Archive for August 2009


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

PROGRAM ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS ( PELAJAR TANPA ASRAMA)

UTHM - 29 Ogos 2009 - Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama JKK Pelajar Tanpa Asrama telah turun padang pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah bagi program menziarahi pelajar-pelajar tanpa asrama. Objektif program turun padang ini adalah untuk melihat sendiri permasalahan pelajar tanpa asrama bagi memastikan semua pelajar ini terjaga kebajikannya. Jika sebelum ini, banyak isu-isu di kolej kediaman telah diperjuangkan, kali ini pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin pula membawa kebajikan pelajar tanpa asrama untuk sama-sama diberi perhatian. Program Ziarah MahasiswaLuar Kampus ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar dengan pelajar tanpa asrama. Selain itu, Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ini adalah sebagai satu alternatif yang diambil untuk lebih mendekati dan mengetahui realiti sebenar permasalahan Pelajar Tanpa Asrama ini, untuk terus dibantu dan dijaga kebajikannya. Program ini bermula pada jam 2.00 Petang. Terima kasih diucapkan di atas kesudian Pengetua Pelajar Tanpa Asrama iaitu Tn. Hj. Ali dan beberapa JKK PTA yang menjadi pemandu arah bagi pihak MPP. Dalam keadaan sebahagian ahli MPP yang berpuasa, mereka ini masih sanggup untuk turun padang untuk melihat sendiri pelajar-pelajar ini bagi membuktikan undi-undi mereka ini tidaklah sia-sia dan menjadi platform bagi pihak PP mendengar sendiri keluhan dan permasalahan mereka. Alhamdullillah, program ini berakhir kira-kira jam 6.30 Petang dan sebanyak 30 buah rumah berjaya pihak MPP ziarahi iaitu di Kampung Parit Hj. Rais, Kampung Parit Jelutong, Flet di Kampus Bandar, Taman Waja, Taman Sri Indah, Taman Pintas Jaya & Taman Maju.



MPP, JKK PTA, dan Palajar Tanpa Asrama bergambar kenangan di hadapan rumah


Pihak MPP telah menghulurkan sedikit barangan berupa keperluan rumah seperti beras, gula, milo, teh, biskut, kopi, kordial dan beberapa barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pelajar tanpa asrama ini. Pihak MPP juga telah mempromosi " Kempen Senyum Selalu" yang dianjurkan oleh pihak MPP dengan pemberian "Button Badge". Berdasarkan daripada aduan-aduan yang didengari ketika sesi ziarah, permasalahan-permasalahan yang dihadapi ialah dari segi sewaan yang mahal, infrastruktur rumah yang tidak kondusif, rumah sewa jauh daripada jalan utama bagi pengangkutan yang disediakan khas untuk pelajar PTA, keselamatan yang tidak terjamin, dan persepsi seolah-olah kebajikan pelajar tanpa asrama telah diabaikan berbanding pelajar-pelajar di dalam kolej. Pihak MPP telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pelajar-pelajar tanpa asrama ini dan memuji langkah yang julung-julung kali diadakan oleh pihak MPP dalam meninjau keadaan pelajar yang menginap di luar kampus dengan pelbagai cabaran. Pihak MPP mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini.



Sebahagian gambar-gambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar yang sempat pihak MPP ziarahi


Secara peribadi, pihak saya selaku YDP mengucapkan tahniah kepada Pengarah Program Ziarah Mahasiswa Luar kampus iaitu saudari Fadilah Bte Abu Hasan ( Setiausaha Kerja 1 MPP UTHM Sesi 08/09) dan juga-juga sahabat-sahabat MPP yang sedia meluangkan waktu cuti lebih-lebih lagi saat berpuasa untuk membantu dalam usaha ini. Semoga generasi MPP akan datang akan dapat menjadikan ianya sebagai tradisi wajib MPP dan dapat membuatnya lebih awal berbanding sesi kali ini supaya langkah proaktif berdasarkan aduan-aduan tersebut akan dapat diberikan perhatian segera. Anggaplah ini sebgai langkah sulung untuk menjadikan kepimpinan mahasiswa di kampus lebih mantap daripada satu masa ke masa depan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

95 kafeteria perwira??? [ by student perwira on Wed 05th Aug 09, 2:47pm]

salam..
aduan sy adalah berkenaan dgn cafe di perwira,semenjak penutupan cafe ini kami pelajar yg tinggal di perwira mengalami kesukaran untuk membeli makanan. bagi pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri bukanlah menjadi suatu halangan tapi bagi kami yang tidak mempunyai kenderaan sendiri mengalami masalah untuk membeli makanan di luar kolej kediaman ini. memang betul terdapat 1 buah kedai makan yg menjual makanan tengahari dan 2 kedai makan yg menjual makanan panas pd waktu malam, tapi kedai ini tidak dapat menampung pelajar kolej kediaman perwira yg seramai 8 ratus lebih pelajar.
sy harap cafe di perwira dapat dibuka dengan segera dan tender yg lebih baik berbanding dgn tender sebelum ini.
terima kasih.

