Archive for June 2009


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

UTHM kuarantin, saring pelajar antarabangsa seminggu

BATU PAHAT 27 Jun - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus influenza A (H1N1) dengan meletakkan pelajar antarabangsa di kolej kediaman mereka selama seminggu sebelum dibenarkan masuk ke kampus.
Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, dalam masa seminggu itu mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari pada pukul 9 pagi dan 9 malam oleh Pusat Kesihatan UTHM dan tidak dibenarkan keluar.
''Jika ada antara mereka yang menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan, mereka akan terus dihantar ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan lanjut," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek bernilai RM5,000 kepada Utusan Melayu (M) Berhad sebagai tajaan 2,250 naskhah akhbar Kosmo! dan 2,000 naskhah akhbar Mingguan Malaysia sempena pendaftaran pelajar baru UTHM sesi 2009/2010 esok.
Menurutnya, pelajar dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang baru pulang dari luar negara akan diletakkan di kediaman mereka selama seminggu.
Bagi pelajar yang dari kawasan berdekatan pula, katanya, seperti di daerah ini diminta menangguhkan dahulu pendaftaran selama seminggu dan diminta berehat di rumah sahaja.
Mohd. Noh berkata, tindakan itu merupakan langkah proaktif yang diambil agar H1N1 tidak menular ke dalam kampus.
Bagaimanapun, katanya, setiap pelajar yang menangguhkan pendaftaran diminta menghubungi pihak universiti untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, pendaftaran pelajar baru UTHM akan bermula esok dan setiap pelajar yang mendaftar akan menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka benar-benar sihat sebelum memasuki kampus.
Tambah beliau, buat masa ini terdapat 2,500 pelajar yang tinggal di dalam kawasan kampus dan 5,000 lagi pelajar tinggal di luar kampus.


39 penuntut UTHM dikuarantin


BATU PAHAT 28 Jun - Seramai 39 penuntut baru dari enam buah negara dikuarantin seminggu sebelum dibenar mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini bermula hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, mereka dikuarantin di sebuah bangunan khas di luar kampus bagi mengelakkan penularan virus influenza A (H1N1) dan hanya dibenarkan mendaftar selepas tamat tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 30 pelajar dari Yemen, lima dari Somalia dan masing-masing seorang dari Chad, Mesir, Palestin dan Libya.

"Mereka ditempatkan di bangunan tersebut sebaik sahaja tiba untuk mendaftar pagi ini," katanya ketika ditemui sempena pendaftaran penuntut baru universiti itu di sini hari ini.

Menurut Shafry, empat penuntut tempatan diarah pulang ke kampung masing-masing dan kembali untuk mendaftar minggu depan kerana didapati demam.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan kesemua penuntut baru bebas daripada virus tersebut.

Mengenai jumlah penuntut baru UTHM sesi ini, beliau berkata, seramai 2,600 tempat ditawarkan dan hingga pukul 4 petang ini 2,000 orang telah mendaftar.

Sementara itu, Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri menghargai tindakan UTHM melakukan pengimbasan ke atas semua penuntut baru dalam usaha membendung penularan H1N1.

"Ini dapat membendung wabak tersebut daripada merebak di kalangan masyarakat Parit Raja," katanya.

Beliau menggesa penuntut yang baru kembali dari luar negara agar lebih bertanggungjawab dengan membuat pengakuan secara jujur kepada pihak UTHM sebelum mendaftar.

"Ini untuk kebaikan semua pihak terutamanya warga UTHM dan penduduk sekitarnya," katanya.

Sumber : Utusan Online


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Selamat Datang ke UTHM !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada bakal-bakal penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Terlebih dahulu saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua barisan Majlis Tertinggi dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada saudara/i kerana berjaya menjadi sebahagian daripada warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia . Kami juga mengalu-alukan kedatangan saudara/i ke menara ilmu yang dibanggakan oleh seluruh warga kampus ini. Untuk pengetahuan saudara/i, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan pelajar-pelajar lain amat menanti-nantikan kehadiran saudara/i ke universiti ini. Sehubungan dengan itu, kami telah bersedia untuk menyambut dan membantu saudara/i apabila sampai ke universiti yang tercinta ini.

Saudara/i yang saya hormati sekali, pengalaman berada dan belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merupakan satu pengalaman yang amat menarik. Saya yakin dan percaya bahawa kesemua pengiktirafan ini tidak akan universiti kecapi tanpa prestasi yang terbaik yang telah univerisiti lakukan.

Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua mahasiswa/i mengharapkan saudara/i membawa satu semangat yang dapat kita gunakan bersama-sama dalam menjunjung aspirasi universiti .

PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

Yang Di Pertua

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008/2009

013 - 7107705


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Langkah-Langkah Pencegahan Selsema Babi (H1N1) sempena kemasukan pelajar baru (Minggu Haluan Siswa).

Pusat Kesihatan Universiti telah memberi taklimat mengenai HIN1 pada malam 26hb 06 2009 bagi persediaan pembantu-pembantu MHS menerima kemasukan pelajar baru.

Intipati taklimat :

Bagi mencegah kemungkinan penyebaran virus H1N1, Setiap pelajar yang akan mendaftar akan dikenakan saringan di Dataran Terbuka sebelum ke F2. Pelajar yang lulus pemeriksaan sarigan kesihatan akan menerima resit berwarna biru untuk proses pendaftran seterusnya.

Kalau pelajar baru tersebut di kesan mengalami simptom-simptom demam, suhu melebihi 38 darjah celcius, atau pernah ke luar negara dalam tempoh 7 hari sebelumnya akan dinasihatkan untuk pulang terlebih dahulu.

Pelajar antarabangsa akan dikuarantin di taman Universiti dan diwajibkan mengambil suhu 2 kali sehari.........

Langkah pencegahan lain2 pembantu2 MHS di berikan Penutup mulut khas sepanjang Minggu Haluan Siswa.



Tq :D


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

12 comments

Kolej Kediaman Bandar Universiti & Kolej Kediaman Taman Kelisa

LAPORAN STATUS KOLEJ KEDIAMAN BARU


Pihak MPP telah melakukan pemantauan dan membuat beberapa siri perbincangan dan telah melakukan 4 kali lawatan tapak sepanjang pembangunan di kolej-kolej baru bagi menjamin hak dan kebajikan pelajar UTHM. Berdasarkan pemerhatian pihak MPP telah melihat hasil usaha Pihak Unit Perumahan, Pejabat HEP yang menunjukkan inisiatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit. Pihak MPP memuji usaha keras yang telah ditunjukkan. Perbincangan yang melibatkan pihak MPP adalah usaha murni bagi melibatkan wakil pelajar dalam memastikan kebajikan pelajar terjaga.



Lawatan Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama Pihak Pengurusan Universiti & Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ke Kolej Kediaman Bandar Universiti

Dari kiri :
Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ,
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Mohd Khairil Iqmal B Ghazali, Pengerusi Jabatan Perhubungan & Antarabangsa MPP
Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin
, Naib Canselor

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN BANDAR UNIVERSITI


Maklumbalas tentang Fasiliti umum di bilik Kolej Kediaman ini menurut rumah contoh yang telah disiapkan adalah seperti berikut:

1. Spesifikasi

Sebuah bilik dihuni oleh 6 orang siswa/I berkonsepkan dom yang telah dibahagikan kepada 3 blok, dimana 1 blok dihuni oleh 2 orang siswa/i.



KOLEJ KEDIAMAN TAMAN KELISA

Spesifikasi


Sebuah bilik dihuni oleh 2 orang siswa berkonsepkan aras. Sebuah aras terdapat 6 buah bilik. Menurut pihak Pejabat HEP, setiap aras akan dibekalkan dengan sebuah mesin basuh dan televisyen. Bilik dirumah ini agak lebih luas dan selesa daripada bilik di Taman Bandar Universiti.



* Pihak MPP akan terus memantau perkembangan terkini dan berharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama terlebih dahulu bagi yang menetap di Kolej baru ini di mana segala kekurangan boleh dimaklumkan kepada kami untuk kami bawa ke peringkat yang bertanggungjawab.... harap maklum




posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

UTHM tempat ke-47 terbaik di Asia bagi petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio

Asian University rankings by indicator

Student/Faculty Ratio

2009 rank

School Name

Country

Source: QS Quacquarelli Symonds (www.qs.com)
Copyright © 2004-2009 QS Quacquarelli Symonds Ltd.
Click here for copyright and limitations on use.

1

College of Medicine, POCHON CHA University

South Korea

100

2

SHOWA University

Japan

100

3

GUNMA University

Japan

100

4

National YANG MING University

Taiwan

100

5

SHINSHU University

Japan

100

6

EULJI University

South Korea

100

7

University of TOKYO

Japan

100

8

TOHOKU University

Japan

100

9

TSINGHUA University

China

100

10

SHANGHAI Institute of Foreign Trade

China

100

11

KUMAMOTO University

Japan

99

12

OSAKA University

Japan

99

13

SEOUL National University

Korea, South

99

14

GWANGJU Institute of Science and Tech...

