Archive for October 2009


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

6 comments

ISLAM (HUKUM) : SIRI 1 - " Bersalam antara lelaki & Perempuan "


Salam.... adapun ianya sekadar perkongsian yang saya rasa perlu diketengahkan untuk kegunaan yang mana hukum bersalam yang kebiasaannya di alami oleh ahli-ahli pimpinan mahasiswa/i dan bakal-bakal pimpinan akan datang. Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pimpinan mahasiswa/i . Pernah satu ketika ketika saya baru memenangi pilihanraya kampus, seorang perempuan bukan Islam menghulurkan tangan kepada saya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan saya. Memandangkan itulah pertama kali saya berdepan situasi ini maka dalam masa beberapa saat saya harus membuat keputusan sama ada untuk membalas ataupun tidak bagi menjaga air muka mahasiswi tersebut, mujurlah otak saya ketika itu berjaya mengingat semula sebuah buku berkaitan soal jawab agama yang mana membenarkan bersalam sekiranya perempuan ajnabi menghulurkan tangan terlebih dahulu dan salam saya tidak beserta syahwat.





Adapun saya ketika itu haruslah menjaga air muka mahasiswi tersebut di depan orang lain, dan untuk mengelakkan saya di gelar sombong setelah kemenangan tersebut dan pastilah mahasiswi tersebut salah seorang pengundi saya. Saya telah bersalam dengannya atas kapasiti hukum yang saya ingat secara seimbas lalu.Walaubagaimanapun setelah itu, bebarapa hari kemudian saya terserempak mahasiswi tersebut secara individu ketika di perhentian bas, saya mengambil kesempatan menerangkan kepadanya mengenai hukum bersalam dalam Islam dan mahasiswi tersebut meminta maaf atas kejadian tempoh hari. Tidak semua perempuan bukan Islam memahami hukum-hukum Islam, persediaan amat penting bagi pimpinan mahasiswa/i memahami budaya dalam kepimpinan, anda akan berjumpa VIP-VIP yang akan menghulurkan tangan kepada anda. Pasti anda akan serba salah dibuatnya. Dalam banyak kejadian , akan banyak perkara yang tidak terduga akan terjadi. Anda mestilah melengkapkan diri dalam menghadapi situasi-situasi ini. Saya berkongsi bebarapa rujukan saya :

Menurut JAKIM

Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.

Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.

Wanita ajnabi ialah mereka yang halal dikahwini yang bukan mahram atau bukan isterinya. (al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami 7/598).

Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79

Fatwa Yusof Qardawi :

Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut).

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3.Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Kesimpulannya

Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan sahwat.

Tak nak salam pun betul, dua2 betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. sebabtu dalam al-quran suruh kita berfikir.

Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

Di Tinjau Dari Perspektif Fiqh


Apabila kita mengkaji penulisan para ulama dalam persoalan ini, maka dapatlah disimpulkan seperti berikut;

Pertama, dibolehkan orang lelaki berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tiada ghairah terhadap lelaki. Hukum ini diambil dari keringanan yang diberi kepada wanita-wanita tua dalam masalah hijab pakaian yang terdapat dalam firman Allah taala yang bermaksud

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur : 60)

Perkara ini disokong pula oleh riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa nabi s.a.w tidur siang hari di rumah ibu saudara Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan. Beliau s.a.w tidur di sisi Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau dari kutu.

Kedua, dibolehkan orang perempuan berjabat tangan dengan lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan dengan anak-anak lelaki yang kecil yang belum muncul keinginan seksnya. Hukum ini berdasarkan keringanan hijab yang dinyatakan dalam firman Allah taala yang bermaksud
“... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putra-putra suami
1
mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita ...” (An-Nur: 31).

Atas dasar yang sama, dibolehkan bagi lelaki untuk bersalam dengan kanak-kanak perempuan yang belum muncul keinginan seksnya, jika tidak disertai syahwat.
Ketiga, para ulama berbeza pendapat terhadap hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan biasa yang bukan mahram dan telah baligh.
Pendapat pertama mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“Aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” (Riwayat Abu Daud).
Dalam sebuah hadits pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Sesungguhnya ditusuk kepada salah seorang dari kamu dengan jarum besi itu lebih baik dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Kelompok ini juga berpendapat bahawa jika melihat wanita itu haram, maka menyentuhnya lebih utama diharamkan kerana ia lebih merangsang. Selain dari itu semua, pengharaman dibuat atas dasar sadduz zari`ah (menutup pintu kerosakan) dari rangsangan syahwat dan timbulnya fitnah.

Pendapat kedua pula mengharuskan perbuatan itu atas dasar bahawa Rasulullah s.a.w pernah berjabat tangan dengan wanita sewaktu berbai`ah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Athiyyah oleh Ibnu Hibban, Al-Bazzar, At-Tabari dan Ibnu Mardawaih. Selain itu diriwayatkan oleh Anas r.a
“Sesungguhnya seorang hamba perempuan di antara hamba-hamba di Madinah memegang tangan Rasulullah s.a.w, lalu dia membawanya pergi ke mana dia suka.” (Riwayat Al-Bukhari).

Mereka juga berpegang dengan hadits Ummu Haram yang dinyatakan di atas.
Kedua kelompok ini saling berhujah terhadap satu dengan yang lain di sekitar kekuatan dalil yang dipegang dan pentafsiran terhadap dalil masing-masing. Di sini tidak dapat disertakan perdebatan antara kedua pihak disebabkan keterbatasan ruang. Walau bagaimana pun, pandangan kedua belah pihak dapat dibaca dalam Al-Fatawa Al-Mu`asirah (Fatwa-fatwa Kontemporer) oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi (http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Jabat1.html).

Walau pun para ulama kelompok kedua mengharuskan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang baligh dan bukan mahram tetapi mereka mengharamkan ke atas sesiapa yang melakukannya jika disertai dengan syahwat atau menimbulkan syahwat.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang baligh dan bukan mahram adalah perkara yang dikhilafkan oleh para ulama. Kedua kelompok yang berselisih dalam persoalan ini mempunyai dalil dan hujah. Dengan ini juga, persoalan ini akan kekal sebagai persoalan khilafiyah yang harus diterima oleh semua pihak.

Langkah Kita

Apakah tidak boleh setiap kelompok dalam masyarakat Islam yang berpengetahuan melakukan seperti berikut

1. Memberi penerangan kepada golongan bukan Islam bahawa hakikatnya terdapat perbezaan pandangan di sisi ulama dalam persoalan ini yang menatijahkan pula perbezaan amalan di dalam masyakarat Islam. Kita tidak perlu bersikap apologetik berkaitan perbezaan ini kerana ia bukan persoalan pokok dalam agama di samping itu perbezaan seperti ini juga wujud dalam agama-agama lain.

2. Memaklumkan golongan bukan Islam bahawa bukan budaya masyarakat Islam umumnya untuk berjabat tangan di antara lelaki perempuan yang baligh dan bukan mahram kerana pegangan mazhab Syafi`ii dalam amalan agamanya. Masyarakat Islam mempunyai cara tersendiri bagi mengucap salam dan menyambut orang. Kalau kita boleh menerima cara menunjuk rasa hormat kepada orang Jepun dengan menundukkan kepala dan cara menunjuk rasa hormat kepada orang India dan Thai dengan melekatkan tapaktangan, pastinya mereka boleh menerima bahawa masyarakat Islam mempunyai cara menyambut dan menghormati orang lain, asal sahaja satu usaha pemberitahuan dilakukan. Perbezaan cara seperti ini tidak sama sekali menjadikan seseorang itu tidak sopan, akomodatif atau eksklusif.

3. Memaklumkan golongan bukan Islam bahawa mereka akan sentiasa berhadapan dengan perbezaan di kalangan masyarakat Islam. Mereka harus menerima realiti ini dan berhenti mengharapkan agar semua masyarakat Islam menerima amalan berjabat tangan dengan semua bagi merapatkan ruang bersama (common space).

4. Bagi mengelakkan kesalahfahaman dan malu, masyarakat bukan Islam dimaklumkan bahawa, as a rule of thumb, tidak perlu menghulurkan tangan bagi berjabat untuk menghormati atau menyambut rakan Islam yang berlainan jenis kecuali jika beliau yang menawarkan tangannya untuk berjabat. Mengucap ‘hello’, ‘hi’, ‘welcome’ dan ‘how are you?’ adalah memadai.