Jawapan :

Salam perpaduan.

Bagi masalah tentang penutupan kafe di kolej kediaman Perwira, pihak MPP telah mendapat maklum bahawa penutupan ini adalah disebabkan oleh kontrak katering yang lama telah tamat. Oleh sebab itu, pihak HEP telah menjual tender untuk katering-katering membuka kafe di kolej kediaman perwira. Namun, belum ada catering yang layak. Bagi masalah kesukaran membeli makanan, pihak pejabat kolej kediaman akan mencari peniaga sementara untuk membekal dan menjual makanan di kafe kolej perwira terutamanya pada waktu bulan Ramadhan iaitu pada waktu berbuka dan waktu sahur supaya pelajar boleh membeli makanan dengan mudah. Sekian harap maklum.

93 broken aircond [ by regular visitor on Tue 04th Aug 09, 3:03pm]
the aircond in the library(above pejabat bendahari) is broken. the condition becomes hot especially in the evening. now, they depend entirely on fans. please take action a.s.a.p

Jawapan :

Berhubung dengan masalah aircond yang rosak di library, pihak MPP telah membuat tinjauan dan membuat laporan aduan kerosakan ke Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina (PPH) dan seorang juruteknik dari bahagian pengurusan harta, Unit Mekanikal telah pergi membuat pemeriksaan, didapati tali sawat (belt)yang memusingkan turbin kipas dibahagian utama alat penghawa dingan telah terputus. Sehubungan dengan itu, pihak PPH akan mengambil tindakan segera dengan memperbaiki alat penghawa dingin tersebut. Pihak PPH juga meminta pelajar bersabar kerana kerja membaik pulih alat penghawa dingin tersebut akan mengambil masa sedikit. Harap maklum. Sekian.




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

4 comments

TAWARAN BAS UNIVERSITI BALIK KAMPUNG KE PANTAI TIMUR & UTARA SEMPENA CUTI H1N1

Pihak Universiti akan menyediakan perkhidmatan bas universiti ke Pantai Timur & Utara pada esok pagi ( 12/08/2009) . Bas akan bertolak pada jam 9.oo pagi.

Pihak MPP akan membuka kaunter pendaftaran untuk booking tiket di setiap Kolej Kediaman...
daripada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Prioriti akan diberikan kepada mahasiswa/i yang telah membeli tiket bas awam pada tarikh-tarikh yang lain dan di minta membawa sebagai bukti untuk ditukarkan dengan tiket bas universiti.

Sekiranya terdapat kekosongan , barulah akan di buka kepada yang masih tiada tiket.

Harap maklum.





posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEY PERFORMANCE INDEX
YANG DI-PERTUA MPP UTHM SESI 08/09
MOHD FADZIL BIN ABDUL HANID


Garis Panduan Portfolio Jawatan Yang Di-Pertua MPP UTHM ;

1.Mengetuai organisasi MPP sebagai jurucakap dalam kampus dan luar kampus dan luar kampus
2.Bertanggungjawab terhadap perhubungan dan tugas-tugas luar kampus dan dalam kampus
3.Mengetahui rundingan dan jalinan persefahaman dengan pihak luar khususnya kementerian-kementerian, agensi kerajaan dan swasta, agensi berkaitan pelajar khususnya PTPTN, MARA, Yayasan Negeri dan seumpanya.
4.Bertanggungjawab ke atas semua kebajikan MPP

Portfolio YDP ini tiada dalam proses Sasaran Kerja Tahunan MPP. Ini kerana YDP secara umumnya akan melihat kepada Garis Panduan Portfolio Jawatan Yang Di-Pertua MPP UTHM seperti di atas. Walaubagaimanapun saya selaku YDP juga tidak terikat secara langsung dengan garis panduan dan akan mengikut kepentingan semasa mengikut isu.Jadual ini adalah senarai tugasan MPP yang telah saya rancang samada telah terlaksana atau belum.

