk perjuangkan kebajikan pelajar tp syg...kdg2 ada MPP kurang menunjukkan cth yg baik..slalu dating berdua.dh muak tengok.bagilah contoh baik sikit..bkn ke dok berdua-duaan xbaik

15 Nov 09, 13:41
student'power: dlm islam..bole menjadi fitnah..bkn ape,student lain nmpak,jd cth xbaik..hmm..sekadar teguran..klu bleh tingkatkan sahsiah pelajar..n b4 that,MPP kenalah jd perintisnya..

Wa`alaikummusalam....

Seperti di luah mati emak, di telan mati bapak. Itulah bidalan yang sesuai untuk saya nyatakan kepada sdra/i. Perkara ini telah diungkitkan berulang kali oleh saya samaada melalui teguran lisan mahupun penulisan. Dan dalam penulisan ini saya perbincangkan dalam sudut ilmiah. Kesimpulannya saudara/i perlu terjemahkan sendiri.

Selaku ketua kepada sebuah institusi mahasiswa tertinggi merupakan satu cabaran kepada saya. Yang pertama kerana sebahagian besar ahli tidak saya kenali sebelum ini dan penerapan ideologi saya pastilah menghadapi kesukaran. Setiap teguran mahasiswa/i amatlah diambil berat oleh saya walaupun saya telah mendapat bebearapa nasihat daripada beberapa orang luar untuk mengabaikan teguran-teguran yang ada unsur provokasi. Saya berprinsip dan mengatakan saya akan berdebat untuk menyatakan pendapat saya walaupun saya keletihan pada akhirnya.

Walaupun menzahirkan pendapat ini bukanlah bermakna saya seorang yang sempurna. Hampir-hampir sahaja saya tidak menulis kerana merasakan diri masih cetek dalam ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi kebanyakan penulisan saya cuba memasukkan unsur dakwah islamiah walaupun saya masih lemah dan dalam proses mendalami. Walaubagaimanapun kalau saya terus berdiam diri maka sehingga bilapun ilmu itu akan di takuk itu. Saya beranikan diri dan berkata pada diri “ Jangan takut, tiada manusia yang sempurna, semua orang lahir dengan tiada ilmu tetapi akan berkembang akhirnya”. Saya pernah di tegur kerana meletakkan hadis yang lemah dari segi kesahihan iaitu tanpa penriwayatnya. Saya banyak belajar daripada situ. Sebab itu saya tidak pernah berkcil hati dengan penkritik saya. Semakin di kritik semakin banyak yang saya dapat. Itulah hikmah.



Dalam menyeru sahabat lain dan dalam konteks saya komen di atas mencabar saya sejauh mana tanggungjawab saya ke atas ahli-ahli saya?

Diperingkat awalnya perlu kita nilai dimanakah tahap kefahaman Islam sahabat tersebut?

Tidak wajar untuk diberikan teguran yang akan menjauhkan lagi jaraknya dengan saya. Dikhuatiri lantaran cetek dan lompangnya kefahaman Islam sahabat terbabit, dakwah harus sesuai dengan mad’u... lebih-lebih lagi dalam komen tersebut ianya bersifat kabur.

mad'u: orang yang kita sasar untuk didakwah

“..........kdg2 ada MPP kurang menunjukkan cth yg baik..selalu dating berdua.dh muak tengok.bagilah contoh baik sikit..bkn ke dok berdua-duaan xbaik”

Umpama didalam sebuah armada tentera, tidak wajar untuk merekrut budak 3 tahun bagi diletakkan dibarisan hadapan, perlu untuk menunggu budak itu membesar dan cukup mental fizikal sebelum didoktrinkan dengan ilmu menembak.

Dalam persoalan komen tersebut meletakkan natijah yang berat kepada MPP. Bagaimana pemimpin yang di pilih boleh menunjukkan teladan yang boleh dipersoalkan? Sejauh mana kesalahan tersebut daripada hukum hakam Islam? Adakah kerana mereka bercinta? Adakah kerana mereka berdua-an? Di mana? Restorankah? Di Meja studykah? Selagi mana mereka tidak melanggar peraturan yang sedia ada samaada enekmen syariah, undang-undang kolej mahupun AUKU. Maka saya tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan hukum kepada mereka. Saya pernah menegur samada secara personal ataupun melalui bidalan dalam ucapan ketika bersama-sama ahli. Tetapi bila berhadapan dengan umum tidak sesekali saya akan mengatakan nama si polan ini dan itu. Tidak wajar mengaibkan seseorang. Siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya.

Saya terpukul dengan kelakuan ahli saya, hampir-hampir sahaja saya berputus asa kerana malu tetapi saya anggap sebgai ujian kepada saya sebagai pengalaman pada masa akan datang.

Adakah Datuk Seri Najib dipertanggungjawabkan atas kesalahan moral wakil rakyat lain contohnya isu seks Chua Soi Lek walaupun dalam satu Barisan? Adakah Tuan Guru Nik Aziz dipertanggungjawab kepada skandal Elizabeth Wong walaupun dalam satu Pakatan? Pemimpin tersebut harus sedar diri untuk tidak meletakkan beban kepada sahabat-sahabatnya.

Rakyat akan menentukan untung nasib mereka selepas ini. Samalah dengan pemimpin daripada MPP. Mahasiswa/i perlu memilih pemimpin yang bersih dari segi etika dan moral. Jangan main pangkah sahaja!!!!

Mesej itu saya anggap sebagai unsur dakwah juga. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Ambil contoh pengalaman saya di Politeknik, bagaimana sahabat sekelas saya saudara Amin dan Shahrizal mengajak saya “keluar” mengikut Jemaah Tabligh. Berbulan-bulan untuk menyakinkan diri saya tampa mengenal erti putus asa. Akhirnya selepas berbulan-bulan, saya malu kepada diri saya kerana asyik bercakap “InsyaAllah” dan sempat dua kali sahaja mengikuti mereka. Itupun meraka mengatakan sudah cukup sebagai permulaan. Cukup halus dan berseni. Dakwah juga perlu mudah kepada golongan sasaran. Jadi mengapa menggunakan istilah yang sukar. Apa salahnya permudahkan gaya penyampaian bahasa supaya golongan sasaran kita faham sepenuhnya apa yang kita cuba sampaikan. Paling kurang, usahakan terjemah istilah bahasa arab kepada bahasa melayu untuk kemudahan pembaca.

Bahasa sedikit sebanyak memainkan peranan. Kalau bacaan tak sepenuhnya difahami maka maklumat sukar untuk disampaikan apatah lagi menembus ke dalam hati.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada student'power atas peringatannya dalam mesej di atas.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Pengajaran hadis: (1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak. (2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu. (3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.

Ustaz Saiful Islam dalam blognya berkata ;

“Setiap kumpulan Islam, mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi… itu contohnya”, saya menyambung.
“Ada kumpulan yang menganggap penglibatan dan keprihatinannya terhadap persoalan siasah dan isu semasa sebagai suatu kelebihan, manakala ada kumpulan yang menganggap pendirian non partisannya sebagai prinsip yang mesti dipertahankan. Maka, anda boleh menghadiri program semua kumpulan ini, jika kehadiran yang anda maksudkan itu adalah sebagai peserta program umum, outreach dan anda hadir sebagai orang yang hanya mahu menerima. Bukan memberi!”, tambah saya.

Seterusnya komen mengenai kebajikan mahasiswa/i saya kreditkan juga kepada 25 orang ahli saya dalam MPP. Tanpa mereka saya juga akan terkapai-kapai.

“ salam..mpp skrg byk perjuangkan kebajikan pelajar tp syg... “

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Pengajaran hadis: (1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

Akhir kata " Jalan itu bukan sentiasa lurus, Bengkang-bengkok itu ada hikmahnya", kalau sentiasa lurus pemandu akan senang terlelap, kalau ade bengkang-bengkok maka pemandu akan berwaspada dan tidak mudah terlena" begitulah juga manusia!!




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Ekonomi - SIRI 1 : Pengenalan Kepada Ekonomi"


Rencana ini adalah bagi pendahuluan bagi pemahaman untuk kupasan saya nanti yang sedang disiapkan iaiatu Ekonomi - Siri 2..... -Satu kupasan-. Rencana itu nanti adalah bersasarkan pandangan penulis untuk mengulas mengenai teori ekonomi, ekonomi Malaysia dan ulasan mengenai teori ekonomi Islam.

Beberapa Konsep Penting Ekonomi

Ekonomi itu sendiri mempunyai banyak takrifnya. Antara takrif yang telah dikemukakan ialah:

* Ekonomi sebagai sains kebajikan (Adam Smith). Iaitu, ekonomi sebagai satu ilmu untuk mengkaji tentang kebajikan manusia serta cara-cara bagaimana mnjaga dan meningkatkan kebajikan manusia ini.
* Ekonomi sebagai sains praktikal dalam pengeluaran dan pengagihan kekayaan
(J.S. Mill). Iaitu, ekonomi adalah cara yang bersistem atau cara yang baik untuk menghasilkan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk manusia dan cara yang baik untuk mengagihkan kekayaan yang datang dari usaha pengeluaran tadi.
* Ekonomi sebagai satu kajian mengenai tindak-tanduk manusia dalam kehidupan sehari-sehari - bagaimana dia mendapatkan pendapatan dan bagaimana dia menggunakan pendapatan itu (Alfred Marshall).



Mengikut teori ekonomi modern, manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas sedangkan sumber yang ada (termasuk kemampuan, teknologi) adalah terbatas. Oleh itu, jika kita hendak memuaskan manusia ini kita harus pilih, apakah barang-barang dan perkhidmatan yang penting yang boleh memenuhi sebanyak mungkin kehendak manusia ini; bagaimana mengeluarkan
barang-barang dan perkhidmatan tadi dengan cara yang paling baik (bermutu, murah, cepat, memenuhi kehendak manusia, sesuai, dll.); dan untuk siapa barang-barang dan perkhidmatan ini dikeluarkan. Sekiranya kita dapat menyelesaikan tiga persoalan di atas, iaitu

Pertama,

Apa yang patut dikeluarkan? Kedua, Bagaimana mengeluarkan? dan Ketiga, Untuk siapa dikeluarkan?