5. Mereka yang tidak mahu berjabat tangan, hendaklah melakukannya dengan cara yang bijaksana, sopan dan memahami akan ketidakfahaman golongan bukan Islam dalam persoalan ini. Sikap melarikan diri atau berpaling tanpa penjelasan tidak akan menjelaskan keadaan. Sebaiknya membuat penjelasan secara pro-aktif – sebelum insiden berlaku.

6. Setiap pihak dari kalangan masyakarat Islam hendaklah berhenti dari mengkritik atau melontar hukum dan label terhadap satu dengan yang lain. Sebaliknya menumpukan kepada memberi penerangan yang komprehensif kepada golongan bukan Islam akan perbezaan yang ada, meminta masyarakat bukan Islam 5
memahami kedua belah pihak dan menasihati langkah yang baik bagi menghadapi persoalan ini.

Adalah diingatkan agar isu ini tidak dijadikan medan bagi mengukur siapa yang lebih wara’ dan siapa pula tidak atau siapa yang lebih ‘pro-integrasi’ dan siapa yang tidak kerana berpegang kepada mana satu dari dua pandangan para ulama tidak sedikit membuktikan sikap wara’ seseorang di hadapan Allah taala atau keterbukaan terhadap integrasi kaum di mata manusia.

Kesimpulan :

1. Apakah kita boleh yakin kita mampu mengawal nafsu kita sebelum,semasa dan selepas bersalam?
2. Fitnah kekadang tidak berlaku depan mata tetapi berlaku selepas dari itu

Menghulur salam dan berjabat salam satu amalan yang mulia di Malaysia yang berbilang kaum. Dunia yang luas tanpa sempadan, masyarakat berlainan negara mengamalkan cara yang berlainan memuliakan seseorang bila bertemu. Ada satu masyarakat dunia, apabila bertemu akan mengeselkan hidungnya. Ada yang berpelukan tatkala bertemu. Lain padang, lain belalang. Namun begitu, sebagai seorang yang beragama Islam, perlulah mengelakkan perkara-perkara yang menimbulkan fitnah Kekadang tu, kita tak menyangka pun secara tiba-tiba yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk berjabat tangan lantaran mereka melihat orang Melayu bila bertemu mesti bersalam. Ada pula, mereka yang bukan Islam ini terperanjat apabila melihat ada wanita Islam berjabat tangan dengan yang bukan muhrim. Ini bagi yang memahami tentang Islam bagi yang bukan Islam. Mereka faham Islam dan haram itu. Sebaik-baiknya, bagi wanita Islam, jika tidak mahu berjabat tangan dengan yang bukan muhrim, usah menghulurkan tangan. Letak tangan tu kat belakang. Jika kita tak hulur tangan , orang pun takkan sambut. Berdasarkan pengalaman, ada yg mengundur kaki setapak ke belakang dan membongkok menunduk sedikit dengan kedua-dua tangan di letakkan di paras dada sebagai tanda hormat membalas salam yang dihulurkan lelaki ajnabi. ( Situasi saya di Pra-Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan – Mahasiswi UIA apabila seorang VIP menghulurkan salam ketika sesi ramah mesra). Jika kita menunjukkan ketegasan kita dalam hal ini, InsyaAllah, orang yang tidak memahami hukum bersalam samaada bukan muslim ataupun muslim akan tetap menghormati kita biarpun kita tidak menyambut huluran salam mereka .

p/s : Sekiranya ada kesalahan pada mana-mana artikel,,, sila komen untuk berkongsi....

Rujukan :

http://asshafiee.blogspot.com
http://www.rantauan.com
http://halaqah.net
http://media.isnet.org
http://www.iluvislam.com



Password? LINK MEDIAFIRE....


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments


Password? LINK MEDIAFIRE....

Terima kasih atas kerjasama anda. Sedikit usaha diperlukan sebagai tanda terima kasih. Tak perlu keluar duit. Hanya sedikit masa anda untuk dapatkan password. =)

Hanya sekali sahaja seumur hidup dapatkan password ini.

(1) Langkah Pertama anda perlu mempunyai Akaun Facebook. Kemudian Log In Akaun anda.

(2) Kemudian tekan butang Like di bawah ;
 

(3) Kemudian anda pergi ke Fan Page iaitu link di bawah ;


(4) Tekan bahagian Info di Fan Page tersebut dan dapatkan Password di bahagian Personal Interests. Sepertimana gambarajah di bawah ;


Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.


Sekian, Terima kasih.

 


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 8 - " Dalam Secawan Kopi Yang Hitam, Masih Ada Manis"



Cerita HERO seperti yang sy sebut dalam Kembali Siri 6.... bukan sekadar cerita.... sy tidak semberono dalam memilih cerita di televisyen.... sudah semestinya National Geographic, Discovery Channel & History Channel menjadi kegemaranku... tapi sebab rancangan channel tu di ulang kembali jadi sy ambil remote control dan beralih ke TV2.... sekejap je sy dah tertawan sebab aku x dpt mengagak jalan cerita.... kalau yg dpt agak jalan cerita biasa malas nak tengok.... kalau dah tahu hero menang akhir lebih baik x yah...

Yang penting sy nak ulas jalan cerita yg sy kire kreatif dalam otak pengarah ni.... mula2 sy cerita yg tersurat.... pastu baru yg tersirat.... anda fikir sendiri!!!


China di zaman dahulu terdapat beberapa kerajaan yang saling berbalah.....Maharaja daripada kerajaan Qin menyerang negeri2 jirannya... sehingga ke sebuah kerajaan benama Zhao...

Tentera Qin menceroboh negeri Zhao dan membunuh rakyatnya... alkisah sebuah keluarga telah di bunuh dan tinggal seorang budak lelaki yg terlepas drpd tragedi itu & akhirnya membesar utk membalas dendam....
Selepas 20 tahun budak laki tu datang menuntut bela dengan gaya pedang yg handal.... dengan meminta pertolongan bekas anak jeneral tentera Zhao yg tewas die merancang plot membunuh maharaja tersebut....
Budak laki tu adalah Jet Li.... utk mendekati maharaja , Jet Li perlu berada dlm 10 langkah jaraknya dengan maharaja bg menjayakan teknik pedangnya dalam membunuh seseorang, peluang tu muncul bila maharaja membuat tawaran kepada sesiapa yg dapat membunuh bekas anak tentera zhao ( x ingat nama , dlm ni aku panggil Minah) dan suaminya ( x ingat jugak nama , dlm ni aku panggil Abu). Ganjarannya dapat minum dengan maharaja di istana iaitu 10 langkah jarak daripada maharaja tu.

Jet Li berpakat dengan Minah & Abu utk berkomplot supaya buat2 mati di bunuh Jet Li.... sambil2 tu Abu menceritakan die pada 3 tahun lepas penah menyerang Istana dan hampir membunuh maharaja... tetapi di saat akhir die berhenti... maharaja sendiri x tahu nape Abu x pancung kepala die.... sejak tu Minah isteri dier dah x bercakap dengan Abu sebab x balas dendam utk ayah dier...
Rupanyer2 Abu tersedar semasa berlawan pedang dengan teknik terhandal dier dengan teknik pedang maharaja membuat dier terfikir pandangan maharaja tersebut yg dipandang kejam sebenarnya mempunyai maksud yg tersirat....

Abu pesan kat Jet Li jangan membalas dendam.... hidup sahaja di tempat terpencil... Jet Li akhirnya berjaya meyakinkan Abu utk buat2 mati bagi die peluang dulu utk jumpa maharaja.... Maharaja yg dapat tahu Jet Li berjaya bunuh Minah dan Abu ( tipu2) mejemput die minum di Istana.
Sambil2 minum2 maharaja berbual2 ngan Jet Li.. bertanya camner leh bunuh Minah & Abu.
Maharaja yg bijak berjaya mengesan Jet Li menipu.... dan mencabar Jet Li ... tapi turut bertanya tentang Abu.
Paling penting maharaja nak tahu kenapa Abu x bunuh die dulu?