* Jadual ini juga tidak dapat saya lengkapkan seperti tarikh-tarikh kerana Dokumen-dokumen Rasmi saya berada di kampus. Memandangkan sekarang saya masih bercuti rehat akibat kecederaan daripada kemalangan maka KPI ini dibuat di rumah saya di Terengganu dan tidak dapat dilengkapkan dengan kemas. Maaf di atas kesulitan ini.

* KPI ini tidak termasuk Key Permormance Index setiap ahli MPP yang wajib di buat untuk dinilai. Saya mengalu-alukan kepada setiap ahli saya utk. menghantar e-mail kepada saya KPI masing-masing untuk dianalisa sendiri oleh masyarakat kampus. Saya mengucapkan tahniah di atas kerjasama erat kita di dalam organisasi saya pada sesi kali ini , kelemahan yang ada pada individu telah dikurangkan dengan adanya kerjasama sesama ahli. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas budi baik anda kepada kepimpinan saya pada sesi ini. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan daripada diri saya sebagai Yang Di-Pertua pada sesi ini lebih-lebih lagi sejak 09/09/09 di mana saya telah bercuti panjang sejak kemalangan sehingga kemasukan sesi akan datang yang akan menyaksikan tampuk kepimpinan MPP akan di ambil alih. Sepanjang tempoh ini pasti ahli-ahli MPP bersusah payah untuk mengekalkan prestasi MPP pada sesi ini yang berjaya menunjukkan perkhidmatan terbaik seperti yang saya impikan. Doa saya sentiasa bersama kamu semua...

ITEM

Tarikh

Tempat

Ulasan

Sasaran

Kebajikan MPP

1.

Mendapatkan dan penambaikkan bilik MPP

* Bilik MPP lama di ubahsuai menjadi Pejabat TNC HEPA

Bilik Seminar Bangunan HEP

Perancangan Susun Atur bilik, kemudahan bilik, dan dekorasi bilik MPP .

100%

2.

Menguruskan pakaian-pakaian rasmi MPP

1) Baju Melayu (L) & Baju Kurung ( P)

2) Baju Batik (L) & Baju Kurng Songket (P)

3) Blazer

4) Baju Korporat

100%

3.

Mendapatkan Tali Leher, Brooch, Tag Nama, Diari dan Kalendar UTHM

Permohonan kepada Pejabat PRO UTHM

100%

4.

Mendapatkan printer khas untuk MPP

Bilik MPP

Permohonan kepada Pusat Teknologi Maklumat.

100%

5.

Mendapatkan partition untuk bilik MPP

Bilik MPP

Menggunakan partition sedia ada daripda HEP yang digunakan balik.

100%

6.

Mendapatkan Mesin Photostat untuk bilik MPP

Bilik MPP

Mesin Photostat sedia ada daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar

100%

7.

Mendapatkan pengecualian yuran asrama untuk semua ahli MPP.

* Sebelum ini hanya Majlis Tertinggi sahaja.

Permohonan kepada NC . Diluluskan oleh Mesyuarat Eksekutif Universiti.

100%

8.

Mendapatkan peruntukkan khas Kad Raya khas MPP

Bertujuan untuk menaikkan imej korporat MPP

100%

Program Bawah YDP

1.

Majlis Watikah Pelantikkan Rakan Exco MPP

DK2

Bertujuan untuk menguatkan barisan MPP dengan pasukan penyokong melalui pengiktirafan melalui sijil watikah.

100%

2.

Peruntukkan Khas Surat Khabar dan Rak akhbar utk bilik MPP, Sektriat Debat , dan Kolej2 kediaman

Meningkatkan tahap pengetahuan ahli-ahli MPP, dan mahasiswa/i di kampus.

100%

3.

Peruntukkan Khas Publisiti Banner MPP

Bagi imej korporat MPP dan mendekatkan MPP dengan mahasiswa dengan publisiti yang berkesan

100%

4.

Peruntukkan Khas Publisiti Banting MPP

Bagi imej korporat MPP dan mendekatkan MPP dengan mahasiswa dengan publisiti yang berkesan.

100%

5.

Aktivititi Turun Padang MPP

Seluruh Kampus

Bertujuan untuk khidmat kebajikan ahli MPP kepada masyarakat kampus melalui perancangan yang tersusun

50%

6.

Penyelaras Mesyuarat Khas YDP2 IPTA Semalaysia sempena Konvensyen MPP Se-Malaysia di UTHM

Bertujuan bagi perbincangan YDP-YDP Se-Malaysia pelbagai isu semasa dan hala tuju MPP IPTA

100%

7.

Pengerusi Mesyuarat dengan semua JKK berkenaan Isu semasa kampus

Menjadi Pengerusi bagi mesyuarat yang diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP.