Berdasarkan kepada huraian di atas, ekonomi ditakrifkan sebagai ilmu yang menyelesaikan ketiga-ketiga persoalan manusia di atas. Cuba kita huraikan soalan ini satu persatu.

Apa yang patut dikeluarkan - makanan, pakaian, kenderaan, bangunan, dll. Makanan pula contohnya, beras, gandum, roti, mentega, daging, sayur, ikan, dll. Beras pula boleh jadi beras pulut, mahsuri, malinja, siam, basmati, wangi, panjang, pendek, hancur, dll.

Bagaimana mengeluarkan - dengan tangan, dengan jentera, dengan tangan dan jentera, atau sebelah pagi, sebelah petang, sebelah malam, di Kelantan, di Johor, di Jepun, di Ceruk Ketiak.

Untuk siapa dikeluarkan - untuk orang awam, untuk individu, untuk kerajaan, untuk barisan pertahanan, untuk orang kaya, miskin, raja, pembesar, dll.

2. Bidang-bidang ekonomi

Ilmu ekonomi ini dibahagikan kepada berbagai bidang pengkhususan. Bidang-bidang yang terkemuka ialah:

* Teori Ekonomi - merupakan beberapa hukum ekonomi yang digubal berdasarkan geraklaku manusia, firma, kerajaan, peniaga, dan sebagainya. Teori ekonomi ini mencakupi semua bidang ekonomi, tetapi biasanya ia dibahagikan kepada dua bahagian penting.

Pertama, ekonomimikro - yang berkaitan dengan satu-satu unit atau agen ekonomi, seperti individu, firma, kerajaan, pasar.

Kedua, ekonomimakro - yang berkaitan dengan kesemua agen ekonomi atau keseluruhan ekonomi dengan
melihat perhubungan antara agen-agen ekonomi tadi.

* Ekonomi Kebajikan - tentang kebajikan manusia, apa yang meningkatkan atau
mengurangkan kebajikan manusia, bagaimana melakukannya, kesan sesuatu projek
(pembalakan, lebuhraya, bangunan, padang golf) terhadap kebajikan masyarakat, dll.
* Ekonomi Pembangunan dan Perancangan - tentang kaedah-kaedah pembangunan dan perancangan. Apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kemakmuran manusia?
* Ekonomi Pertanian - segala ilmu ekonomi berkaitan dengan pertanian, tidak
termasuk bagaimana menyuburkan tanaman dll.
* Ekonomi Sumber alam - segala ilmu ekonomi yang berkaitan dengan sumber alam termasuk sumber hutan, sumber air, sumber galian, tanah, dll.
* Ekonomi Kewangan - tentang wang, bank, inflasi, faedah, pasaran wang, pasaran modal (saham & komoditi), sistem kewangan, dan sebagainya.
* Ekonomi Pembiayaan Awam - tentang hasil atau pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan, berbagai jenis cukai (fiskal), belanjawan, dan sebagainya.
* Ekonomi Antarabangsa - mengenai perdagangan antarabangsa, pasaran
antarabangsa, kewangan antarabangsa, pertukaran wang asing, pinjaman luar,
pelaburan asing, dll.
Bidang-bidang lain seperti perniagaan (muamalat), statistik, ekonometrik, perakaunan, dll. telah
diasingkan dari ekonomi kerana bidang-bidang modern ini dianggap sebagai disiplin tersendiri.

3. Agen-Agen Ekonomi
Agen-agen ekonomi adalah unit-unit ekonomi yang memainkan peranan tertentu dalam ekonomi.
Misalnya, pengguna (terdiri daripada individu, firma, kerajaan), dan pengeluar (firma, kerajaan,
indvidu).

* Pengguna ialah agen yang menentukan apa yang mereka kehendaki, berapa banyak, bila, di mana. Pengguna menentukan permintaan bergantung pada harga, cita rasa, pendapatannya dan harga barang-barang lain. Pengguna ingin memaksimumkan kepuasan dari penggunaan barang-barang dan perkhidmatan tertakluk kepada pendapatan yang ada padanya.

* Pengeluar menghasilkan barang dan perkhidmatan sama ada untuk penggunaan
(iaiatu yang diminta untuk penggunaan akhir) atau sebagai input iaiatu bahan yang akan digunakan untuk pengluaran (penggunaan perantaraan).

4. Faktor-Faktor Pengeluaran
Faktor pengeluaran adalah perkara-perkara utam yang perlu untuk menghasilkan sesuatu barang
atau perkhidmatan. Dalam teori ekonomi moden, ada empat faktor pengeluaran. Modal, Buruh, Tanah dan Pengusaha.

* Modal termasuk wang tunai atau wang dalam bentuk cek, draft, jentera, kilang, alatalat
yang digunakan dalam pengeluaran seperti komputer, gergaji, dan sebagainya.
Modal ini terbahagi kepada dua jenis, modal cair (wang dalam segala bentuknya) dan
modal tetap (kilang, jentera dll.) Pulangan kepada modal ialah faedah.
* Buruh ialah segala jenis tenaga buruh selain dari pengusaha. Pulangan kepada
buruh ialah upah.
* Tanah termasuk tapak, ladang pertanian, dll. Pulangan kepada tanah ialah sewa.
* Pengusaha ialah orang yang menjelmakan ide bagi mengeluarkan sesuatu. Pulangan
kepada pengusaha ialah untung.

5. Sektor-Sektor Ekonomi
Ekonomi biasanya dibahagikan kepada beberapa sektor. Pada prinsipnya, ada tiga sektor penting,
iaitu Sektor Utama, Sektor Kedua dan Sektor Ketiga. Pembahagian ini dibuat mengikut
kesesuaian dan kemudahan menganalisis.
* Sektor Utama atau Pertama mengandungi sektor pertanian, perhutanan dan
perlombongan. Ketiga-tiga kegiatan ini menghasilkan apa yang dikatakan sebagai barang utama atau komoditi.

* Sektor Kedua biasanya mengandungi sektor-sektor pembuatan dan binaan. Kita perhatikan bahawa sektor-sektor ini melibatkan penghasilan barang atau bangunan yang bungkal.
* Sektor Ketiga mengandungi semua industri yang menghasilkan perkhidmatan.
Sektor-sektor yang terkandung di dalamnya ialah Sektor utiliti (air, letrik), Bank dan Insurans, Kerajaan, Pemborongan dan Peruncitan.
Ekonomi juga boleh dibahagikan kepada tiga mengikut siapa yang menjalankannya, iaitu, Kerajaan, Swasta dan Sukarela. Pembahagian ini adalah juga sesuai untuk menganalisis ekonomi Islam.

6. Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi ialah cara sesuatu ekonomi disusun, dikawal dan dilaksanakan. Jenis sistem yang dilaksanakan bergantung kepada falsafah yang dipegang oleh masyarakat yang menggiatkan ekonominya. Falsafah ini akan menentukan hukum-hukum ekonomi, institusi yang ditubuhkan serta cara kegiatan ekonomi disusun dan dilaksanakan. Sistem yang rata diamalkan ialah sistem ekonomi campuran antara kapitalis dan sosialis.

Disediakan oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

SANTAI : ADA APA DENGAN CINTA?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Mari kita lihat bila ungkapan formal wikipedia di terjemahkan dalam bentuk yang indah oleh manusia......



Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Barangkali topik ini merupakan perkara remeh untuk diperbincangkan tetapi merupakan perkara paling universal di mana setiap manusia berkongsi perasaan yang sama iaitu 5 perkataan (BM) yang memberi signifikan kepada semua manusia iaitu “CINTA”.

Saya perturunkan statistik analisa saya . Daripada laman web komuniti Islam yang popular “ I Luv Islam “. Top 10 topik yang paling banyak review dalam Top 500 Forum adalah berkaitan persoalan CINTA .

1) Betul..Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram..Tak Caya Sudah.. 56993
2) Ehem, Gambar Muslimah-kah Ini..? 50872
3) Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita 46693
4) Anda Sedang Bercouple Ya..? 43592
5) Air Mata Malam Pertama 38884
6) Di Mana Cantiknya Seorang Wanita? 37465
7) Untukmu...Bersabarlah Wahai Remaja 37209
8) Untuk gadis sahaja.. 32834
9) Ketahuilah, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari 32684
10) Jadi, Bagaimana Bercinta Cara Islam? 31488

Jadi itulah cinta yang telah disimpulkan... maka..



ianya terlalu luas untuk diungkapkan..... mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkan hal ini kerana ada pepatah kawan saya yang mengatakan selagi saya tidak bercinta maka saya tidak akan mengerti perasaan orang bercinta. Bukanlah ingin berselindung , walaupun tidak pernah bercinta tetapi jatuh cinta itu ada, hanya bagaimana ingin membuang perasaan adalah satu kekuatan yang perlu ada. Maka selepas itu, saya mula mencari erti cinta dan ketemukan beberapa perkara yang perlu dikongsi iaitu sebaik-baik cinta adalah mengikut keutamaan :-

MEMILIKI perasaan cinta adalah suatu fitrah. Mencintai dan dicintai tidak ditegah oleh Islam. Cinta dalam Islam ialah cinta kerana Allah (ikhlas) dan berhikmah untuk manusia. Maksudnya, dalam Islam cinta yang paling agung ialah cinta dan kasihkan Allah. Apabila kita cinta dan kasihkan Allah bermakna apa yang Allah suruh kita ikut dan apa yang Allah tegah kita jauhkan.