Jet Li : Abu telah menceritakan kepadaku bahawa perlawanan dan peperangan ini tiada akhirnya.Abu menyampaikan hatinya terdetik bahawa tindakan maharaja yg mana semua org kata kejam ade hikmahnya.

Maharaja : Apakah maksud Abu itu wahai Jet Li?

Jet Li : Abu berkata sejak kecil die melihat peperangan yg tidak henti2 antara berbelas kerajaan kecil di tanah besar China. Sudah banyak rakyat yg terkorban kerana cita2 pemimpin. Abu berjaya meneka niat baik tuanku di sebalik peperangan yg tuanku lancarkan.....

Maharaja : Benarkah Abu berkata begitu? (sambil menangis)

Jet Li : Mengapa tuanku menangis?

Maharaja : Nampaknya musuh yang paling aku geruni selama ini adalah orang yang paling memahami aku. Aku benar2 terharu. Sedangkan pegawai2 tinggiku sendiri tidak memahami aku kerana menyerang semua kerajaan yg ada satu persatu yg memalitkan namaku sebagai maharaja kejam.

Jet Li : Nampaknya benarlah ape yg dikatakan Abu mengenai tuanku, kebijaksaan tuanku...

Maharaja : Tujuan beta hanya satu untuk menyatukan semua kerajaan2 kecil ini di bawah empayarku. Supaya mereka tidak saling berlawan antara satu sama lain lagi. Menyebabkan banyak kerosakan di muka bumi. Bila meraka bersatu di bawah empayarku... maka tiada lagi peperangan akan berlaku... nampaknya Abu benar2 pahlawan sejati.... aku tidak kesal kalau dikau bunuh aku sekrang sambil mecampakkan pedangnya ke Jet Li.

Jet Li : Tersentak dengan tindakan maharaja dan mula memahami kenapa dulu Abu tidak membunuh maharaja.

Jet Li meninggalkan Istana dengan perasaan damai. Tidak membunuh maharaja. Maharaja memandang langit dengan penuh harapan. Cerita pun tamat. Tiada siapa yang memang dan kalah akhirnya.... menarik bukan...

Moral Of The Story :

Satu2 tindakan yang kita ambil sebagai pemimpin kadang2 tidak ramai yang memahami. Malah pemimpin pula sering di salah tafsir sehingga ade yg digelar kejam. Yang paling memeritkan sahabat2 baik menjauhi kita kerana tidak memahami kita sehingga mengorbankan diri demi orang lain dan menyalahkan aliran kita menyimpang dari kebiasaan . Dalam secawan kopi yang hitam, pasti ade manisnya. Pengorbanan untuk menegakkan kebenaran pastilah ada seribu halangan. Musuh pula jangan di lawan. Ajak berkawan. Kalau die bagi penampar, kita bagi la die hadiah epal ke... buat dier terharu.... kan bagus.. saling bersatu padu.

Mari kita lihat Sejarah Islam pulak.......

Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal ngan bengis pada zaman arab jahiliah dan pernah membunuh anak perempuannya bertukar menjadi tokoh yang membela bermatian-matian dalam perjuangan Islam akhirnya .... Fikir-fikirkan....

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW.

Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah. Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.

Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini hampir semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khaidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini”.

Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”.

Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun”. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu”.

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia (Khidir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”

Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku”. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar”. Khidir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”

Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku”.

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu”. Khidir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

Itulah kisah perjalanan Musa AS bersama Khidir AS. Itulah dia Ilmu yang diajarkan Allah kepada Khaidir AS yang di sebalik Hitam dan Putih.

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..." (Muttafak 'alaihi)


Anda faham apa yang sy ingin sampaikan dalam siri ini ? Kalau anda faham apakah pandangan anda dalam konteks poltik Malaysia hari ini? Sekadar berkongsi....


Salam perpaduan...



posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 7 - " Televisyen, Keluarga , Makan & dot...dot..dot...

Daripada kanan ; Fadzil, Ibuku Fatimah, Adikku Azmil ; Depan ; Adikku Izzati ; Zoo Melaka (1996)

Malam ini suasana rumah agak bising kerana adik bongsuku, Nurizzati pulang daripada asrama... asyik bercerita tentang SPM 2 minggu akan datang.... topik yang mase aku form 5 buat x tahu jer.... he3... nampaknya Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek di Kula Terengganu memang melahirkan pelajar2 cemerlang... adik lelakiku, Azmil bekas sekolah tersebut dan sekarang di Institut Perguruan Islam Bangi... bakal seorang ustaz.... nampaknya adikku Izzati pun akan menjadi ustazah jugak pada masa depan melihat coz die sekarang ....... adik perempuanku akan menjejak langkah akak aku menjadi seorang Ustazah, sekarang mengajar di Mersing, bekas mahasiswi Universiti Malaya



.... malah yang lebih unik, adikku Azmil bekas Ketua Kelab Usahawan sekolah tersebut, sekarang adik perempuanku pula jawatan yg sama di sekolah itu.... memang unik.......... Ayahku memang seorang arkitek masa depan anak2nya.... menetapkan masa depan anak2nya... habis semua anak2 di suruh menjadi bakal pendidik seperti ibuku jua masih seorang guru bahasa melayu sekarang.... aku pula bakal menjadi cikgu dalam bidang teknikal..... minatkku sebenar ingin menjadi seorang ahli arkeologi.... aku tengah usha mase tu nak masuk USM yang ade bidang itu selepas abis diploma..... tapi memandang hasrat ayahku aku menurut kata2 die semasa aku bekerja di melaka sebagai technician... menghantar sendiri borang kemasukan Kuittho Mase tu belum UTHM) kepadaku di umah sewaku... huh.. jauh betul dari terengganu.. tahu die nak pujuk aku jadi cikgu...... cair jugak aku.. ayahku yg bersusah payah menghantar borang di pejabat pos melaka.... sebab aku kerja daripada 7 pagi ke 7 malam (12 jam) . Terharu jugak, balik2 kerja.... ayah aku dah masak utk aku ngan kawan2.... selama ni kat umah, x penah pun ayahku pegang sudip.... alih2 cucur udang yg dia masak tu hampir2 membuatku mengalirkan air mata.. ceh.. emosional lak... walaupun rasanya tawar, aku dan kawan2 ku semua menguyah dengan lahap sambil berkata Sedap! Sedap!... Tq Sukri, Muhaimin, Zack, Adi yg jaga air muka ayah aku... abis licin... Lidah kata tawar... tapi hati aku kata makanan itu paling manis aku penah rasa.... he3. Kesimpulannya kalau kumpulkan keluargaku silap2 kalau menyanyi lagu Guru Malaysia boleh buat band lagi dan bila agaknye lagi aku boleh makan cucur udang resipi ayahku??

Bercakap tentang makan... memang aku no.1 ... mungkin sebab aku suka mencuba benda2 baru.... belajar ngan sifuku, akakku , kak nurazrina.... dulu2 kalau ibuku tiada rumah.... aku ngan akak aku mesti ambil kesempatan memasak... sebab kalau ade, ibuku akan berleter...... aku dan akakku buka buku resipi... panggil adik beradik suruh potong bawang2 dan lain2... aku pembantu chef sebab aku nak belajar.... sebab tu kut aku suka makan.... he3

Sejak bertongkat ni aku dah x pegang sudip lagi.... dulu selalu sindir adik bongsuku sebab aku lagi terer dari die bab memasak.... siap aku kata chef2 terkenal kat dunia semua laki.. he3.. provok...
Jadi aku nak uji dier.... suruh die masak.... dah betul sangkaan die menjuihkan bibir je....tapi yg best die buat ais blender jenama milo.... die belaja dalam kelab keusahawanan rupanyer.... boleh tahan.. puji la skit.... tersenyum lebar lak dier...

Jadi ceritanya bermula, kepada yang lebih serius....

Jam 10 malam.... sedang aku melepak tengok TV2.... cerita hong kong , nama citer HERO, lakonan Jet Li..... biase la cite kung fu... aksi terbang2.... Abah & mamaku beserta adikku izzati pun join kat sofa sebelah aku.... selain babak2 dalam tv... ade penkritik2 tetap rupanye citer ni....

Abah : Ehh.... siap terbang2 lagi? Mane boleh?

Mama : Ni die guna teknik komputer..... die pasang tali x nampak...

