Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 3 - " Apabila Laser Disangka Pelangi , Nahas Jawabnya"
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D


Cabaran di dalam MPP sememangnya besar sepertimana mandat yang diberikan oleh lebih kurang 7000 orang mahasiswa/i. Sebuah kerajaan yang teguh pun mengambil masa bertahun-tahun untuk stabil dan memberikan yang terbaik untuk negara dan masyarakatnya. Tapi MPP yang ada masa selama setahun untuk membuktikan nilai yang ada pada sesinya. Inilah dikatakan cabaran, anda perlu pantas berfikir, merancang, dan melaksana dan melihat hasilnya yang sering kali tidak kelihatan. Kebanyakan ahli-ahli baru akan terpinga-pinga pada permulaan, terasa marah dengan prosedur dan birokrasi yang wujud apabila sedang melaksanakan program atau memperjuangkan sesuatu...


Di sinilah kepincangan utama di mana MPP sebenarnya juga manusia biasa, malah tidak dibayar gaji ( tapi harus ingat anda sekarang sesi ini mendapat pengecualian yuran asrama tidak seperti sebelum2 ini dan lawatan sambil belajar ke luar negara). #sering kali pengecualian yuran yg sebelum ini hanya dinikmati pada Majlis Tertinggi MPP sebenarnya tidak dapat menampung kos yang dikeluarkan dalam menjalankan aktiviti MPP ( Kredit Fon, Minyak, & lain2 kos kehidupan) tetapi sekurang-kurang dapat mengurangkan beban. Soalnya bukan wang perkara pokok, yang penting adakah anda betul2 berkhidmat ... lagi satu kesan yang sering x dapat dielakkan adalah perkhidmatan ini subjektif kerana faktor kedudukan ataupun posisi jawatan dalam MPP. Adakah kerana anda ada komitmen pada tugasan pada Jabatan anda telah lupa tanggungjawab sebenar pada kawasan anda perlu berkhidmat dari segi kebajikan? Ini hanya dapat dijawab oleh individu itu sendiri. Contoh paling mudah Seorang Menteri yang sibuk dengan kementeriannya juga sebenarnya seorang Ahli Parlimen dan juga perlu turun padang... anda perlu berfikir dengan bijak untuk membahagikan tugas2 anda....



Adakah saya menghentam MPP? Tidak sama sekali .. apa yang sy ingin ceritakan adalah situasi yang ada dalam MPP.... mahasiswa/i sering menuding jari pada MPP apabila satu2 isu.... apakah bantuan pada mPP itu sendiri.. dengan keahlian 26 orang MPP ada 7000 org mahasiswa di jaga, sebenarnya MPP perlu sedar bagaimanakah cara untuk menarik mahasiswa membantu MPP... MPP yang syok sendiri sebenarnya membawa malapetaka.... anda akan keletihan dan kepenatan kerana ingin mebuat semua perkara sendiri... tapi ada juga yang suka mengarah2 tapi x buat ape2... ini akan menghilangkan respek terhadap individu itu sendiri... sebenar ada beberapa langkah yang perlu di ambil.... persiapan ketika anda menjadi MPP amatlah penting, yang penting ketika anda bertanding anda harus nilai diri sendiri adakah anda ada pengaruh? Paling dekat di dalam kelas, kalau anda seorang yang berpengaruh, anda akan di sukai di dalam kelas dari segi akhlak, komitmen kerja kumpulan dan pergaulan harian. Kalau anda syok sendiri, lebih sudu dari kuah, perasan, pun salah satu sindrom yang ubatnya belum ditemui seperti AIDS. Kenapa saya berkata begini, mereka2 ini yang telah terpaut dengan anda adalah sahabat2 sejati yang akan membantu anda di dalam MPP.

Kalau anda lagi hebat mungkin pengaruh anda pada sebuah persatuan atau kelab yang juga akan menjadi tulang belakang anda. Untuk mengharapkan ahli2 MPP anda yg x seramai mana dengan komitmen masing2 sebenarnya ilusi anda sendiri, teamwork bagus tapi terhad dengan tugasan masing2. Sebab itu wujud Rakan Exco & Rakan MPP, memang benar tapi pengurusan sumber manusia adalah satu isu, mungkin subjek ini ada dalam Fakulti Pengurusan Teknologi, tapi yg dalam Fakulti Pendidikan yg x penah belajar secara rasmi tetapi melalui pembacaan sahaja juga dapat memahami betapa pentingnya menguruskan ahli2 organisasi. Kerana autonomi telah diberikan kepada ahli-ahli MPP untuk memastikan pengurusan Rakan2 Exco mereka aktif. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Siri 4 >> Akan datang....Adakah Sesi saya berjaya?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.