Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 5 - " Apabila Mata Yang Menafsir, Kata-Kata Tidak Diperlukan "

( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D

Hari ini baru dapat sy menulis kembali..... sedikit tertekan dalam dua tiga hari ini untuk memulakan kembali tesis yang tertangguh sejak kemalangan.... dengan harapan semester akan datang sedikit sebanyak kerja-kerja tesis ini telah siap.... mudah-mudahan Allah S.W.T memberiku kekuatan dalam menuntut ilmu ini.... sedang ramai sahabat2ku yang lain sedang bergelut dalam study week ... sy juga mendoakan seluruh mahasiswa/i berjaya dalam menghadapi peperiksaan yang mendatang.....

Secara jujur sy amat bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan komen.... sy sememangnya tidak boleh duduk di alam khayalan yang semuanya berjalan baik-baik sahaja... sebab itulah walaupun saya boleh berbangga dengan komitmen ahli-ahli MPP sy pada sesi ini, sy secara terbuka akan menegur mereka sebagai kapasiti seorang ketua... walaubagaimanapun tidak bermakna semua keputusan saya betul.... pastilah banyak pandangan akan sy terima.... adakala keputusan sy salah.... kerana sy masih seorang manusia biasa yang bisa melakukan dosa.. maklumlah manusia biasa tidak maksum sepertimana sesetengah orang yang melenting bila di tegur dan menngaggap semuanya dia yang benar.... adakah dia lupa dia bukan seorang nabi ataupun rasul? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah ditegur oleh Allah S.W.T , inikan kita pula manusia biasa yang banyak dosa kelemahannya sebagai hamba.



Pendekatan amat penting.... pendekatan sy yang terbuka pastilah tidak popular kerana sy membuka ruang kepada masyarakat kampus berkenaan MPP.... Pendekatan yang lebih popular adalah segala masalah perlu dibicarakan dalam mesyuarat sahaja ataupun komunikasi personal.... blog seperti ini hanya mendedahkan kelemahan MPP... Pendekatan tertutup memang amat penting bagi memastikan tiada ruang untuk kelemahan dieskploitasi pihak luar yang tidak bertanggungjawab... malah sy sendiri boleh di kritik melalui blog ini.. apakah faedahnya?? Ingin popular dengan diri sendiri??? Syok sendiri?? Tidak-tidak sama sekali.... ini yang berlaku sekarang dalam arena politik sebenar.... dunia tanpa sempadan kini telah menguasai manusia.... kalau saya tidak ke hadapan... sy akan ketinggalan.... kenapa sy harus takut kalau sy tidak melakukan kesalahan??? Musuh-musuh sy yang kalau wujud pun moga2 tertarik dengan pendekatan sy , kerana sy memang berharap mereka tidak bersangka buruk terhadap sy yang di lihat segelintir pihak MPP bermain wayang.... depan cakap lain, belakang cakap lain... jadi lidah rasmi HEP... manakan mungkin utk org yang berprinsip seperti sy seperti ini.... sy ingin mereka faham bahawa sy melakukan yg terbaik untuk mahasiswa/i yg merupakan sahabat2 saya juga... salah anggap ini harus diperbetulkan.... malangnya target sy mungkin hanya 20% yg mengikuti blog ini.....lagi 80% ??? risalah-risalah memerlukan masa dan kos yang tinggi... memang sy mempunyai penggerak dalam hali ini.. tapi tidaklah kerap dalam menyatakan aspirasi sy kepada mahasiswa/i seperti mana blog.... anjakan ini sudah kelihatan apabila ahli-ahli poltik sekarang lebih suka meberi kenyatan di blog-blog.... menarik bukan???

Sy sendiri pernah berselisih faham dengan ahli-ahli saya dalam banyak hal berkaitan MPP atau isu-isu yang ingin diselesaikan. Tapi untuk yang menjadi warna dalam MPP yang ibarat sehelai kain putih yang suci. Ahli-ahli yang mencorakkan samada biru, hijau atau merah kain itu. Kenapa saya berbangga dengan ahli-ahli saya? Dalam banyak hal mereka masih memberi komitmen kepada Majlis Perwakilan Pelajar.... ketika sy meminta kepada ahli-ahli untuk tidak balik cuti semester pertengahan yang lalu.... mereka berkorban masa-masa berharga bersama keluarga mereka untuk berbakti dalam cuti tersebut.... dalam suasana sepi universiti.. sekumpulan manusia yang mempunyai cita-cita , menangis, ketawa dan senyum bersama .. perasaan itu yang sy pandang dari jauh adalah perasaan yang membahagiakan... mungkin inilah sebagai seorang ketua x banyak yang dapat sy lakukan untuk mereka.... lebih-lebih sikap defensif yang sukar memberikan pujian dan motivasi kepada mereka... saya benar-benar takut pujian ini akan membuat ahli-ahli khayal... sy sering menekankan kata-kata kerja keras, tanggungjawab, komitmen, keikhlasan bila berbicara.... sy mendapat pelajaran ini daripda asuhan ibu bapa saya.... begitu tegas.... kasih sayang x diungkapkan dengan kata-kata.... ianya melalui didikan, pendidikan yang diberi, kerja keras ibu bapa sy mencari nafkah.... pasti berlainan dengan corak ketua yg suka memberi pujian.... adaklanya bila benar2 perlu sy pasti akan memberi pujian tetapi dengan keihlasan yg benar-benar.. bukannya bodek utk mereka terus bekerja... sy pada dasarnya seorang yang begitu penyabar.... dalam MPP tahun sesi 07/08 sebagai NYDP , sy bersama-sama Fahmi digelar manusia yg x pernah marah ... ketika itu beban organisasi terarah kepada YDP.... tapi sejak Sesi ini sy menjadi YDP adakala sy menjadi lebih sensitif... kerana tanggunjawab untuk nama baik MPP yang pertamanya akan ditanya adalah kepasa sy sebagai YDP...... malah pertama kali sy marah ahli yang sy fikir melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik MPP.... die telah dimarahi begitu teruk di depan ahli-ahli lain.... biasanya perkara melibatkan kerja , sy x akan melenting kerana ianya boleh diperbaiki... tapi perkara melibatkan moral dan ahklak tiada kompromi utk sy sebab sy mempercayai pemimpin harus bersih , sebersihnya.... selepas kejadian itu yang berlaku dalam cuti semester tersebut.... hati sy benar-benar sakit..... bukan kerana kesilapan ahli tersebut.... kerana sy x dpt mengawal amarah sy.... bile berfikir balik sy x patut memarahi sampai begitu sekali.... mengaibkan orang bukan sifat saya... sy mengambil keputusan balik ke kampung seminggu pada waktu itu untuk muhasabah diri..... saya begitu marah dengan diri sendiri... apakah Fadzil yang penuh dengan sifat sabar telah dipengaruhi sifat yang tidak sukai agamanya?? Hari-hari fikiran buntu.... pastilah doaku kepada Allah S.W.T supaya memberiku petunjuk dlam persoalan ini.... aku benar-benar aku harap dapat memaafkan diri .... perjuangan masih panjang.... mogalah bila kembali keadaan kembali normal.. dapat bermaaf-maafan.... bukan satu yg bagus dalam organisasi bersikap begini.. semoga sy dapat berubah... InsyaAllah...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.