Fadzil : ( Dalam hati) .... aduihhh... hilang feel lak tengok aksi Jet Li. “ Aksi2 tersebut aku bayangkan masuk tali seperti komen ibuku.”

Abah : Siap jalan2 atas air lagi... abis la kamu kene tipu padil...

Mama : Pandai diorang berlakon.... macam betul2

Fadzil : Memang jalan cerita dier dah.... pengarah tu yg arahkan.. pelakon x bersalah.... ( sambil ketawa dalam hati sebab nak kenakan balik dah berjaya)

Izzati : haha....

Abah dan mama hanya tersenyum... :D

Daripada Ibn Umar, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.” ? (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

I LOVE My FAMILY.........



posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments



posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Anda G.E.N.I.U.S? Jom Mengambil Ujian Anda Sendiri!!


MAKSUD GENIUS ??

Mengikut beberapa kamus , genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika pemikiran kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih. Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.



Teori kecerdasan ini saya belajar ketika semester 1 dalam subjek Psikologi Pendidikan. Pelajar Fakulti Pendidikan pasti tahu mengenai teori kecerdasan ini. Perbincangan tentang kecerdasan ini bermula apabila seorang ahli psikologi iaitu Sir Howard Gardner dari Universiti Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Frames of minds: The teory of Multiple Intelligences. Pada buku tersebut beliau telah mengatakan bahawa manusia mempunyai beberapa aspek kecerdasan yang tertentu dimana setiap kecerdasan mempunyai satu set kemahiran yang membolehkan individu tersebut menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini yang boleh berkembang ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan yang lain.Pada permulaan, Sir Howard Gardner telah mengatakna ada tujuh jenis kecerdasan, iaitu:

1. Kecerdasan linguistic.
2. kecerdasan logical matematik.
3. kecerdasan ruang.
4. kecerdasan muzik.
5. kecerdasan tubuh-kinestik.
6. kecerdasan interpersonal
7. kecerdasan intrapersonal

Baru-baru ini Sir Howard Gardner telah menambahkan satu lagi kecerdasan lain iaitu kecerdasan naturalist. Peneranganlanjut sila download di Fail YDP di sidebar > AKADEMIK > Semester 1 > Psikologi Pendidikan > Kecerdasan Pelbagai.doc

Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!

Semasa melayari blog malam ini saya berkongsi dengan anda pandangan daripada Barat :

Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~

Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~

Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~

Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~

Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~

Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~

Bagaimanakah dengan anda ?? Uji diri anda seperti saya di ;-

- Menarik kerana anda dapat masukkan keputusan ke dalam blog, fs, fb dan pelbagai lagi.

http://www.mypersonality.info/

> Daftar Akaun dahulu...
> Log In
> Ada 2 ujian iaitu:-

1) Personality Test - Discover Your Type Which of the 16 personality types are you? This test is based on Carl Jung's theory of psychological types and the personality research of Isabel Briggs Myers and Katharine Cook Briggs.*

2)Multiple Intelligences Test - Discover Your Learning Style Multiple Intelligences is Howard Gardner's psychological theory about people and their different types of intelligences (logical, visual, musical, etc.). This free test will help you discover your strongest types of intelligence and how these types helps you to learn.

> Setiap ujian ada dalam lebih kurang 80 Set Soalan.... English la...

> Selepas itu analisa keputusan akan dikeluarkan dan anda boleh create badget utk blog anda.... cam biasa kat add widget > edit html/java... Selamat mencuba...



posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 6 - " Dalam Cerita Ada Cerita "
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D


( Berdasarkan komen2 dalam Kembali Siri 4 - " Marahkan Nyamuk, Tapir Di Hutan Pula Yang Di Lempang"
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2009/10/kembali-siri-4-harap-dapat-maafkan.html?showComment=1256563203677#comment-c6146993193492461664

Persoalan berdasarkan komen-komen ini..... amat berat untuk di jawab.... penuh dengan tipu daya politik... penuh dengan konspirasi.. penuh dengan tanya-tanya satu sama lain.... siapakah yang harus dipercayai? Sindrom-sindrom ini sedikit sebanyak telah saya ubah dalam kepimpinan saya.... sambil bersuara, menyatakan pendapat tetapi penuh dengan hemah.... walaupun tidak 100% tetapi ada... anjakan yang baik sy kira....

Sy kira kelab-kelab memang mengalami krisis jatidiri yang agak mengelirukan.... sy tidak ingin menyalahkan mereka.... ianya tradisi turun temurun yg memerlukan azam yg kuat utk seseorang mengubahnya.. sy tidak berjaya mungkin pimpinan akan datang boleh mencuba... Pada sesi ini beberapa pertemuan telah di atur antara MPP dan pimpinan Kelab, Persatuan dan Sekteriat. Ianya diselaraskan oleh Jabtan Pengurusan Kelab, Persatuan & Sekteriat yang diwujudkan sesi pada kali ini bagi memastikan kebajikan mereka ini terjaga tetapi bukan dari segi idealisme. Itu strateginya ketika mesyuarat penubuhan jabatan ini dalam mesyuarat pertama MPP.


Kebajikan permintaan Kelab & Persatuan supaya mereka memeliki keistimewaan untuk mendapat kad nama eksekutif seperti MPP juga diluluskan dengan MT sahaja yang diluluskan. Masalah penukaran nama Kelab Kejuruteraan di bawah fakulti ke Persatuan Pelajar juga mendapat sedikit tentangan kerana perkataan kejuruteraan telah di buang... sy telah meminta supaya proposal di hantar kepada MPP oleh ketiga2 peratuan ini... tapi sy kira lepas mesyuarat senyap.. tiada pergerakan... tiada proposal yg di terima... tidak selesai... malah isu terbesar dan menimbulkan kontroversi sehingga sy menerima panggilan daripada YDP2 seluruh Malaysia berkenaan sebuah kelab berkenaan artikel di sebuah portal mahasiswa juga turut menyebabkan sy terpalit sama.... isu penutupan kelab2 yang diuarkan2 itu pada mulanya berkisar di universiti sahaja.... malah sy telah berjumpa dengan pengerusi kelab tersebut.... berbual... sy juga berusaha membantu atas kapasiti MPP sebagai penaung kelab2... sy tidak ingin mengulas isu kenapa kelab tersebut ingin ditutup.... ianya masalah dalaman membabitkan kelab dan entiti tertentu.. MPP x terlibat sama sekali... sy juga mendapat jaminan daripada TNC HEPA bahawa kelab tersebut tidak akan ditutup dalam pertemuan personal.... hingga akhirnya artikel yang mengaibkan individu2 dalam universiti tersebar di internet berkenaan isu ini ... tiada pihak yg mengaku siapa yg mengedarkannya.... minit mesyuarat yg terlepas ade mencadangkan pembubaran tersebut tetapi keputusan tidak diambil... ini yg sy kira penyebab utama utk kelab tersebut gusar sehingga ada yg melampaui batasan menyiarkan artikel tersebut sehingga menjadi top komen dalam portal tersebut.... akhirnya habis semua org dipersalahkan.. MPP dikatakan bersubahat... diam... chicken... ini bahananya..... malah yang lebih teruk diperlagakan2 kelab tersebut dengan sebuah jawatankuasa... bercakaran sesama islam.... sy terkilan kerana tidak dpt membela mPP yang turut dipersalahkan.... sy telah memberi jaminan utk menolong... tapi bila berlaku perkara ini sedikit sebanyak menghiris hati sy.... adakah kata-kata sy tidak dipercayai? Dan yg paling tidak di persetujui adalah meletak nama individu.. cukup mengaibkan kerana tiada bukti yang kukuh.... kalau benar pun harus diadili dulu baru boleh menjatuhkan hukum.... takut menimbulkan fitnah..... pastilah tidak boleh dipersalahkan kelab tersebut kerana manusia luar bebas memberi komen.... nanti dikatakan sy menjilat ludah sendiri tidak dapat menerima komen atau kritikan terhadap MPP.....