Cinta dan dan kasih kepada Allah ialah melakukan apa yang Allah redha. Apabila kita langgar redha Allah, bermakna hilanglah rasa cinta dan kasih kepada Allah. Apabila kita taat dan akur dengan kehendak Allah, hubungan kita dengan Allah menjadi dekat dan rapat, dan daripadanya timbul rasa cinta dan kasih. Allahlah menjadi tempat kita mengadu. Allahlah tempat kita melepaskan rindu. Allahlah tempat kita mohon petunjuk dan hidayah.

Cinta kepada manusia adalah hikmah cinta kepada Allah. Maksudnya kalau cinta dan kasih kita kepada Allah itu ikhlas, dengan sendirinya cinta kita kepada manusia juga ikhlas. Contohnya, cinta kita kepada ibu bapa adalah gambaran keikhlasan kita kepada Allah. Islam menyuruh kita cinta dan kasih kepada ibu dan ayah. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita. Merekalah yang membentuk mendidik kita menjadi manusia berguna. Seperti juga Allah mencipta kita. Allah memberi rahmat dan nikmat kepada kita. Allah memberi kita nyawa dan kesihatan. Kerana itu timbul cinta dan kasih kepada Allah kerana ihsan atau kebaikan Allah kepada kita.

Hal yang sama juga kepada kedua-dua ibu bapa kerana membesar dan mendewasakan kita. Kebaikan atau budi baik ibu bapa kepada kita sangat banyak. Jadi apabila cinta dan kasih kepada ibu bapa adalah kerana Allah, bermakna ada sifat ikhlas di situ. Cinta yang ikhlas diberi berkat oleh Allah.

Cinta bagi remaja mesti mengikut keutamaan. Pertama, cinta atau kasih kepada ibu bapa. Kedua, remaja mesti ada perasaan cinta kepada ilmu terlebih dahulu. Pentingnya ilmu kerana ia bakal memandu kesejahteraan hidup kita. Selepas berilmu, remaja mungkin ada perasaan cinta kepada manusia yang berlainan jenis. Ia adalah suatu fitrah. Cuma cinta kepada yang berlainan jenis harus ada asasnya.

Sekiranya cinta kepada yang berlainan jenis berasaskan cinta nafsu semata-mata, ia boleh membawa kesan yang tidak baik. Tetapi sekiranya ada perasaan cinta kepada seseorang, jalan syarak terbuka luas untuk dituruti. Cinta kerana nafsu selalu membawa kepada lesu. Cinta kerana nafsu selalu memerangkap remaja kepada maksiat dan fitnah. Tetapi sekiranya ada perasaan cinta dan kasih kepada Allah, remaja akan dipandu untuk patuh kepada pantang larang Allah. Kasih kepada Allah bermakna patuh kepada hukum-hakam Allah. Apabila patuh kepada hukum-hakam Allah, remaja akan dapat mengawal diri.

Remaja apabila sampai ke tahap dewasa, semakin subur perasaan cintanya kepada manusia. Apabila sampai masa yang sesuai, jalan syarak memberikan kita asas membuat keputusan. Kita boleh membuat pinangan dan masuk ke gerbang perkahwinan. Dan pada waktu itu cinta dan kasih kepada manusia menjadi lebih asli dan lebih kuat.

Remaja jangan terjebak dengan cinta kerana nafsu. Rasa cinta perlu ikut keutamaan. Pertama, cinta kepada Allah. Kedua, cinta kepada ibu bapa. Ketiga, cinta kepada ilmu dan kebaikan. Sekiranya tiga langkah sudah dilakukan, maka cinta kepada manusia yang bukan sejenis mestilah berlaku kerana Allah (ikhlas) dengan mematuhi hukum-hakam Allah. Cinta sebegini akan menerima redha Allah dan akan diberi barakah.

Isu yang sering berbangkit ialah proses cinta sesama remaja. Dorongan bercinta pada zaman remaja amat kuat. Dorongan untuk berkenalan di kalangan yang berlainan jenis adalah tinggi. Kadang-kadang berkenal-kenalan untuk bersuka-suka bagi mendapatkan hiburan dan keseronokan. Ada juga dorongan perkenalan untuk membiasakan diri dengan pasangan dan akhirnya jatuh cinta dan kemudiannya rindu dendam mula menyubur.

Oleh kerana itu, kebanyakan kempen di kampus yang digerakkan oleh mana-mana pihak bagi mengekang gejala ini amatlah sukar kerana sifat semulajadi “CINTA”. Kempen seperti “ No Couple” , Katakan “TAKNAK PADA COUPLE” seperti mencurah air di tepi longkang. Malah sudah terang-terangan di kolej-kolej yang digerakkan oleh JKK saya fikir, hampir-hampir membuatkan kita menggelengkan kepala. Sudah terang kempen jauhi khalwat seperti banner, masih ada yang berdua-duaan di bawah banner itu atas alasan belajar. Tiada rasa malukah kita sebagai seorang Islam? Bukanlah saya terlalu keras dalam hal ini, tetapi bagi yang boleh berfikir sebaik-baik untuk mengelakkan fitnah orang malah takut kalau berdua-duaan, ada pihak “ ketiga” yang mengambil kesempatan. Bukankah baik kalau ada lebih daripada dua orang yang belajar? Kerana banyak mata yang memandang.

Sekian….




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

SANTAI : ADA APA DENGAN CINTA?


Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu, jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Barangkali topik ini merupakan perkara remeh untuk diperbincangkan tetapi merupakan perkara paling universal di mana setiap manusia berkongsi perasaan yang sama iaitu 5 perkataan (BM) yang memberi signifikan kepada semua manusia iaitu “CINTA”.


Saya perturunkan statistik analisa saya . Daripada laman web komuniti Islam yang popular “ I Luv Islam “. Top 10 topik yang paling banyak review dalam Top 500 Forum adalah berkaitan persoalan CINTA .

1) Betul..Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram..Tak Caya Sudah.. 56993

2) Ehem, Gambar Muslimah-kah Ini..? 50872

3) Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita 46693

4) Anda Sedang Bercouple Ya..? 43592

5) Air Mata Malam Pertama 38884

6) Di Mana Cantiknya Seorang Wanita? 37465

7) Untukmu...Bersabarlah Wahai Remaja 37209

8) Untuk gadis sahaja.. 32834

9) Ketahuilah, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari 32684

10) Jadi, Bagaimana Bercinta Cara Islam? 31488

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Mari kita lihat bila ungkapan formal wikipedia di terjemahkan dalam bentuk yang indah oleh manusia......

Jadi itulah cinta yang telah disimpulkan... maka ianya terlalu luas untuk diungkapkan..... mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkan hal ini kerana ada pepatah kawan saya yang mengatakan selagi saya tidak bercinta maka saya tidak akan mengerti perasaan orang bercinta. Bukanlah ingin berselindung , walaupun tidak pernah bercinta tetapi jatuh cinta itu ada, hanya bagaimana ingin membuang perasaan adalah satu kekuatan yang perlu ada. Maka selepas itu, saya mula mencari erti cinta dan ketemukan beberapa perkara yang perlu dikongsi iaitu sebaik-baik cinta adalah mengikut keutamaan :-

MEMILIKI perasaan cinta adalah suatu fitrah. Mencintai dan dicintai tidak ditegah oleh Islam. Cinta dalam Islam ialah cinta kerana Allah (ikhlas) dan berhikmah untuk manusia. Maksudnya, dalam Islam cinta yang paling agung ialah cinta dan kasihkan Allah. Apabila kita cinta dan kasihkan Allah bermakna apa yang Allah suruh kita ikut dan apa yang Allah tegah kita jauhkan.

Cinta dan dan kasih kepada Allah ialah melakukan apa yang Allah redha. Apabila kita langgar redha Allah, bermakna hilanglah rasa cinta dan kasih kepada Allah. Apabila kita taat dan akur dengan kehendak Allah, hubungan kita dengan Allah menjadi dekat dan rapat, dan daripadanya timbul rasa cinta dan kasih. Allahlah menjadi tempat kita mengadu. Allahlah tempat kita melepaskan rindu. Allahlah tempat kita mohon petunjuk dan hidayah.

Cinta kepada manusia adalah hikmah cinta kepada Allah. Maksudnya kalau cinta dan kasih kita kepada Allah itu ikhlas, dengan sendirinya cinta kita kepada manusia juga ikhlas. Contohnya, cinta kita kepada ibu bapa adalah gambaran keikhlasan kita kepada Allah. Islam menyuruh kita cinta dan kasih kepada ibu dan ayah. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita. Merekalah yang membentuk mendidik kita menjadi manusia berguna. Seperti juga Allah mencipta kita. Allah memberi rahmat dan nikmat kepada kita. Allah memberi kita nyawa dan kesihatan. Kerana itu timbul cinta dan kasih kepada Allah kerana ihsan atau kebaikan Allah kepada kita.

Hal yang sama juga kepada kedua-dua ibu bapa kerana membesar dan mendewasakan kita. Kebaikan atau budi baik ibu bapa kepada kita sangat banyak. Jadi apabila cinta dan kasih kepada ibu bapa adalah kerana Allah, bermakna ada sifat ikhlas di situ. Cinta yang ikhlas diberi berkat oleh Allah.

Cinta bagi remaja mesti mengikut keutamaan. Pertama, cinta atau kasih kepada ibu bapa. Kedua, remaja mesti ada perasaan cinta kepada ilmu terlebih dahulu. Pentingnya ilmu kerana ia bakal memandu kesejahteraan hidup kita. Selepas berilmu, remaja mungkin ada perasaan cinta kepada manusia yang berlainan jenis. Ia adalah suatu fitrah. Cuma cinta kepada yang berlainan jenis harus ada asasnya.