100%

8.

Pengerusi Mesyuarat Khas dengan Kelab/Persatuan berkenaan kebajikan Kelab/Persatuan

Menjadi Pengerusi bagi mesyuarat yang diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Kelab, Persatuan & Sektriat MPP.

100%

9.

Permohonan Bas Balik Kampung kepada mahasiswa/i sempena cuti sempena diawalkan kerana H1N1

Bagi membolehkan mahasiswa/i balik kampung seawal mungkin apabila cuti diumumkan bagi kemudahan pengangkutan awam yang terhad.

100%

Kebajikan Mahasiswa/i

1.

Menyelesaikan aduan-aduan pelajar (SACAM)

Menjawab pertanyaan pelajar secara terus denagan bantuan ahli-ahli MPP.

80%

2.

Mengeluarkan jadual baru pengangkutan bagi semua kolej.

Mengeluarkan jadual baru pengangkutan yang lebih rasional yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam.

100%

3.

Memperjuangkan tuntutan sagu hati mahasiswa.i yang ditimba bencana alam ( Ribut di KKTDi & KKTF)

Diluluskan tetapi hanya sebahagian tuntutan yang lulus manakala sebahagian besar masih tertangguh kerana masalah teknikal seperti tiada resit, atau bukti kerosakan.

50%

4.

Menyelaraskan harga makanan di kampus

Telah menghantar ahli MPP ke UTM untuk meninjau pelaksanaan di sana yang berjaya. Tetapi pelaksanaan di UTHM masih tiada pergerakan ke arah pelaksanaan tersebut.

0%

5.

Menghasilkan Resolusi Kebajikan Kolej Kediaman Bandar Universiti

Dokumen untuk menyatakan 6 tuntutan kebajikan & kemudahan sebelum pelajar-pelajar kanan yang dipindahkan di KK Bandar Universiti.

100%

6.

Menghasilkan Memorandum Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi 2008/2009 berkaitan isu kilang berhampiran kawasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

1 Ogos 2009

Dokumen untuk menyatakan permasalahan dan memohon perhatian dari pihak Kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu pencemaran kilang.

100%

7.

Mengadakan perbincangan pelbagai penjuru untuk penyelesaian jangka panjang berkenaan isu perkhidmatan pengangkutan ( Sikun Jaya Sdn. Bhd. , HEP, PPH, Bendahari, Unit Perundangan).

Perbincangan mencari jalan keluar yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam.

100%

Infrastruktur / Kemudahan Fizikal

1.

Memperjuangkan Mesin RO Water di kolej-kolej kediaman.

Berdasarkan aduan-aduan pelajar. Dimajukan kepada Unit Perumahan HEP.

100%

2.

Memperjuangkan Pemasangan Astro di Kolej-Kolej Kediaman

Berdasarkan perbincangan dengan Unit Perumahan HEP.

100%

3.

Susur Gajah daripada KKTDi & KKTF ke G3 dan ke Arked

Berdasarkan aduan-aduan pelajar. Dimajukan kepada PPH. Lulus ddan dalam proses Tender.

0%

4.

Parking Motosikal Berbumbung di KKTDi & KKTF

Berdasarkan cadangan pelajar. Dimajukan kepada PPH. Telah siap.

100%

5.

Kiosk di Perhentian Bas Dataran Anggerik

Berdasarkan mesyuarat MPP. Dimajukan kepada PPH. Dalam proses pembinaan.

20%

6.

Cadangan Pembinaan Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar ( Student Center)

Dimajukan kepada PPH untuk rancangan di tapak pembagunan baru universiti dalam RMK-10.

0%

Lain-Lain Aktiviti

1.

Menjadi AJK Unit Publisiti & Promosi Jemaah YDP Se-Malaysia

16 Mei 2009

Mesyuarat Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Seluruh IPTA Sesi 09/09 bertarikh 16 Mei 2009 bertempat di UTHM telah memutuskan membentuk jawatankuasa ICT . ( Minit mesyurat : 2.8)

100%

2.

Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Naib Canselor

Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti.

100%

3.

Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Timbalan Naib Canselor HEPA

Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti berkitan kebajikan.

100%

4.

Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan

Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti berkaitan akademik.

100%

5.

Mengetuai MPP dalam Mesyuarat dengan Pejabat-Pejabat Bertanggungjawab berkenaan pelbagai isu.

Merangkumi isu-isu yang perlu diperbincangan dimana melibatkan pandangan pelajar.

100%


Fadzil Hanid. Powered by Blogger.