Malah ketika isu masjid timbul ( ketika itu sy belum menjadi YDP) , dikatakan MPP tidak berbuat apa2.... sedagkan kita menunggu Majlis Fatwa Negeri Johor utk memutuskan....tetapi MPP juga harus bermunasabah kerana lambat bertindak dalam isu ini.... menyatakan pendirian... walaupun keputusan akhir di buat oleh Majlis Fatwa.... ketika itu sy mula belajar bahawa sikap mendiamkan diri bukan penyelesaian terbaik.... Api perlu di lawan api..... selepas itu sy menukar polisi utk lebih agresif selepas itu.. harus membuat kenyataan berkenaan sesuatu isu...

Peluang tiba bila sy menjadi YDP.... sy pernah menyuarakan ketidakpuashatian sy berkenaan perpindahan pelajar kanan ke Taman U dan kelisa kerana pembinaan baru bermula.... Sy meminta jaminan melalui resolusi yang MPP hasilkan berkanaan 6 tuntusan asas utk pelajar yang berpindah... akhinya sy bersetuju dengan jaminan di beri..... akhirnya kerisauan sy menjelma jua.... Kelisa memnag tidak bermasalah... tetapi KK taman U menghadapi pelbagi masalah yang menyebabkan kredibliti MPP sesi ini terancam.... sy mendesak pembaikian tetapi proses ini mengambil masa.... mujurlah kebanyakan pelajar dibenarkan berpindah kembali dan kemudahan sekarang dinaiktaraf.... universiti harus belajar daripada kejadian ini supaya tidak tergesa-gesa melaksanakan sesuatu dasar walaupun bertujuan baik seperti ingin menambah jumlah pelajar universiti. Tetapi kebajikan juga harus dititikberatkan kerana syarat untuk mahasiswa/i belajar dalam keadaan sempurna. Sememangnya ada segelintir pendapat yang megatakan HEP mengawal aktiviti pelajar... menghadkan.... ianya menjadi satu teori domino di mana di peringkat nasional pun setiap IPTA mempunyai cerita tersendiri dan merebak seolah2 ianya barah yang menjangkiti setiap IPTA.... kadang-kadang berbual bersama YDP2 lain... Banyaklah cerita yg sy dapat.... tetapi isu ini bergantung kepada persekitaran universiti. Di UTHM.... universiti tercinta kita ini, sy kira kita masih belum benar-benar perlu bersikap negatif kepada HEP.... ada banyak cerita yang bersifat persepsi... Menghentam HEP 100% juga tidak wajar sama sekali.... yang mana buruk kita baiki... ade seribu kebaikan di sana , tetapi satu keburukan juga yang dipandang.... itulah manusia.... Tanyalah mana2 pelajar yg berurusan dengan TNC HEPA..... cukup mesra plajar.... adakah anda kenal En. Malek? Abg Muliayandi? kak Ummi? Kak Elli? Abg Hasnul? Abg najib? En. Khairuddin? En. Razif? Pn Faezah? Pn. Syafinaz? Abg Ijan? En Izar? En. Kamarul? Dan lain2.... Mereka inilah keluarga HEP..... sentiasa berusaha senyum di kaunter2.... melayan karenah mahasiswa/i..... yang menolong kebajikan belajar.. yang menguruskan sekiranya kesulitan pelajar2..... Saya bukan membodek dalam kata2 ini tetapi meng harian bekerja di sana melihat perwatakan mereka.... adakalanya dapat juga melihat bibit2 kemarahan meraka kerana karenah2 pelajar... tetapi kerana mencari sesuap rezeki pastilah mereka berkerja bersunguh2.... kelemahan yg ada perlu dibaiki..... kalau ade yg berniat lain seperti anggapan sesetengah pihak , sy tidak ada bukti... itu urusan mereka dengan Tuhan.... malah secara tidak nampak memang mana2 pegawai di HEP akan ditukarkan sekiranya mereka ini tidak mesra pelajar.... bukan rahsia kalau MPP memainkan peranan ini.... hanya kita perlu sedar mereka ini ada keluarga juga.... kalau nak tetak pun jangan tetak habis.. ade pepatah seperti ini... sy selitkan sindiran ini kepada politik2 orang melayu islam yang bergaduh sesama sendiri.... kalau nak pukul pun cukuplah denganpenampar, jangan sampai menetak putus kepala.... memutuskan tali persaudaraan islam.... susah la.... belum lagi bergaduh ngan musuh islam.... dah keletihan,... menang sorak kampung tergadai.... Sy ingin meletakkan kelemahan aktivis mahasiswa/i pada diri sendiri.....cabaran ini pada bahu mahasiswa/i sendiri.. kita sekrang di mana zaman kemewahan.... selesa.... kenapa nak bersusah payah ... duduk diam2 belajar dah.... nak susahkan diri kenapa? Ini masalah org islam kita.... x ramai nak berkorban... malah terbaca di Kelantan.. di kawasan pedalaman perkampungan org asli, mubaligh2 Kristian sanggup berjalan ke kawasan pedalaman utk menyebarkan agama mereka malah sanggup berkahwin dengan org tempatan... org islam sendiri x penah sampai sana menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan.... malah insentif juga sebanyak RM 10,000 kepada org islam yg sanggup menetap di pedalam tersebut dan berkahwin atas dakwah islamiah.... .jangan kata nak menolong orang Pattani seberang sana, kampung sendiri pun belum tentu selamat..... ( haii Fadzil mengata org diri sendiri sanggup ke?)

HEP pun tidak akan dapat mengawal kalau mahasiswa/i sendiri yg bergerak.... asyik menyalahkan orang lain tapi diri sendiri kaku ibarat harimau yang mengaum pada pokok.... x de kesan... kalau benar2 ingin mencabar biarlah menjadi lelaki sejati.... masuklah bertanding dan lakukan perubahan.... ramai yang kata politik kotor.... tapi ingat politiklah yg menjadi agen penggerak segalanya.... sy bergelumang dalam MPP... apa yang kita suarakan kebiasaannya akan didengari... tapi kena ada kesungguhan.... bukan rahsia bajet 2010 baru2 ini berkenaan kabajikan mahasiswa/i adalah berpunca cetusan idea2 pimpinan mahasiswa/i dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) .. idea penukaran pinjaman kepada biasiswa di suarakan ketika Pra-MPPK kepada Ketua Eksekutif PTPTN ketika itu. Malah idea kad diskaun juga berasal daripada MPPK. Tapi itu tidak cukup lagi kerana ada sebahgian mahasiswa/i berkata peranan mahasiswa/i perlu lebih ke hadapan. Mana suara mahasiswa dalam isu-isu semasa? Isu negara? Meraka ingin menjadi juara dalam hal ini. Tidaklah pelik kerana mahasiswa/i ini adalah pelapis negara. Malah kebanyakan pimpinan parti politik berasal daripada kepimpinan mahasiswa/i satu ketika dulu. Hanya dalam bersuara perlu ada hadnya , yang sy tidak bersetuju adalah terkinja2 ketika demonstrasi haram.... menyusahkan org lain.... ini terpengaruh dengan sestengah pihak yg memanipulsi mahasiswa/i utk kepentingan mereka.... bersikaplah kritis dan rasional.... ade yg halal ikutlah... contoh perhimpunan aman selamtkan Palestin... ade ruang.... kalau kita yg mengugat sendiri kestabilan negara sendiri... penderhaka namanya.... Mungkin sy dpt sambung penulisan sy lain kali.. jam dah pukul 4.00 pagi.... semoga dpt memberi pandangan membina di atas tulisan ini....

-Insan Yang masih belajar-


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 5 - " Apabila Mata Yang Menafsir, Kata-Kata Tidak Diperlukan "

( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D

Hari ini baru dapat sy menulis kembali..... sedikit tertekan dalam dua tiga hari ini untuk memulakan kembali tesis yang tertangguh sejak kemalangan.... dengan harapan semester akan datang sedikit sebanyak kerja-kerja tesis ini telah siap.... mudah-mudahan Allah S.W.T memberiku kekuatan dalam menuntut ilmu ini.... sedang ramai sahabat2ku yang lain sedang bergelut dalam study week ... sy juga mendoakan seluruh mahasiswa/i berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang.....