Sekiranya cinta kepada yang berlainan jenis berasaskan cinta nafsu semata-mata, ia boleh membawa kesan yang tidak baik. Tetapi sekiranya ada perasaan cinta kepada seseorang, jalan syarak terbuka luas untuk dituruti. Cinta kerana nafsu selalu membawa kepada lesu. Cinta kerana nafsu selalu memerangkap remaja kepada maksiat dan fitnah. Tetapi sekiranya ada perasaan cinta dan kasih kepada Allah, remaja akan dipandu untuk patuh kepada pantang larang Allah. Kasih kepada Allah bermakna patuh kepada hukum-hakam Allah. Apabila patuh kepada hukum-hakam Allah, remaja akan dapat mengawal diri.

Remaja apabila sampai ke tahap dewasa, semakin subur perasaan cintanya kepada manusia. Apabila sampai masa yang sesuai, jalan syarak memberikan kita asas membuat keputusan. Kita boleh membuat pinangan dan masuk ke gerbang perkahwinan. Dan pada waktu itu cinta dan kasih kepada manusia menjadi lebih asli dan lebih kuat.

Remaja jangan terjebak dengan cinta kerana nafsu. Rasa cinta perlu ikut keutamaan. Pertama, cinta kepada Allah. Kedua, cinta kepada ibu bapa. Ketiga, cinta kepada ilmu dan kebaikan. Sekiranya tiga langkah sudah dilakukan, maka cinta kepada manusia yang bukan sejenis mestilah berlaku kerana Allah (ikhlas) dengan mematuhi hukum-hakam Allah. Cinta sebegini akan menerima redha Allah dan akan diberi barakah.

Isu yang sering berbangkit ialah proses cinta sesama remaja. Dorongan bercinta pada zaman remaja amat kuat. Dorongan untuk berkenalan di kalangan yang berlainan jenis adalah tinggi. Kadang-kadang berkenal-kenalan untuk bersuka-suka bagi mendapatkan hiburan dan keseronokan. Ada juga dorongan perkenalan untuk membiasakan diri dengan pasangan dan akhirnya jatuh cinta dan kemudiannya rindu dendam mula menyubur.

Oleh kerana itu, kebanyakan kempen di kampus yang digerakkan oleh mana-mana pihak bagi mengekang gejala ini amatlah sukar kerana sifat semulajadi “CINTA”. Kempen seperti “ No Couple” , Katakan “TAKNAK PADA COUPLE” seperti mencurah air di tepi longkang. Malah sudah terang-terangan di kolej-kolej yang digerakkan oleh JKK saya fikir, hampir-hampir membuatkan kita menggelengkan kepala. Sudah terang kempen jauhi khalwat seperti banner, masih ada yang berdua-duaan di bawah banner itu atas alasan belajar. Tiada rasa malukah kita sebagai seorang Islam? Bukanlah saya terlalu keras dalam hal ini, tetapi bagi yang boleh berfikir sebaik-baik untuk mengelakkan fitnah orang malah takut kalau berdua-duaan, ada pihak “ ketiga” yang mengambil kesempatan. Bukankah baik kalau ada lebih daripada dua orang yang belajar? Kerana banyak mata yang memandang.






posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

DOWNLOAD - MOVIE : KETIKA CINTA BERTASBIH

Sekadar berkongsi tautan fail sambil membuat rencana akan datang iaitu SANTAI : ADA APA DENGAN CINTA? . Memandangkan hiburan merupakan medium yang di gemari golongan generasi kini, ianya membawa sekali budaya melalu penceritaan. Adalah penting bagaimana untuk memasukkan unsur dakwah ke dalam medium baru ini. Saya kira samaada dalam bentuk novel atau filem yang berunsurkan penceritaan haruslah membawa sekali elemen-elemen yang dapat membentuk sahsiah manusia. Kita lihat sahaja bagaimana impak yang ditinggalkan oleh Novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi best seller dan di angkat menjadi filem di Indonesia. Di Malaysia, mungkin masih ada, kalau adapun masih banyak yang perlu diperbaiki iaitu seperti drama NurKasih yang popular dan sebelum ini ada saya masukkan link downloadnya di sidebar tetapi telah dibuang kerana terkilan dengan satu rencana di Pancaindera Utusan Malaysia 8 November (Ahad) dengan tajuk Tiz Zaqyah (Watak Nur dalam drama) – Watak Solehah & Gambar Seksi . Hampir-hampir membuatkan kita malu dengan tajuk dan gambar-gambar yang ditonjolkannya dalam akhbar tersebut. Walaupun saya boleh disifatkan melatah kerana ianya hanya lakonan perlu ada sesuatu dalam ikatan faktor lakonan yang menunjukkan ketinggian Islam dengan keperibadian pelakon. Saya tidak ingin bersubahat sama sekali!!!!

Filem Ketika Cinta Bertasbih

Mediafire
( Lihat p/s di bawah jika selepas download tidak tahu nak buat apa)

Part 1 : Ketika Cinta Bertasbih 1
Part 2 : Ketika Cinta Bertasbih 2
Part 3 : Ketika Cinta Bertasbih 3

FILEM Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman Syirazi dengan tajuk yang sama menjadi tumpuan sebelum filem ini ditayangkan 11 Jun lalu di Indonesia. Habiburrahman sebelum ini terkenal dengan filem adapatasi novelnya, Ayat-Ayat Cinta. Bagaimanapun, filem kedua daripada novelnya ini mendapat tumpuan lebih meluas kerana uji bakat untuk memilih pelakon filem ini dilakukan tiga bulan setengah melalui siri realiti televisyen yang berlangsung di sembilan bandar raya Indonesia.






Jika anda penggemar novel karya Habiburrahman Syirazi
saya sertakan link dibawah :-
Link download novel. Sila klik sini!!

Dengan bajet RM14 juta, KCB adalah filem termahal pernah dihasilkan Indonesia. Ia ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara, memecahkan rekod filem arahan Riri Riza, Laskar Pelangi yang ditayangkan di 115 pawagam pada 2008. Filem lanjutan, KCB 2 kini dijadual ditayangkan pada 17 September, beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 20 September.
KCB mengisahkan masalah mencari cinta sejati dengan cara Islam. Dalam filem ini, sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan dilarang sama sekali. Watak utama, Khairul Azzam dilakonkan M Cholidi Asadil Alam, seorang pelajar Universiti al-Azhar di Kaherah.

Khairul berasal daripada sebuah keluarga sederhana terpaksa bekerja untuk menyara ibu dan adik-adik perempuannya di Yogyakarta. Beliau juga adalah seorang aktivis dan mengamalkan Islam dalam hidupnya dan kegigihannya itu memikat Eliana yang dilakonkan Alice Sofie Norin, anak duta Indonesia.

Khairul bagaimanapun menolak cinta Eliana dan memilih Anna Althafunnisa yang belum pernah dikenalinya. Watak Anna dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi. Anna akhirnya bersetuju mengahwini Khairul tapi dengan syarat beliau berjanji tidak akan berpoligami dan menguatkan hujahnya dengan hadis Rasulullah. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Meyda Sefira dan Andi Arsyil Rahman Putra.
Filem ini bagaimanapun turut menimbulkan persoalan mengenai kaitan antara nilai ajaran Islam dan industri perfileman, Seperti filem lain sebelum ini, Ayat-Ayat Cinta, Kun Fayakun, Mengaku Rasul dan Syahadat Cinta, KCB dihasilkan hasil gabungan antara idealisme dan nilai komersil.

Akibatnya, sesetengah pengkritik menganggap tindakan itu menyebabkan terhasilnya filem yang tidak bermutu tinggi. Namun ada juga pengkritik, seperti ahli sejarah filem, Salim Said yang menganggapnya sebagai ilustrasi generasi lama yang cuba mengumpul keuntungan dengan menghasilkan filem bermutu yang memberi manafaat kepada masyarakat.

Rumusan pengarah filem, Deddy Mizwar mungkin memberi jalan tengah untuk semua. Baginya, tidak semestinya suami dan isteri dalam filem berpelukan untuk tontonan umum. Dalam siri televisyen popular arahannya, Para Pencari Tuhan, seorang pelakon lelaki membuktikan cintanya dengan bersedia menyucikan diri dengan air mata isterinya untuk andai Islam membenarkan

P/s

Info :

Semua file ini adalah daripada storage server di MediaFire .. Movie ini rata-rata dalam bentuk RMVB (RealMedia Variable Bitrate). File video RMVB ini walaupun kecil, tetapi ia cantik dan berkualiti DvdRip. Oleh itu, hanya ada player yang tertentu sahaja yg boleh memainkan file rmvb ini. Antaranya adalah GomPlayer, VLC, dan StormCodec.. Tapi saya sarankan StormCodec memangkan codec yang ada pada Stormcodec lah mampu memainkan file ini. Download stormCodec di sini :

Download StormCodec

Dan semuanya dalam bentuk yang telah dipisahkan. Oleh itu, setelah anda download movie tersebut, pastikan anda JOIN file tersebut guna software Hj Split. Untuk Info mengenai Hj Split, baca di bawah.

Download Hj Split kat File attach kat bawah dulu k..

Download Hj Split

Cara menggunakan Hj Split : Sila Klik sini!!!






posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

PENDIDIKAN - SIRI 1 : "Sekolah Satu Aliran Demi Masa Hadapan"


Polemik sekolah satu aliran ini adalah sesuatu yang patut saya bincangkan dalam persekitaran hidup saya memandangkan saya adalah salah seorang bakal pendidik. Sebelum saya mengulas lanjut saya memetik kenyataan daripada web Dato` Seri Najib ;

“ Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu? “



Saya melahirkan pendapat peribadi sudah tibanya DS Najib mengambil langkah penting untuk merealisasikan sekolah satu aliran untuk generasi akan datang.
Penting untuk masayarakat memahami betapa pentingnya untuk merapatkan hubungan sesama kaum di negara ini. Kalau ingin melentur buluh, biar dari rebungnya.



