Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

No comments

Waktu Yang Hilang

Penulis ( Baju merah), Azmil, Izzati, adik beradikku pada tahun 1995 di Melaka.

Setelah lama tidak menulis sendiri rasanya.... hari ni aku mengikuti ibuku yang kugelar mama ke Seberang Takir yang jauhnya jarak dalam 35km daripada rumahku atas jemputan kenduri perkahwinan sepupuku. Sudah hampir 3 bulan aku tidak keluar dan terperap di rumah. Sepanjang perjalanan aku menyusur kembali saat-saat remajaku berulang-alik buat beberapa ketika sebelum duduk di asrama dari rumah ke Sekolah Teknik Wakaf Tembusu, Seberang Takir. Bermain di benak kepalaku motor Hondacup 70 yang kutunggang dahulu dan sekali sekala bas awam yang kunaiki bila hari hujan. Banyak yang berubah seperti mana diriku yang berubah dalam banyak tahun kebelakangan ini. Ikut sekali adik lelakiku Azmil yang baru sahaja menamatkan pengajian di Maktab Peguruan Islam Bangi. Sepanjang perjalanan asyik mengomel mengenai keputusan keluarga tidak membenarkannya posting ke Sarawak. Terpaksalah menunggu lama untuk posting kembali di semenanjung. Jauh sudut hati aku memahami perasaan mama yang tidak ingin anak kesayangannya itu jauh daripadanya. Mama sudah tua dan setahun lagi akan pencen sebagai guru, manakan membiarkan anak kesayangan dibiarkan duduk di hutan belantara Sarawak. Kalau boleh setiap kali cuti dia ingin anak-anaknya balik ke rumah. Dalam perjalanan singgah di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek mengambil adik perempuanku di asrama yang sedang mengambil SPM untuk di bawa bersama ke kenduri. Melompat adik perempuanku bila kami tiba tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Suprise!! Adikku Azmil keluar kereta sambil berjalan di sekeliling blok. Entah apa yang difikirkan nostalgia lama dia berada di sekolah itu. Pasti banyak kenangan yang disimpan.



Penulis bersama ketika latihan drama bagi pementasan Kemerdekaan tahun 2002. Arwah Faruq selaku Pengarah pementasan adalah orang yang memberiku peluang menimba pengalaman.

Fadzil bukan lagi budak hingusan yang selalu di denda di kelas, selalu di rotan di asrama. Yang pernah di buang asrama kerana masalah displin. Tidak lagi rakan-rakan. Hidup hanya pinjaman sekejap sahaja. Kematian Faruq benar-benar menginsafkanku. Aku berubah menjadi lebih baik selepas itu, aku berjaya mengeggam keputusan Diploma di Politeknik dengan kejayaan yang membanggakan. Tidak seperti kalian yang dapat terus ke universiti berkat kerajinan kalian semua dan atas kenakalanku di sekolah layaklah aku ditempatkan di Politeknik. Hari ini aku membuktikan tiada orang yang akan gagal selamanya. Aku kini di menara gading yang diberikan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang sudi menerima orang sepertiku.

Penulis ( Berbaju biru sebelah -kanan) bersama kawan-kawan sekelas yang merupakan kawan seasrama bergambar riang di padang ketika mengambil SPM tahun 2002.

Hari ini aku menulis kerana terlintas di benakku ketika melintas di sekolah lama kita. Aku juga beria-ia ingin mengikuti ibuku bagi mengambil sedikit ketenangan setelah membuat keputusan yang sukar hari ini. Aku telah menegur sahabat2ku dengan nada yang keras atas kebaikan mereka. Begitu sukarkah orang lain untuk memahami diriku?Adakah niat baik kita akan disalah ertikan? Tanggungjawab dan amanah ini mula memakan diriku sedikit demi sedikit. Senyuman riangku mula hilang, usia mudaku yang kukorbankan mula memamah hatiku.

Alangkah baiknya kalau Arwah Faruq masih hidup dengan slogan hidupnya yang sentiasa membuat sahabat dekatnya gembira di sekililingnya. Berharap suatu hari nanti dapat ketawa riang seperti hari itu lagi. Auntie Normah ( Ibu Arwah Faruq ) yang baik hati juga pasti bersedih dengan kehilangan anak lelakinya. Aku ketika belajar di Politeknik Dungun kerap juga menziarahi rumah arwah di Dungun dan kuburnya di tepi laut Teluk Gadong, Dungun. Setiap kali aku datang Auntie Normah tidak henti-henti menitiskan air mata kerana ketika arwah masih hidup , aku selalu sahaja tidur, melepak, bermain dengan arwah di rumahnya.


Penulis ( kiri sekali ), rakan-rakan, Arwah Faruq ( Baju kuning- dua dari kanan) di hadapan Peta Sekolah Teknik Wakaf Tembusu (2002).

Salam rindu untuk teman-teman persekolahan,




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.