Secara jujur sy amat bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan komen.... sy sememangnya tidak boleh duduk di alam khayalan yang semuanya berjalan baik-baik sahaja... sebab itulah walaupun saya boleh berbangga dengan komitmen ahli-ahli MPP sy pada sesi ini, sy secara terbuka akan menegur mereka sebagai kapasiti seorang ketua... walaubagaimanapun tidak bermakna semua keputusan saya betul.... pastilah banyak pandangan akan sy terima.... adakala keputusan sy salah.... kerana sy masih seorang manusia biasa yang bisa melakukan dosa.. maklumlah manusia biasa tidak maksum sepertimana sesetengah orang yang melenting bila di tegur dan menngaggap semuanya dia yang benar.... adakah dia lupa dia bukan seorang nabi ataupun rasul? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah ditegur oleh Allah S.W.T , inikan kita pula manusia biasa yang banyak dosa kelemahannya sebagai hamba.



Pendekatan amat penting.... pendekatan sy yang terbuka pastilah tidak popular kerana sy membuka ruang kepada masyarakat kampus berkenaan MPP.... Pendekatan yang lebih popular adalah segala masalah perlu dibicarakan dalam mesyuarat sahaja ataupun komunikasi personal.... blog seperti ini hanya mendedahkan kelemahan MPP... Pendekatan tertutup memang amat penting bagi memastikan tiada ruang untuk kelemahan dieskploitasi pihak luar yang tidak bertanggungjawab... malah sy sendiri boleh di kritik melalui blog ini.. apakah faedahnya?? Ingin popular dengan diri sendiri??? Syok sendiri?? Tidak-tidak sama sekali.... ini yang berlaku sekarang dalam arena politik sebenar.... dunia tanpa sempadan kini telah menguasai manusia.... kalau saya tidak ke hadapan... sy akan ketinggalan.... kenapa sy harus takut kalau sy tidak melakukan kesalahan??? Musuh-musuh sy yang kalau wujud pun moga2 tertarik dengan pendekatan sy , kerana sy memang berharap mereka tidak bersangka buruk terhadap sy yang di lihat segelintir pihak MPP bermain wayang.... depan cakap lain, belakang cakap lain... jadi lidah rasmi HEP... manakan mungkin utk org yang berprinsip seperti sy seperti ini.... sy ingin mereka faham bahawa sy melakukan yg terbaik untuk mahasiswa/i yg merupakan sahabat2 saya juga... salah anggap ini harus diperbetulkan.... malangnya target sy mungkin hanya 20% yg mengikuti blog ini.....lagi 80% ??? risalah-risalah memerlukan masa dan kos yang tinggi... memang sy mempunyai penggerak dalam hali ini.. tapi tidaklah kerap dalam menyatakan aspirasi sy kepada mahasiswa/i seperti mana blog.... anjakan ini sudah kelihatan apabila ahli-ahli poltik sekarang lebih suka meberi kenyatan di blog-blog.... menarik bukan???

Sy sendiri pernah berselisih faham dengan ahli-ahli saya dalam banyak hal berkaitan MPP atau isu-isu yang ingin diselesaikan. Tapi untuk yang menjadi warna dalam MPP yang ibarat sehelai kain putih yang suci. Ahli-ahli yang mencorakkan samada biru, hijau atau merah kain itu. Kenapa saya berbangga dengan ahli-ahli saya? Dalam banyak hal mereka masih memberi komitmen kepada Majlis Perwakilan Pelajar.... ketika sy meminta kepada ahli-ahli untuk tidak balik cuti semester pertengahan yang lalu.... mereka berkorban masa-masa berharga bersama keluarga mereka untuk berbakti dalam cuti tersebut.... dalam suasana sepi universiti.. sekumpulan manusia yang mempunyai cita-cita , menangis, ketawa dan senyum bersama .. perasaan itu yang sy pandang dari jauh adalah perasaan yang membahagiakan... mungkin inilah sebagai seorang ketua x banyak yang dapat sy lakukan untuk mereka.... lebih-lebih sikap defensif yang sukar memberikan pujian dan motivasi kepada mereka... saya benar-benar takut pujian ini akan membuat ahli-ahli khayal... sy sering menekankan kata-kata kerja keras, tanggungjawab, komitmen, keikhlasan bila berbicara.... sy mendapat pelajaran ini daripda asuhan ibu bapa saya.... begitu tegas.... kasih sayang x diungkapkan dengan kata-kata.... ianya melalui didikan, pendidikan yang diberi, kerja keras ibu bapa sy mencari nafkah.... pasti berlainan dengan corak ketua yg suka memberi pujian.... adaklanya bila benar2 perlu sy pasti akan memberi pujian tetapi dengan keihlasan yg benar-benar.. bukannya bodek utk mereka terus bekerja... sy pada dasarnya seorang yang begitu penyabar.... dalam MPP tahun sesi 07/08 sebagai NYDP , sy bersama-sama Fahmi digelar manusia yg x pernah marah ... ketika itu beban organisasi terarah kepada YDP.... tapi sejak Sesi ini sy menjadi YDP adakala sy menjadi lebih sensitif... kerana tanggunjawab untuk nama baik MPP yang pertamanya akan ditanya adalah kepasa sy sebagai YDP...... malah pertama kali sy marah ahli yang sy fikir melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik MPP.... die telah dimarahi begitu teruk di depan ahli-ahli lain.... biasanya perkara melibatkan kerja , sy x akan melenting kerana ianya boleh diperbaiki... tapi perkara melibatkan moral dan ahklak tiada kompromi utk sy sebab sy mempercayai pemimpin harus bersih , sebersihnya.... selepas kejadian itu yang berlaku dalam cuti semester tersebut.... hati sy benar-benar sakit..... bukan kerana kesilapan ahli tersebut.... kerana sy x dpt mengawal amarah sy.... bile berfikir balik sy x patut memarahi sampai begitu sekali.... mengaibkan orang bukan sifat saya... sy mengambil keputusan balik ke kampung seminggu pada waktu itu untuk muhasabah diri..... saya begitu marah dengan diri sendiri... apakah Fadzil yang penuh dengan sifat sabar telah dipengaruhi sifat yang tidak sukai agamanya?? Hari-hari fikiran buntu.... pastilah doaku kepada Allah S.W.T supaya memberiku petunjuk dlam persoalan ini.... aku benar-benar aku harap dapat memaafkan diri .... perjuangan masih panjang.... mogalah bila kembali keadaan kembali normal.. dapat bermaaf-maafan.... bukan satu yg bagus dalam organisasi bersikap begini.. semoga sy dapat berubah... InsyaAllah...


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

4 comments

SEDUTAN TEKS UCAPAN BAJET 2010 OLEH PERDANA MENTERI KHUSUS BERKAITAN IPT

Ucapan Bajet 2010 Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan

.................

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam

71. Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia, maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.

72. Bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri.

Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.


sUMBER : http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/10/teks-ucapan-bajet-2010-oleh-perdana.html

PENDIDIKAN (Update)

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.


Tq :D......


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

ANDA TERTEKAN?? ASSIGNMENT?? PSM?? UJIAN?? WANG?? SAKIT?? MASALAH PERIBADI??

X PE!! X PE!! .... HADAPI DENGAN SENYUMAN :D



posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

4 comments

KEMBALI : SIRI 4 - " Marahkan Nyamuk, Tapir Di Hutan Pula Yang Di Lempang"
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D




Kesedaran di kalangan mahasiswa UTHM mengenai MPP masih kurang....
Setelah melihat beberapa pertikaian dapatlah dirumuskan kebijaksanaan mahasiswa sebenarnya masih kurang... Apabila MPP menerima sesuatu cadangan kebiasaanya 2 persoalan perlu di ambil perhatian

Adakah permintaan itu satu keinginan atau satu keperluan?

Dalam mana2 satu organisasi pun permintaan berdasarkan keinginan adalah sesuatu yang mustahil untuk ditunaikan sepenuhnya... kita harus faham dalam konteks keluargapun ibu bapa hanya akan menunaikan keperluan asas hidup untuk anak-anaknya tetapi untuk keinginan perlulah bersdasarkan kemampuan....