Kerana saya ingin berkongsi waktu kecil saya , di Melaka. Semasa sekolah rendah hampir-hampir tiada rakan berbangsa lain di kelas saya. Mujurlah di tempat tinggal saya, Taman Desa Baru, saya dapat bergaul dengan pelbagai kaum. Usaha murni Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Baru harus di puji kerana aktif . Hari Keluarga, Hari Bumi, Gotong Royong, adalah sebahagian aktiviti di Taman Desa Baru ketika itu.

Saya mengenali Ramachandran, Wong, Abu dan beberapa rakan kaum berbangsa lain di padang permainan Taman Desa Baru. Ketika kecil tiada lansung prasangka sesama lain. Kami seronok dengan kehidupan kami, dari balik sekolah , seawal jam 3 petang kami semua sudah berkumpul di padang untuk pelbagai permainan budak-budak. Daripada layang-layang, gasing, Polis Sentri merupakan alat perpaduan kami.

Sehinggalah yang betul-betul merapatkan kami ialah bola sepak, saya menubuhkan junior team taman kami, malah kami berkongsi duit simpanan wang sekolah untuk membeli sebiji bola. Betullah kata orang sukan adalah alat yang dapat menyatukan kita semua. Saya dilantik kawan-kawan menjadi ketua kerana sifat dominan saya. Walaupun di ejek suka menunggu bola tetapi kerana skil-skil yang ada mereka terpaksa mengakui saya, malah saya menyalahgunakan kuasa meletakkan diri menjadi penyerang tengah. Pelbagai peristiwa lucu sepanjang persahabatan kami dalam bola. Suka saya sebut yang mana saya ingat mana tahu kalau-kalau ada sahabat yang melihat dapat mengimbas kembali kapten anda ini. (p/s : Sekarang dah boroi )

Faiz, Rayyan, Shafiq, Syamil, Ramachandaran, Abu, Saiful, Ali, Aizat, Syazwan, Ariffin, Abiddin, Along, Azmil, Zabidi, Najib, Azmi, dan beberapa sahabat yang saya terlupa (Maaf). Sudah 8 tahun sejak saya berpindah daripada Melaka ke Terengganu.

Mengimbas mengenai hubungan kaum, pernah saya berasa sedih kerana dalam satu perlawanan bola, pihak kami kalah dan Rama dan adikya Abu ( gelaran kami) dimarahi oleh beberapa rakan lain dan hampir-hampir mencetuskan petengkaran. Ketika itu kebetulan ayah Rama melalui padang tersebut, dan melihat anak di herdik dengan kata-kata berbau perkauman. Seminggu Rama dan Abu tidak datang ke padang bermain bola. Ayahnya betul-betul terkilan!! Sehingga saya datang ke rumah untuk memujuk mereka kembali kerana erti persahabatan yang ada dalam bola sepak menyebabkan saya tidak sanggup kehilangan mana-mana kawan.

Malah di sekolah menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka ketika itu prasangka antara kaum sudah wujud. Mengimbas kembali ianya banyak berkaitan dengan kefahaman antara satu sama lain. Kalau di kelas pintar hubungan antara kaum memang agak erat dan berlainan pula di kelas yang terbelakang, gaduh antara kaum selalu berpunca daripada sana dan merebak sehingga ke kelas-kelas lain. Mujurlah cikgu dispilin sememangnya garang dan dapat mengawal pergaduhan. Tetapi hampir-hampir setiap minggu pasti ada. Kalau tidak di sekolah, selepas waktu sekolah, pertembungan geng pasti berlaku. Melayu dengan gengnya, Cina dengan gengnya, India dengan gengnya.

Kerana saya agak rapat dengan beberapa kaum lain, maka saya dapat menyelami perasaan mereka dengan mudah, saya yang duduk di barisan belakang sekali, di sebelah Jaiganesh, Wong. Sering kali kami di gelar oleh guru kelas barisan UMNO-MIC-MCA. Kami hanya ketawa ketika itu. Kerana keakraban kami, masing-masing boleh mendapat manfaat. Saya pandai Sejarah dan Geografi. Jaiganesh pandai English, Wong pandai Matematik. Kami saling membantu. Tiada prejudis, kalau bergaduh pun kerana EPL. Saya dengan Chelsea di zaman Gianfranco Zola ketika itu. Wong dengan Manchester United di zaman David Beckham, dan Jaiganesh dengan Liverpool di zaman Micheal Owen.

Malah satu cerita yang membuatkan saya begitu hormatkan seorang guru wanita berbangsa cina adalah cerita pada satu pagi ketika saya turun di perhentian bas yang jaraknya 200 meter daripada sekolah. Pagi tersebut hujan lebat dan saya berkira-kira untuk menunggu sahaja di perhentian tersebut sehinggalah tiba-tiba guru tersebut iaitu bernama Mrs. Patricia yang dikenali suka bermekap tebal dan sudah berusia terpacul di hadapan saya . Guru yang sebelum kejadian itu, amat saya benci kerana suka memalukan saya di hadapan kelas kerana saya merupakan pelajar paling kurang pandai dalam bahasa Inggeris dalam kelas. Selalu di denda berdiri di atas kerusi, di depan kelas. Apa yang di marahinya kepada saya setiap kali kelas saya, saya tidak faham langsung, yang saya tahu bila lepas marah, Mrs. Patricia akan bertanya “ Understand?” saya menggangguk jer seperti arahan rakan-rakan lain yang kesian kepada saya. Malu di depan gadis-gadis , tapi buat selamba sambil control macho. Mrs. Patricia turun daripda kereta mewah yang dipandu suaminya di depan ku sambil membuka payung. Entah mengapa dia tidak menyuruh suaminya hantar sahaja masuk ke sekolah. Dalam banyak-banyak pelajar, dia menarikku untuk berjalan bersama-sama sambil berkongsi payung. Saya yang terkejut mengikut sahaja sehingga sampai ke koridor di dalam sekolah, dia mengajar satu ayat dalam bahasa Inggeris iaitu “ Thank You “ dan selepas mengucap bahasa asing itu die menjawab “ Welcome” dengan sebelah bahagian tubuhnya basah terkena siraman hujan. Hampir-hampir menyebabkan saya berperasaan bersalah kerana sikap protes saya di dalam kelas, tidak pernah membuat kerja rumah sekolah, waktu kelas sedaya upaya ponteng melepak di perpustakaan. Kalau ada ujian bulanan sedaya upaya jugak hari ujian subjek English untuk jatuh sakit di rumah dan rela mendapat 0% sebab tidak hadir daripada hadir tetapi dapat 15% dan diketawakan orang. Saya benar-benar terharu atas budi baik cikgu pada hari itu dan berazam untuk berubah. Saya walaupun tidak pandai sekurang-kurangnya berjaya meningkatkan penguasaan English, lulus SPM, dan mendapat MUET band 3 di Politeknik. Kalau berjumpa Mrs. Patricia hari ini ingin sekali megucapkan “ Thank You” sekali lagi dalam hidup kepadanya. Benarlah seorang guru itu sangat penting untuk anak bangsanya.


Pendidikan bukanlah mengenai kaum, tidak usah dipolitikkan. Polemik tetap akan muncul. Kalau semua kaum bersetuju pun , bagi golongan melayu terdapat kekhuatiran mengenai sekolah rendah agama.

Bagaimana untuk memberi kefahaman kepada kaum-kaum lain nanti yang terpaksa menutup sekolah rendah jenis aliran tetapi golongan aliran Islam mahu mengekalkan identiti sekolah rendah agama ini. Saya percaya apa pun mesti berpegang pada Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Sek Ren Agama seperti yang dirisaukan sepatutnyaa dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekolah Agama mempunyai kedudukan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.

12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.

Bahagian "it shall be lawful for the Federation or a State " merujuk kepada keperluan untuk menyediakan apa-apa keperluan termasuklah pendidikkan agama yang meliputi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.

Dan perlu diingat bahawa Sek Agama masih berada dalam 'skop' Sek Keb dengan menerima pakai Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini berbeza dengan Sek Ren Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang gunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar UTAMA.

Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, sekolah agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari sekolah vernakular.

Dan jika diteliti Perlembagaan Persekutuan, kita akan lihat tidak ada peruntukan untuk mengekalkan sistem vernakular.

Sekiranya kerajaan (PM) masih ragu-ragu tentang apakah sebenarnya "suara rakyat" mengenai cadangan sekolah satu aliran (dari sekolah rendah, bukannya sekolah menengah seperti yang diperkatakan oleh ahli politik), adakan saja "Pungutan Suara" (referendum).

Seperti kata Prof Khoo:-

“Apabila berbincang mengenai isu-isu nasional, kenapa mesti pemimpin-pemimpin membiarkan diri mereka dikuasai oleh perasaan perkauman yang tebal? Tanggungjawab utama mereka adalah untuk menyatu padukan rakyat, bukannya mengasingkan mereka.”

"“Sekiranya saya memilih untuk menjadi juara kaum etnik sesuatu kaum, adakah saya mampu untuk menyumbang ke arah pencapaian perpaduan nasional?”


Ohh… terlupa kalau pemimpin masa kini tidak mempunyai semangat bersatu padu pun. Janganlah korbankan kami generasi akan datang. Mana tahu 20 tahun akan datang daripada generasi sekolah satu aliran ini akan dapat membina negara bangsa yang kita idamkan. Dan tidak lupa juga untuk kiasan kepada dua tonggak kepimpinan utama orang melayu Islam yang tidak sanggup duduk semeja , pihak kami generasi muda akan mengubahnya suatu hari nanti!!!! Malangnya mungkin anda tidak dapat melihatnya……

Sekian….






posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Sejarah Dunia - SIRI 1 : Palestin - Perjuangan Yang Belum Selesai"

Palestin : Artikel by-Harun Yahya

Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka.



Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk meng¬hapuskan yang lain, berbanding untuk men¬jadikan kawasan suci itu berada dalam ke¬adaan aman dan bersatu-padu. Zionis ber¬pendapat bahawa orang-orang Yahudi me¬rupakan "bangsa terbaik", yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka. Bagi Zionis¬me, kepercayaan kepada "tanah yang di¬janjikan" adalah sama penting dengan ke¬dudukan mereka sebagai "insan terpilih."

Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euph¬rates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Pa¬lestin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengah¬nya. Zionisme percaya ba¬hawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang di¬janji¬kan, dan segala macam bentuk kekejaman dan pe¬nindasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pan¬da¬ngan terhadap perkauman menjadi sebab utama ke¬pada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pem¬bentukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Pales¬tin.



Bagi orang-orang Yahudi, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan me¬nam¬bahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.

Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.

Pengusiran Rakyat Palestin

Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin. Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak.


Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah.9 Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun. Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940:

"Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud."

10 Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: "Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba."

Kem-kem Pelarian

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.

Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab "keselamatan", dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.

Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.

Di dalam buku The Israe¬li Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, seorang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan¬da¬ngan orang-orang Israel terhadap mereka:

Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke¬banya¬kan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan - tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.

Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.

Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:

...melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan... Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan...dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun....

Sumber Asal : http://holywar-efairy.blogspot.com/

Edit By : Fadzil




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

POLITIK - SIRI 1 : Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama " - Satu Kupasan -


"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama", begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan.

"Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama", begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan.




Permasalahan ini jelas menunjukkan dunia ini sudah di tahap kronik. Penubuhan tribunal ini berniat baik tetapi dalam kondusi sekarang adalah mustahil kerana kuasa-kuasa besar ini hanya akan memandang sepi sahaja tribunal ini kerana kuasa veto yang mereka miliki mengikut pandangan saya

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya larang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa. Kuasa veto di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 - USSR) — masing-masing mempunyai kuasa veto.

Walaupun banyak pihak bangkit samaada pemimpin negara, pekerja kilang, pejuang-pejuang islam, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan , bloger-blogger.... yang jelas ianya hanya umpama kucing “mengeow” pada Lembu ( Besar tapi bodoh). Begitulah kuasa besar memanipulasi dunia ini. Selagi kita masih terbawa-bawa dengan sejarah kegemilangan empayar-empayar Islam dulu dari zaman abbasiyah ke zaman uthmaniyah.... tetapi tidak mahu maju ke hadapan, kita terus akan ketinggalan.

Negarawan-negarawan dari negara Islam harus berani menguatkan ukhwah sesama sendiri. Pertubuhan yang ada sekarang seperti OIC perlu diperkasakan. Kita tidak mahu keadilan berpaksikan kuasa veto lagi. Kita mahu sistem yang lebih adil.

Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC (Organization of the Islamic Conference) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.

Yang jelas pertemuan dan deklarasi memang ada dikeluarkan tetapi impaknya tidak kelihatan. Harus di akui masalah ini berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri di mana negara-negara Islam tiada satu yang benar-benar gah di pentas antarabnagsa. Penguasaan ilmu perlu dipelbagaikan. Adalah salah kalau kita terus hidup dalam ke`jumud`an dan tidak ingin bergerak ke arah masa hadapan.

Umat Islam harus menjadi umat yang berteknologi tinggi dan bercita-cita tinggi. Harus di ingat bagaimana kegemilangan Islam zaman Abbasiyah kerana lahirnya Tamadun Islam dalam pelbagai lapangan.

Keruntuhan empayar Uthmaniyyah yang telah mencapai kegemilangan merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.


Salah satu faktor kejatuhan empayar ini yang saya ingin sentuh ialah kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak bisa lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya bisa dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid bisa benar-benar memahami sumber-sumber syar’i. Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran itu, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.

Sebab itu saya menyokong pelaksanaan pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi kepada umat Islam. Tetapi bagaimana untuk mengharmonikannnya dengan agama Islam adalah satu perkara lain. Di Malaysia kita melihat konsep dalam dua telah dipraktikkan di mana aliran agama di sebatikan dengan sains. Sekolah-sekolah agama sehingga ke IPTA seperti USIM saya lihat ada menawarkan keharmonian bidang ini. Ini adalah langkah yang bijak dalam mengharmonikan kedua-duanya. Bagi yang arif dalam agama harus mencari satu konsep dakwah yang halus bagaimana untuk menukar persepsi sesetengah umat islam yang bergelar golongan profesional untuk mendekati Islam. Teknik menunjuk-nunjuk ke`wara`kan dan terlalu syadid sehingga menyebabkan golongan ini semakin jauh dengan sinar Islam haruslah diganti dengan sifat kasih sayang dalam persaudaraan Islam.

Banyaklah pihak yang merasakan mereka lebih hebat dalam agama yang mana memperjuangkan perkara-perkara kurang bermanfaat menjadi KEUTAMAAN dakwah mereka. Perjuangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan umat jauh lebih penting daripada perjuangan menentukan mujaddid (Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu) ataupun membahaskan semula perkara-perkara yang sudah ada keputusan iaitu KHILAF . Jika ada keluangan masa untuk berehat setelah penat berjuang, ketika itu bolehlah diisi dengan membincangkan perkara-perkara kurang penting seperti menentukan mujaddid ataupun menilai keputusan khilaf ini. TAPI… pada zaman ini masih wujudkah RUANG UNTUK BERISTIREHAT daripada berjuang? Jika benar anda pejuang, anda akan mendapati bahwa RUANG tersebut hampir-hampir tidak ada.

Pendapat saya ini hanya luahan hati insan kerdil yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T dengan sedikit jawatan sebagai pemimpin kampus. Oleh kerana itu saya amat terbuka untuk menerima mana-mana pandangan. Perbezaan pendapat yang ada menjadikan kita lebih rasional dalam membuat pertimbangan lebih-lebih kuasa yang ada mampu menjadikan kita terleka dan penting pemimpin harus di tegur dengan berhemah. Lembut tetapi tegas.

Kebanyakkan umat Islam tidak memahami politik itu apa? Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.
Harapan umat islam selalu digalaskan kepada pimpinan mereka. Sering terdetik kenapa tidak pimpinan negara ini buat ini dan buat itu untuk menguatkan Islam. Untuk pemahaman, politik ini bukanlah sesenang itu untuk kita fikirkan. Ketika saya masih seorang berkiblatkan akademik, belum menjerumuskan diri dalam politik kampus. Sering kita berangan-angan untuk membawa perpaduan dikalangan mahasiswa kampus. Bila anda sendiri berada di dalam , anda menyedari politik bukanlah mudah dibentuk dengan pemikiran anda sahaja. Idealisme sahaja masih tidak mampu mewujudkan realisme sebenar. Manusia ini mempunyai pelbagai rencam pemikiran.

Pemimpin-pemimpin negara pastilah sibuk dengan pelbagai isu dalam negara. Manakah mungkin ingin menguatkan kesatuan Islam sedangkan keluarga sendiri pun porak peranda. Anda fikir Perdana Menteri berusaha bersunguh-sunguh untuk menempatkan diri dalam arena antarabangsa? Saya kira tidak kerana pemikiran saya ianya masih baru untuk DS Najib menjadi ketua kerajaan Malaysia . Ianya perlu menguatkan diri dulu di arena politik tempatan. Terlalu banyak masalah untuk DS Najib untuk selesaikan. Saya kira kalau ada yang mengatakan masalah ini berpunca daripada kerana ideologi Barisan Nasional adalah tidak adil. Kita melihat berkata-kata amat mudah untuk menghukum secara total kepada kerajaan. Politik ini sememangnya sukar di fahami selagi kita tidak menilai dengan mendalam dan mengalaminya sendiri. Pas sendiri yang bertunjangkan ideologi Islam sendiri menghadapi masalah aliran pemikiran. Bagi ahli-ahli PAS bawahan pastilah melihat pendamaian selepas kocakan tersebut mampu menarik nafas lega. Kalau anda benar-benar faham ianya penyakit yang sama dalam mana-mana parti politik termasuk UMNO, sudah ada unsur kepuakan dalam PAS. Dan mereka ini saling berebut jawatan. Hanya kerana konsep taat kepada pemimpin dalam Islam, masing-masing hanya mengacah kaki di kolam sahaja, mereka ini hanya menunggu masa untuk menunjukkan belang masing-masing bila tiba masanya.

Sabda Rasulullah saw.

Wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama ana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengan dan tiada taat .

Riwayat Imam Muslim

Tidak semua tindakan dan arahan pimpinan disyaratkan terlebih dahulu mendapat kelulusan mesyuarat . Dalam perkara – perkara tertentu yang berkait dengan maslahah perjuangan dan memerlukan tindakan segera , seorang pemimpin boleh mengambil tindakan awal mendahului keputusan mesyuarat selama mana ia tidak bercanggah dengan prinsip Gerakan Islam atau Amal Islami .

Kebenaran ini diberikan kepada pemimpin berasaskan ia adalah seorang pemimpin yang telah dilantik atau diberi baiah dan mandat untuk memimpin oleh ahli . Maka pastinya pemimpin yang dilantik atau dipilih malah telahpun disyurakan dikalangan ahli melalui proses yang telah dipersetujui oleh organisasi ( seperti muktamar ) adalah dikalangan individu pemimpin yang paling layak dan dipercayai .

Justeru itulah , prinsip amal Jamaei telah menegaskan bahawa pemimpin yang telah dilantik , biarpun ia hanya seorang hamba adalah wajib ditaati , dipercayai ( thiqah ) dan diberikan wala’ ( kesetiaan @ kejujuran ) kepadanya.

Sabda Rasulullah saw.

Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanya seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula kerinting .

Riwayat Imam Bukhari dari Anas Rha.

Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)

Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .

Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :

Tiada Islam tanpa Jamaah , tiada Jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan .

Namun tindakan pemimpin kadangkala menjadi ujian kepada pengikutnya. Terutama apabila arahan tersebut merupakan arahan yang sukar untuk dilaksanakan sedang ia adalah suatu yang penting untuk gerakan Islam . Demikian juga arahan yang lahir dari pemimpin tanpa terlebih dahulu melalui proses mesyuarat dikalangan anggota kepimpinannya.

Saya kira bukanlah kerana niat jahat inginkan jawatan pada benak kedua-dua golongan dalam PAS ini tetapi untuk memungkinkan aspirasi mereka berjaya dalam memartabatkan Islam , kuasa amat penting. Kuasa hanya datang apabila seseorang menduduki jawatan terpenting. Pendekatan yang berlainan matlamat yang sama. Dalam keadaan kurang sama dalam UMNO , ketika UMNO lemah di bawah Pak Lah, lantanglah beberapa golongan supaya berlaku peralihan kuasa.

UMNO yang hebat dengan pegangan kemelayuan Islamnya sendiri pun akhirnya sekarang terpaksa bersikap lebih liberal kerana desakan-desakan pasti kompenan yang lain . UMNO tidak dapat hidup tanpa komponen-kompenemya. Ini lantaran undi orang Islam yang dominannya melayu terpecah dua secara keseluruhannya dan mungkin tiga dengan konsep PKR. Harus di ingat UMNO sekurang-kurangnya berjaya mengawal komponen-kompenen bukan Islamnya untuk menghormati perlembagaan yang memastikan Islam terus terpelihara.

Hanya UMNO perlu memperbaiki bagaimana untuk meyakinkan umat Islam mengenai perjuangan mereka samaada berteraskan kebangsaan semata-mata ataupun ada agenda Islam yang tersembunyi. Semua maklum semangat Barisan Nasional memerlukan mereka menjaga hati rakan-rakan mereka. Adakah mengikut teori konspirasi saya, UMNO tiada dapat terang-terangan untuk menyatakan konsep Islam dalam perjuangan Kebangsaannya untuk menjaga hati rakan-rakan komponennya? Saya pasti UMNO yang dominan dalam BN mampu menggalakkan aliran pemikiran Islam dalam parti bagi mengukuhkan kedudukannya. Paling-paling UMNO boleh menjadikan perlembangan sebagai benteng terakhir melindungi kepentingan Islam. Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa seharian, mengamalkan adat resam melayu dan beragama Islam. Hal ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, tidak termasuk dinegara-negara lain yang juga dikenali sebagai sebahagian dari rumpun Melayu

Persoalannya benarkah faham nasionalisme dan patriotisme ini bertentangan dengan prinsip Islam? Apakah benar tanggapan segelintir yang berpandangan bahawa faham kebangsaan ini tidak ubah seperti konsep asabiah jahiliah yang sesat lagi menyesatkan? Atau apakah semangat nasionalisme dan patriotisme ini masih relevan dengan realiti dunia hari ini?

Dalam upaya menyuburkan semangat kebangsaan dan patriotisme, seorang agamawan nasionalis terkenal Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam makalahnya bertajuk Perjuangan Kita, secara jelas merungkaikan makna perjuangan nasionalisme Melayu yang harus sentiasa berpaksikan nilai-nilai keislaman sejati yang bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat.

Menurut beliau, dengan menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah yang mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka asabiah jahiliah atau fanatik kesukuan melulu sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah sebelum Islam.

Pemikiran beliau ini seiring dengan firasat ahli falsafah Islam tersohor Ibn Khaldun yang lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam Andalusia. Melalui kitabnya yang masyhur Muqaddimah, Ibn Khaldun menyingkap faham kebangsaan berteraskan dua dimensi asabiah yang menurutnya boleh jadi positif atau negatif. Beliau mentakrifkan asabiah yang positif ialah semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain.
Penjiwaan seutuhnya kepada nilai asabiah yang positif inilah yang mampu menggerakkan masyarakat Islam keseluruhannya untuk sama-sama terlibat secara aktif dan konstruktif dalam sebuah pasukan demi menjana tamadun bangsa yang unggul.

Sebaliknya sesebuah tamadun akan terdedah kepada kebinasaan sekiranya asabiah jahiliah yang berlandaskan sentimen perkauman sempit lebih mendominasi sesuatu bangsa. Menurut Ibn Khaldun bangsa yang terbelenggu dengan asabiah jahiliah ini sering kali terbudaya dengan nilai sombong, tidak rasional sehingga menolak nilai-nilai kebenaran dan keadilan semata-mata atas dorongan sentimen dan kepentingan kelompok.

Pandangan Ibn Khaldun ini berasaskan hadis berkenaan seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Apakah yang dimaksudkan asabiah itu? Apakah kecintaan seseorang terhadap bangsanya dikatakan asabiah?”
Rasulullah menjawab, “Tidak! Yang dimaksudkan asabiah ialah apabila seseorang menolong bangsanya dalam melakukan kezaliman.” (riwayat Ibn Majah).

Sememangnya pandangan Ibn Khaldun mengenai kedua-dua dimensi asabiah ini amat penting untuk dihayati bagi meletakkan asas kefahaman nasionalisme di tempatnya. Malah dengan memahami konsep dan makna nasionalisme secara tuntas sahajalah dapat mengelakkan umat daripada terbelenggu dalam perbalahan istilah yang tidak menguntungkan.

Apakah kesalahan besar sehingga ada orang muda yang hilang kepercayaan kepada UMNO dalam PRU-12 ? Banyak faktor yang boleh disenaraikan yang menjadi penyumbang kepada prestasi merudum BN dalam PRU-12. Apa yang paling utama ialah kegagalan UMNO/BN untuk melaksanakan tradisi membela rakyat dengan kenaikan harga barang, kos kehidupan yang semakin tinggi serta angka jenayah yang membimbangkan. Selain dari itu, isu-isu rasuah, penyelewengan, kronisma serta skandal badan kehakiman menambah kebencian rakyat kepada kerajaan yang ada yang akhirnya membawa mereka untuk mengundi pembangkang sebagai alternatif kepada UMNO/BN.

Sudah menjadi bagi manusia kerdil seperti kita iaitu golongan bawahan seperti pesawah, penoreh getah, mahasiswa/i, penganggur tidak mempunyai kepentingan dalam kerajaan akan merasa meluat dengan perkara itu walaupun kesalahan tersebut sejauh mana kebenarannya tetapi bila asyik disuapkan akhirnya masyarakat mempercayainya. DS Najib yang nampak bersunguh-sunguh ingin membenteras gejala ini dengan meminda perlembagaan UMNO nampaknya seorang ahli politik yang bijak membaca hasrat rakyat. Rakyat akan menilai sejauh mana perlembagaan dalam mengekang budaya politik wang ini terus berlaku. Bagi mana-mana pemimpin yang cenderung untuk mengubah persepsi golongan muda bukanlah senang. Hendak menyelamatkan fahaman golongan muda ini bukannya mudah kerana fitrah manusia biasanya cenderung kepada apa yang pertama mereka dapati.

Kita juga melihat dengan penuh kebimbangan aliran parti PAS yang yang telah bersahabat dengan DAP, akan menyebabkan ruang untuk mereka melebarkan penguasaan mereka yang bersikap Ultra Kiasu. Sudah terang-terangan mereka menentang Islam. Hanya kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka sanggup turun ke pentas-pentas PAS dan mengungkap ayat-ayat Al-Quran sudah memadai untuk mempercayai mereka , sedangkan sebahagian besar mereka menetang Islam, saya fikir ianya bahaya besar kepada umat Islam. Malah ada antara pimpinan DAP sanggup melabel Cina Islam dengan pelbagai gelaran yang buruk kerana bencinya pada Islam pada pandangan saya.

Sudah terang lagikan bersuluh , Sejauh manakah kecintaan DAP terhadap Islam dibanding dgn pengikut UMNO ? Walaubagaimanapun untuk membenarkan cara muncul pula istilah Tahaluf Siyasi yang diuar-uarkan penyokong PAS kini.

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Mari Kita lihat salah satu ucapan pimpinan DAP selain slogan popular Karpal Singh " Langkah mayatku dulu utk tegakkan negara ISlam"

- di Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU) oleh Ronnie Liu Tian Khiew

Parti DAP boleh dan sudi berkerjasama dengan parti-parti politik yang mengamalkan prinsip Islam dan agama yang lain. Tetapi ahli-ahli dan penyokong DAP tidak dapat menerima konsep Islamic State dan mereka menganggap DAP sebagai pengkhianat jika pemimpin berpakat dengan parti politik yang berjuang untuk menubuhkan sebuah Islamic State di Malaysia.

Ini adalah kerana bukan sahaja mereka tidak memahami konsep Islamic State mereka rasa lebih selesa dan lega jika Malaysia terus menjadi sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Mereka boleh menerima satu pentadbiran kerajaan yang mengamalkan nilai agama sejagat. Mereka tidak dapat menerima satu pentadbiran kerajaan yang menempatkan taraf sesuatu agama lebih tinggi daripada agama yang lain. Kerana mereka percaya keadaan ini akan mencetus kesangsian di antara penganut-penganut agama yang lain dan hak-hak asasi mereka tidak dapat dilindungi dalam jangka masa panjang. “

Justera itu, jika isu Islamic State tidak dapat diselesaikan, parti DAP tidak dapat berikat dengan sebarang gabungan politik yang didominasikan dengan unsur-unsur politik Islamic State pada masa depan.

Adakah ini penyebab pengguguran menifesto Negara Islam PAS dan di tukar Negara Kebajikan? Kalau begitu apa bezanya PAS dengan UMNO? Sama sahaja. 2 x 5 = 25… tiada jawapan yang betul.