Korea, South

99

15

DONGHUA University

China

99

16

YUNNAN University

China

99

17

EAST CHINA University of Science and Tec...

China

98

18

BURAPHA University

Thailand

98

19

KITASATO University

Japan

98

20

NORTHWESTERN Polytechnical University

China

97

21

University of HONG KONG

Hong Kong

97

22

BEIJING Normal University

China

97

23

PEKING University

China

96

24

YAMAGUCHI Prefectural University

Japan

96

25

NAGOYA University

Japan

96

26

KAIST - Korea Advanced Institute of Scie...

Korea, South

96

27

MAHIDOL University

Thailand

96

28

HUAZHONG University of Science and Techn...

China

95

29

HIROSAKI University

Japan

95

30

KEIO University

Japan

95

31

SUNGKYUNKWAN University

Korea, South

95

32

The CHINESE University of Hong Kong

Hong Kong

94

33

KYOTO University

Japan

94

34

SOOCHOW University

China

94

35

BEIJING FOREIGN STUDIES University

China

94

36

University of 17 AGUSTUS 1945

Indonesia

94

37

KYOTO University of Education

Japan

93

38

University of TSUKUBA

Japan

93

39

KYUNG HEE University

Korea, South

93

40

SHANGHAI JIAO TONG University

China

92

41

NAGASAKI University

Japan

91

42

GIFU University

Japan

90

43

GUNMA Prefectural Women's University

Japan

90

44

KYUSHU University

Japan

90

45

KOBE University

Japan

90

46

HOKKAIDO University

Japan

90

47

Universiti Tun Hussein Onn University of...

Malaysia

90

48

NANJING University

China

90

49

Pohang University of Science and Technol...

Korea, South

90

50

NANJING Agricultural University

China

90

51

OKAYAMA University

Japan

89

52

CHANG GUNG University

Taiwan

89

53

The CATHOLIC University of Korea

Korea, South

88

54

TOKYO Institute of Technology

Japan

87

55

HALLYM University

Korea, South

87

56

ZHEJIANG University

China

87

57

YONSEI University

Korea, South

85

58

YOKOHAMA CITY University

Japan

85

59

HIROSHIMA University

Japan

85

60

INJE University

Korea, South

84

61

University of Science and Technology of ...

China

82

62

SUN YAT-SEN University

China

79

63

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Malaysia

79

64

SEBELAS Maret University

Indonesia

79

65

KOCHI University

Japan

78

66

HONG KONG University of Science and Tech...

Hong Kong

78

67

University of INDONESIA

Indonesia

77

68

NORTHWEST University (China)

China

77

69

CHULALONGKORN University

Thailand

77

70

HANYANG University

Korea, South

76

71

IWATE Prefectural University

Japan

76

72

EWHA WOMANS University

Korea, South

76

73

Hong Kong BAPTIST University

Hong Kong

75

74

Lingnan University (Hong Kong)

Hong Kong

74

75

ULSAN University

Korea, South

74

76

NARA Women's University

Japan

74

77

HANKUK University of Foreign Studies

Korea, South

74

78

HUNAN University

China

74

79

FUDAN University

China

74

80

China University of Mining and Technolog...

China

73

81

Universiti Malaya (UM)

Malaysia

73

82

AKITA Prefectural University

Japan

72

83

Communication University of China

China

70

84

XI'AN JIAOTONG University

China

70

85

BEIJING University of Technology

China

69

86

BEIJING Institute of Technology

China

69

87

AJOU University

Korea, South

68

88

Universiti Malaysia SARAWAK

Malaysia

68

89

Central University of Finance and Econom...

China

68

90

AIRLANGGA University

Indonesia

68

91

Indian Institute of Technology Madras (I...

India

67

92

DANKOOK University

Korea, South

67

93

RENMIN University of China

China

65

94

SAGA University

Japan

65

95

BEIHANG University (former BAUU)

China

64

96

PUSAN National University

Korea, South

64

97

Indian Institute of Technology Roorkee (...

India

64

98

TONGJI University

China

64

99

KOREA University

Korea, South

64

100

TOKYO University of Agriculture and Tech...

Japan

64


Fadzil Hanid. Powered by Blogger.