Kedua dalam pemikiran saya, perbincangan tanpa rasional yang berdasarkan kritikan semata-mata adalah bersifat negatif dalam mana-mana situasi pun..... kita harus faham cadangan yang lebih diutamakan dalam penambahbaikkan tetapi kritikan biasanya mendatangkan kemusnahan..... kesempurnaan yang di cari haruslah bersifat dinamik iaitu fleksibel dengan situasi keadaan..... dalam makna yang tersirat saya ungkapkan kekuatan MPP sebenarnya terletak kepada mahasiswa sendiri.... Fakta pilihanraya kampus UTHM bagi sesi 07/08 menunjukkan daripada 7 kerusi umum yang dipertandingkan hanya terdapat 8 calon sahaja yang bertanding dan Sesi 08/09 menunjukkan peningkatan beberapa kerusi manakala kebanyakkan kerusi fakulti calon menang tanpa bertanding..... unjuran ini bersifat negatif kalau diperhalusi.... politikus di kalangan mahasiswa UTHM adalah masih rendah yang bermakna perjuangan dalam isu-isu kebajikan UTHM di kalagan mahsiswa sendiri adalah rendah.....



Ketiga adalah menjadi sesuatu yang memalukan kepada mahasiswa yang mengecam pemimpin mereka sendiri membuta tuli tanpa fakta-fakta yang kukuh. Kita harus jelas pemimpin ini adalah di pilih oleh mahasiswa sendiri dalam pilihanraya kampus. Teori konspirasi yang saya fikirkan pemimpin mahasiswa sendiri berhadapan masalah apabila peringkat akar umbi tidak menunjukkan sifat profesionalisme dalam aspek menghormati Majlis itu sendiri. Dengan mudah pihak universiti akan memandang enteng akan kekuatan MPP itu sendiri seterusnya memberi kesan psikologi kepada ahli MPP yang goyah pendiriannya. Trend menunjukkan pada hampir setiap kali sesi MPP... terdapat ahli MPP yang membawa diri apabila berhadapan dengan tekanan yang diwujudkan oleh keadaan yang tidak dijangka.... Sering kali yang menjadi mangsa adalah mahasiswa sendiri apabila MPP tidak dapat berjalan dengan lancar apabila kekurangan ahli yang berkomitmen....




Keempat isu-isu yang sering diperbincangkan mengenai keburukan MPP ialah berkenaan lawatan ke luar negara yang menjadi kelaziman setiap sesi MPP. Polemik ini harus diperdebatkan di mana penerangan yang lebih jelas harus diberikan. Saya difahamkan bahawa peruntukan ke luar negara ini merupakan hadiah kepada ahli MPP di universiti kita..... setelah tempoh perkhidmatan mereka tamat..... isu pertama dalam polemik ini kita harus sedar peruntukan ini tidak dapat di ubah ke dalam bentuk lain. Sekiranya ahli MPP tidak ke luar negara, maka peruntukan ini akan kembali ke kantung bendahari sebagai duit hangus dan tidak boleh dituntut. Kedua isu pembaziran tidak wujud sekiranya pengantarabangsaan di ambil kira.... Lawatan juga adalah satu seni pengetahuan berdasarkan pengalaman yang ditempuhi..... Ketiga peruntukan ini tidak bermakna duit pelajar biasa di ambil untuk ahli MPP. Sekiranya kita memahami kaedah kewangan yang diguna pakai setiap peruntukan yang diluluskan adalah berdasarkan bajet universiti. Contohnya bajet untuk aktiviti pelajar, kebajikan pelajar, akademik pelajar adalah berlainan antara satu sama lain yang dikenali sebagai Vote.....
Sememangnya cadangan peruntukan tersebut dialirkan ke tabung kebajikan merupakan cadangan yang menyentuh hati sanubari setiap insan yang tulus tetapi ianya tidak perlu memandangkan tabung kebajikan pelajar sememangnya telah wujud ( di HEP jika layak ).
Penjelasan ini diberikan bukanlah kerana saya seorang MPP tetapi ianya dilihat dipolitikkan dalam usaha memburuk2kn imej MPP.



Dalam erti kata lain mahasiswa sendiri cuba memotong belanjawan bagi mahsiswa sendiri sedangkan kita tidak sedar bahawa lebih banyak peruntukan digunakan seperti staf-staf ke luar negara atas dasar akademik, pembentangan, program2..... apabila mahasiswa ke luar negara ianya menjadi isu besar pula.... kita sepatutnya menyokong peruntukan yang menyelebahi mahasiswa.... walaupun tidak semua tetapi ganjaran tersebut adalah bagi mereka yang menyahut cabaran untuk kehadapan.... Janganlah marahkan nyamuk, tapir di hutan yang di tampar......

Akhir sekali, gosip-gosip yang membandingkan MPP sesi kali ini lemah dengan sebelumnya adalah bersifat subjektif..... berikan fakta yang kukuh sebelum saya berfikir perjuangan saya sesi ini adalah bersifat lemah berbanding sebelumnya....brcakap tentang ini akan menaikkan kemarahan saya kerana setiap organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.... jika tiada fakta anda harus diam sebelum anda di gelar "kurang pandai" ( maafkan saya menggunakan istilah ini kerana kadangkala saya agak jujur) Saya melihat penambahbaikan dalam banyak hal.... hanya beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan( sebarang infrastruktur adalah berdasarkan kontrak )tidak boleh dijadikan sebagai tiket keseluruhan prestasi MPP...... Ingin saya jelaskan permulaan saya masuk MPP adalah untuk saya melonjakkan diri bagi pemikiran yang lebih terbuka tentang isu-isu semasa. Tetapi jelas setelah setahun bergelumang dengan MPP ,dengan isu dalaman kebajikan pelajar maka saya beranggapan tanggapan mahasiswa terhadap MPP hanyalah sebagai hamba abdi yang tugasnya membawa aduan yang sebenarnya mampu diselesaikan sendiri ataupun hanya pada peringkat JKK sahaja tetapi memandangkan sentimen warga kampus yang terlalu manja untuk tunggu disuapkan telah meghadkan pemikiran saya untuk ke peringkat yang lebih tinggi seperti isu akademik.... sepatutnya MPP berada pada landasan pemikiran yang lebih tinggi seperti mengkaji semula kewajaran jam kredit, subjek yang tidak kompetitif lagi dengan keadaan semasa dan isu-isu semasa negara yang sepatutnya juga diperbincangkan dan disuarakan melalui gabungan MPP IPTA seluruh negara barulah kita akan kembali ke zaman kegelimangan mahasiswa.

Buka minda..... Pemikiran harus ke hadapan? Renung2kanlah......

Maafkan jika kata2 saya menyinggung perasaan saudari/saudara....
Ini tidak menggamabarkan pandangan MPP saya.... ianya merupakan pandangan peribadi... sebarang maklumbalas dialu-alukan...

Wassalam............


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 3 - " Apabila Laser Disangka Pelangi , Nahas Jawabnya"
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D


Cabaran di dalam MPP sememangnya besar sepertimana mandat yang diberikan oleh lebih kurang 7000 orang mahasiswa/i. Sebuah kerajaan yang teguh pun mengambil masa bertahun-tahun untuk stabil dan memberikan yang terbaik untuk negara dan masyarakatnya. Tapi MPP yang ada masa selama setahun untuk membuktikan nilai yang ada pada sesinya. Inilah dikatakan cabaran, anda perlu pantas berfikir, merancang, dan melaksana dan melihat hasilnya yang sering kali tidak kelihatan. Kebanyakan ahli-ahli baru akan terpinga-pinga pada permulaan, terasa marah dengan prosedur dan birokrasi yang wujud apabila sedang melaksanakan program atau memperjuangkan sesuatu...


Di sinilah kepincangan utama di mana MPP sebenarnya juga manusia biasa, malah tidak dibayar gaji ( tapi harus ingat anda sekarang sesi ini mendapat pengecualian yuran asrama tidak seperti sebelum2 ini dan lawatan sambil belajar ke luar negara). #sering kali pengecualian yuran yg sebelum ini hanya dinikmati pada Majlis Tertinggi MPP sebenarnya tidak dapat menampung kos yang dikeluarkan dalam menjalankan aktiviti MPP ( Kredit Fon, Minyak, & lain2 kos kehidupan) tetapi sekurang-kurang dapat mengurangkan beban. Soalnya bukan wang perkara pokok, yang penting adakah anda betul2 berkhidmat ... lagi satu kesan yang sering x dapat dielakkan adalah perkhidmatan ini subjektif kerana faktor kedudukan ataupun posisi jawatan dalam MPP. Adakah kerana anda ada komitmen pada tugasan pada Jabatan anda telah lupa tanggungjawab sebenar pada kawasan anda perlu berkhidmat dari segi kebajikan? Ini hanya dapat dijawab oleh individu itu sendiri. Contoh paling mudah Seorang Menteri yang sibuk dengan kementeriannya juga sebenarnya seorang Ahli Parlimen dan juga perlu turun padang... anda perlu berfikir dengan bijak untuk membahagikan tugas2 anda....