Memandangkan kita terpaksa mengambil pendirian dalam pilihan, bukannya bersikap atas pagar kerana bersikap atas pagar tanpa pendirian adalah lebih teruk sifatnya. Akhirnya diri sendiri dengan ilmu yang ada akan menganalisa pilihan hati. Ada yang atas dasar politik kepartian, ada atas faktor kaum, ada atas faktor individu, ada yang buat pengiraan dalam pelbagai segi dan analisa calon lagi….. hebat…

Kita melihat PAS hanya gagah di Kelantan. Pastilah penerapan Islam dapat diterapkan di sana. Tidak diragukan lagi. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Adakah PAS dapat melakukannya di Selangor dan Perak? Di mana pecahan kaum tidak menyebelahi Islam ( Tidak menjumpai bancian di Internet setakat ini) . Kita melihat Parti-parti yang lebih dominan adalah DAP dan PKR. Di mana ingin menutup tempat-tempat perjudian , kilang-kilang arak dan maksiat di Selangor dan Perak? ( UMNO juga turut bertanggungjawab zaman sebelum Pakatan Rakyat) . Saya tidak ingin menyelebahi mana-mana pihak. Sebab itu kita lihat kembali kata-kata Kata As-Syahid Hassan Al Banna...

"Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedikit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad"

Matlamat menghalalkan cara sememangnya sinonim dalam politik. PAS pastilah untuk menjaga hati rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat terpaksa menolak prinsip mereka ini dan mengeluarkannya kenyataan masa belumnya tiba untuk menerapkan prinsip-prinsip mereka di Selangor dan Perak. Sikap ini samaada UMNO ataupun PAS dalam perebutan kuasa sesama Islam pastilah menyebabkan pihak lain mengaut keuntungan. Malah kalau pimpinan PAS Selangor yang lantang bersuara mengenai isu-isu menyentuh prinsip Islam terpaksa mendiamkan diri dan diambil tindakan displin oleh PAS Pusat maka teori saya menjadi kenyataan. Kalau tujuan pimpinan PAS Selangor adalah jujur menegakkan prinsip Islam maka rugilah PAS secara keseluruhannya, tetapi kalau ianya seperti yang diuar-uarkan lantang itu kerana ingin bergabung dengan UMNO untuk jawatan Menteri Besar maka mungkin ada benarnya tindakan displin harus di ambil atas semangat komponen. PAS kini ibarat dalam Pakatan Rakyat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. PAS harus berani menyatakan prinsipnya dan jika benar ada kejujuran UMNO dalam penyatuan ianya harus dipertimbangkan demi kemasyalatan umat islam. Mana lebih penting kemasyalatan umat Islam ataupun Tahaluf Siyasi?

Anda lihat bukan senang untuk memahami politik kan? Semua parti politik boleh melaung-laung ideologi masing-masing tetapi melaksanakan amat susah. Saya menulis bukanlah sekadar suka-suka untuk menghentam mana-mana pihak, hanya saya hanya menyatakan hasrat pandangan orang muda seperti saya yang sudah bosan melihat percakaran sesama sendiri merugikan Islam.

Sengaja saya bawa permasalahan politik tempatan untuk menunjukkan gerakan politik antarabangsa yang saudara-saudara idam-idamkan adalah mimpi di siang hari. Kalau kuasa rakyat dijadikan ukuran dimana populasi memainkan peranan maka umat Islam yang tidaklah sejauh mana pun harus bermuhasabah diri. Kita melaung-laung anti-Israel. Apakah strategi utama umat Islam dalam menangani dalam jangka masa panjang? Strategi amat penting dalam memastikan sesuatu kejayaan bebentuk penguasaan. Mari kita lihat statistik terlebih dahulu :-

Populasi Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah keseluruhan warganegara. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Perangkaan terkini menunjukkan penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.


Petunjuk : Dunia Islam
Negara Islam
Agama negara
Tidak ada deklarasi
Negara Sekular

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Setelah melihat statistik mampukah kita terus bergaduh sesama sendiri? Dengan populasi kedua tertinggi dari segi agama kita harus berasa bimbang dengan kelansungan umat Islam. Golongan-golongan muda yang darah tengah memuncak dahagakan bentuk perjuangan yang dapat memberi impak yang tinggi bermula daripada dalam negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Kita mengambil contoh gerakan-gerakan Islam yang dominan dalam seratus tahun ini. Walaupun saya sendiri tidak mengenali secara mendalam mengenai gerakan ini dan tidak pernah terlibat pun tetapi melalui pembacaan-pembacaan dapatlah dirumuskan impak yang ditinggalkan oleh Ikhwanul muslimin yang diasaskan Syeikh As Syahid Hassan Al Banna di Mesir ini sering diperkatakan. Banyak ulama handal yang sezaman dengan Hasan al-Banna tetapi mereka hanya mampu membawa perubahan dan menjaga keaslian bidang mereka sahaja. Berlainan dengan Hasan al Banna, beliau nampak cara-cara memperbaiki agama dan umat dalam semua lapangan. Seorang lagi genius pembaik umat yang muncul ketika itu ialah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas gerakan Tabligh, cuma skop yang dibawa oleh Maulana kecil sedikit daripada bawaan Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul muslimin merupakan gerakan terulung moden pada abad ke 19 ketika dunia mencari pemimin agung selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah Turki dan angkatan perang pimpinan Salehuddin Al-Ayubi. Kebesaran dan kehebatan Al-Ikhwan al-Muslimin diakui ramai.

Tokoh sejarah Arab, Dr. Nabih Amin Parsi pernah menulis tentang pergerakan ini. Antara lain katanya,

"Sesungguhnya fikrah idealisme mereka sentiasa menjadi perhatian yang mendalam dikalangan umat Islam dari Arab hingga ke Barat."

Menurut Dr. Mustafa Assibaie'i, Muraqib Am Pertubuhan Ikhwan Muslimin, terdapat lima matlamat utama perjuangan Pertubuhan Al-Ikhwan ini. Saya sentuh matlamat terakhir iaitu :-

Dan matlamat yang terakhir ialah mewujudkan perpaduan masyarakat Arab dan umat Islam yang lain. Sebenarnya harakah Ikhwan telah menyuarakan betapa perlunya diwujudkan satu gagasan atau kesatuan umat Islam yang bersatu dari aspek politik, ekonomi dan sosial seperti Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Berdasarkan gagasan inilah semua bangsa yang beragama Islam dapat berpadu tenaga, saling bantu-membantu untuk menjadi satu umat yang dihormati dan digeruni. Malahan, gagasan seperti ini dapat memainkan rentak yang berkesan dalam usaha memelihara keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran dunia.

Sengaja saya highlightkan tulisan tersebut, ianya mengukuhkan pendapat saya bahawa perpaduan masyarakat berbentuk kebangsaan adalah perlu dan tidak boleh di buang terus kerana tenaga penggeraknya bermula daripada satu kelompok yang kemudiaannya dikembangkan kepada perpaduan umat Islam.

Suka saya timbulkan jua sebuah gerakan unik yang mempunyai cita-cita besar iaitu Gerakan Hizbur Tahir ini ia lebih kepada sebuah gerakan yang semata-mata mahu menegakkan sistem Khalifah.

HT ditubuhkan oleh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1952 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya. Bagi HT, pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur. Mereka juga mengecam mana-mana pihak yang ingin memperjuangkan Islam melalui saluran demokrasi seperti PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, PKS di Indonesia, Refah di Turki dan lain-lain lagi.

Adalah penting saya simpulkan kita masih terpinga-pinga gerakan mana satukah pilihan hati? siapakah pemimpin yang akan menyelamatkan umat Islam kala ini? Persoalan ini terlalu besar untuk saya jawab. Saya lontarkan kembali persoalan ini kepada anda yang dianugerahkan Allah S.W.T dengan akal dan panduan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan.

Kita juga perlu berikhtiar untuk mengembalikan kegemilangan islam. Perlu pelan strategik bagaimana meningkatkan ekonomi, pendidikan, ketenteraan, perpaduan di kalangan umat Islam. Umat Islam tidak lagi di geruni lantaran kelemahannya, mari kita lihat apa yahudi katakan terhadap Islam ;

Akhbar Yahudi “Yadi’ut Uhrunut” menegaskan bahwa semua bangsa Yahudi agar jangan takut lagi terhadap Dunia Islam, kerana apa yang digelar Umat Islam itu hanya hidupan yang berpecah serta mundur dan tidak mampu utk menghadapi kemempuan aqal Yahudi yang tersusun.

Penganalisa Politik Berbangsa Yahudi Siver Blustker pula menambah kritikannya terhdapa umat Islam dengan katanya

“Sesungguhnya setiap negara umat Islam mempunyai masalah masing2, juga sibuk dengan kemunduran ekonomi dan keamanan yang cukup menyibukkan mereka utk lebih belasan tahun utk menyelesaikannya. Dan kepada bangsa Yahudi , mestilah yakin dan menyedari bahawa Yahudi hari ini berada dalam kekuatan yang dicemburui oleh seluruh umat. Sejak 30 tahun yg lalu kami berada dalam keadaan hina dan dianak tirikan di Timur Tengah dan seluruh Dunia Islam, tetapi hari ini kita telah mendahului semuanya…”

“ Tiada akan ada lagi selepas hari ini, kerana muslimin adalah LEMAH, mereka tidak mampu bersatu dan bersepakat atas apa jua perkara, dan mereka mampu bersepakat utk berpecah dan berselisih”

Sekiranya kita terus berbalah kita seolah sebuah tasik yang hampir gersang. Yang ada cuma anak ikan ; air yang semakin cetek serta tercemar.

Kata-kata akhir untuk golongan muda sebuah petikan daripada As-Syahid Hassan Al Banna

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

Sekian.... sekiranya terdapat kesalahan fakta dialu-alukan untuk diperbetulkan.

Wallahualam


Fadzil Hanid. Powered by Blogger.