Adakah saya menghentam MPP? Tidak sama sekali .. apa yang sy ingin ceritakan adalah situasi yang ada dalam MPP.... mahasiswa/i sering menuding jari pada MPP apabila satu2 isu.... apakah bantuan pada mPP itu sendiri.. dengan keahlian 26 orang MPP ada 7000 org mahasiswa di jaga, sebenarnya MPP perlu sedar bagaimanakah cara untuk menarik mahasiswa membantu MPP... MPP yang syok sendiri sebenarnya membawa malapetaka.... anda akan keletihan dan kepenatan kerana ingin mebuat semua perkara sendiri... tapi ada juga yang suka mengarah2 tapi x buat ape2... ini akan menghilangkan respek terhadap individu itu sendiri... sebenar ada beberapa langkah yang perlu di ambil.... persiapan ketika anda menjadi MPP amatlah penting, yang penting ketika anda bertanding anda harus nilai diri sendiri adakah anda ada pengaruh? Paling dekat di dalam kelas, kalau anda seorang yang berpengaruh, anda akan di sukai di dalam kelas dari segi akhlak, komitmen kerja kumpulan dan pergaulan harian. Kalau anda syok sendiri, lebih sudu dari kuah, perasan, pun salah satu sindrom yang ubatnya belum ditemui seperti AIDS. Kenapa saya berkata begini, mereka2 ini yang telah terpaut dengan anda adalah sahabat2 sejati yang akan membantu anda di dalam MPP.

Kalau anda lagi hebat mungkin pengaruh anda pada sebuah persatuan atau kelab yang juga akan menjadi tulang belakang anda. Untuk mengharapkan ahli2 MPP anda yg x seramai mana dengan komitmen masing2 sebenarnya ilusi anda sendiri, teamwork bagus tapi terhad dengan tugasan masing2. Sebab itu wujud Rakan Exco & Rakan MPP, memang benar tapi pengurusan sumber manusia adalah satu isu, mungkin subjek ini ada dalam Fakulti Pengurusan Teknologi, tapi yg dalam Fakulti Pendidikan yg x penah belajar secara rasmi tetapi melalui pembacaan sahaja juga dapat memahami betapa pentingnya menguruskan ahli2 organisasi. Kerana autonomi telah diberikan kepada ahli-ahli MPP untuk memastikan pengurusan Rakan2 Exco mereka aktif. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Siri 4 >> Akan datang....Adakah Sesi saya berjaya?


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 2 - " Apabila Wang Di Gunakan Untuk Membeli Pahala"
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D


Marilah kita mempelajari satu lagi ilmu berkenaan Konsep Berbuat Baik yang selalu di salah erti.

Allah swt befirman dengan bermaksud :

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). " (Al-Baqarah : 272)

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dengan isnadnya oleh Ibnu Abbas ra daripada Nabi salallahualaihiwasalam bahawasanya baginda memerintahkan supaya tidak memberi sedekah kecuali kepada orang Islam sahaja sehinggalah turunnya ayat ini dan kemudian setelah turunnya ayat ini maka baginda memerintahkan supaya diberi sedekah ke atas sesiapa yang meminta sedekah daripada seluruh agama.

Ibnu Jauzi berkata, sebab turunnya ayat ini kerana orang Muslim rasa kurang senang bersedekah kepada kaum kerabat mereka yang musyrikin, inilah pendapat jumhur.

Perkara yang perlu diubah oleh kita sebagai mengambil pengajaran daripada ayat ini :

Apabila kita bersedekah atau membuat kebaikan sebenarnya kebaikan itu untuk diri kita sendiri bukan untuk orang yang kita berikan sedekah atau orang yang menerima kebaikan kita.

Berkata Hasan Al-Basri ra : Sedekah seseorang itu adalah untuk manfaat dirinya sendiri apabila dia memberikan sedekah kerana mengharap redha Allah.

Kerana itu dimaksudkan oleh Atha Al-Khurasani ra bahawa apa yang kamu telah sedekahkan bila dibuat kerana Allah maka kamu sudah mendapat balasannya iaitu pahala daripada Allah tanpa mengira walau ke mana sekalipun sedekah kamu itu digunakan apakah kepada kebaikan atau keburukkan.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam." (Al-Ankabut : 6)

Kita tidak disuruh menyiasat apakah orang yang kita berikan sedekah itu benar atau palsu (menyamar) juga apakah dia seorang yang soleh atau beriman dan ke manakah sedekah kita itu akan dia gunakan.



Firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk-sangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mencela antara satu sama lain." (Al-Hujurat : 12)

Di dalam Islam, Kita tidak disuruh membuat kebaikan hanya kepada orang Islam sahaja dan hanya kepada ahli kebaikan sebaliknya kita diperintahkan melakukan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan , yang meminta sekalipun mereka ialah ahli maksiat dan pembuat dosa. Menolong mereka dengan memberikan sedekah bukanlah bermakna menyokong usaha jahat mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : "Ada seorang lelaki yang berkata kepada dirinya bahawa dia akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi sedekah lalu meletakkan sedekahnya kepada seorang penzina, keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa seorang penzina telah diberi sedekah. Lantas lelaki ini berkata, Ya Allah bagi kamu segala kepujian atas penzina tersebut dan aku akan bersedekah pada malam ini lagi, kemudian beliau keluar dan memberi sedekah tetapi kali ini yang menerima sedekahnya ialah orang yang kaya. Keesokan harinya orang ramai berkata, orang kaya telah mendapat sedekah maka berkata lelaki tersebut, Ya Allah bagimu segala kepujian atas orang kaya. Pada malam ini aku akan bersedekah lagi dan kemudian dia keluar memberi sedekah lalu kali ini yang memperolehi sedekahnya pula ialah seorang pencuri. Keesokan harinya orang ramai berkata, pencuri pula mendapat sedekah. Lantas lelaki ini berkata , Ya Allah, bagi kamu segala kepujian sekalipun sedekah aku itu diterima oleh penzina, orang kaya dan pencuri.


Kemudian datang seseorang lalu memberitahunya bahawa sedekah kamu telah diterima. Adapun penzina semoga dengan sedekah tersebut membuatkan dia terpelihara daripada berzina. Dan semoga orang kaya tersebut pula mengambil iktibar untuk menjadi orang yang berinfak ke atas kurniaan Allah. Dan semoga pencuri yang menerima sedekah telah membuatkan dirinya terpelihara dengan sedekah tersebut daripada mencuri." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bukan hasil yang dilihat (material atau keputusan zahir) tetapi usaha dan amalan untuk melakukannya itu yang dilihat.



"dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)." (An-Najm : 40)

Orang kita hanya melihat hasil, setelah belajar 4 tahun di universiti mana ijazahnya ? soal mereka tetapi tidak langsung melihat cara dan usaha yang dilakukan selama 4 tahun apakah tidur di dalam kelas, apakah lebih bercinta daripada belajar ? apakah hanya membaca nota senior dan ramalan soalan sebelum peperiksaan ? atau benar-benar mempelajari ilmu dengan berguru dan kajian gigih...sedangkan itu yang dilihat oleh Allah swt.

Manusia biasanya melihat hasil, asal punya sijil kalau belajar...asal punya wang dan gaji kalau kerja...asal punya anak kalau bernikah...

semuanya hasil bukan usaha yang diperhatikan sedangkan Islam melihat usaha

Bagaimana usaha yang dilakukan ketika hendak bernikah ? Apakah memenuhi syariat atau bercinta bagaikan keparat ?

Bagaimana usaha dilakukan ketika bekerja ? Apakah memenuhi kewajipan dan syarat ataukah sekadar membodek sana dan sini demi kenaikan pangkat ?

Sumber : http://ustaz.blogspot.com/2009/03/mentaliti-masyarakat-yang-perlu-diubah.html

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.