Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

KEMBALI : SIRI 6 - " Dalam Cerita Ada Cerita "
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D


( Berdasarkan komen2 dalam Kembali Siri 4 - " Marahkan Nyamuk, Tapir Di Hutan Pula Yang Di Lempang"
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2009/10/kembali-siri-4-harap-dapat-maafkan.html?showComment=1256563203677#comment-c6146993193492461664

Persoalan berdasarkan komen-komen ini..... amat berat untuk di jawab.... penuh dengan tipu daya politik... penuh dengan konspirasi.. penuh dengan tanya-tanya satu sama lain.... siapakah yang harus dipercayai? Sindrom-sindrom ini sedikit sebanyak telah saya ubah dalam kepimpinan saya.... sambil bersuara, menyatakan pendapat tetapi penuh dengan hemah.... walaupun tidak 100% tetapi ada... anjakan yang baik sy kira....

Sy kira kelab-kelab memang mengalami krisis jatidiri yang agak mengelirukan.... sy tidak ingin menyalahkan mereka.... ianya tradisi turun temurun yg memerlukan azam yg kuat utk seseorang mengubahnya.. sy tidak berjaya mungkin pimpinan akan datang boleh mencuba... Pada sesi ini beberapa pertemuan telah di atur antara MPP dan pimpinan Kelab, Persatuan dan Sekteriat. Ianya diselaraskan oleh Jabtan Pengurusan Kelab, Persatuan & Sekteriat yang diwujudkan sesi pada kali ini bagi memastikan kebajikan mereka ini terjaga tetapi bukan dari segi idealisme. Itu strateginya ketika mesyuarat penubuhan jabatan ini dalam mesyuarat pertama MPP.


Kebajikan permintaan Kelab & Persatuan supaya mereka memeliki keistimewaan untuk mendapat kad nama eksekutif seperti MPP juga diluluskan dengan MT sahaja yang diluluskan. Masalah penukaran nama Kelab Kejuruteraan di bawah fakulti ke Persatuan Pelajar juga mendapat sedikit tentangan kerana perkataan kejuruteraan telah di buang... sy telah meminta supaya proposal di hantar kepada MPP oleh ketiga2 peratuan ini... tapi sy kira lepas mesyuarat senyap.. tiada pergerakan... tiada proposal yg di terima... tidak selesai... malah isu terbesar dan menimbulkan kontroversi sehingga sy menerima panggilan daripada YDP2 seluruh Malaysia berkenaan sebuah kelab berkenaan artikel di sebuah portal mahasiswa juga turut menyebabkan sy terpalit sama.... isu penutupan kelab2 yang diuarkan2 itu pada mulanya berkisar di universiti sahaja.... malah sy telah berjumpa dengan pengerusi kelab tersebut.... berbual... sy juga berusaha membantu atas kapasiti MPP sebagai penaung kelab2... sy tidak ingin mengulas isu kenapa kelab tersebut ingin ditutup.... ianya masalah dalaman membabitkan kelab dan entiti tertentu.. MPP x terlibat sama sekali... sy juga mendapat jaminan daripada TNC HEPA bahawa kelab tersebut tidak akan ditutup dalam pertemuan personal.... hingga akhirnya artikel yang mengaibkan individu2 dalam universiti tersebar di internet berkenaan isu ini ... tiada pihak yg mengaku siapa yg mengedarkannya.... minit mesyuarat yg terlepas ade mencadangkan pembubaran tersebut tetapi keputusan tidak diambil... ini yg sy kira penyebab utama utk kelab tersebut gusar sehingga ada yg melampaui batasan menyiarkan artikel tersebut sehingga menjadi top komen dalam portal tersebut.... akhirnya habis semua org dipersalahkan.. MPP dikatakan bersubahat... diam... chicken... ini bahananya..... malah yang lebih teruk diperlagakan2 kelab tersebut dengan sebuah jawatankuasa... bercakaran sesama islam.... sy terkilan kerana tidak dpt membela mPP yang turut dipersalahkan.... sy telah memberi jaminan utk menolong... tapi bila berlaku perkara ini sedikit sebanyak menghiris hati sy.... adakah kata-kata sy tidak dipercayai? Dan yg paling tidak di persetujui adalah meletak nama individu.. cukup mengaibkan kerana tiada bukti yang kukuh.... kalau benar pun harus diadili dulu baru boleh menjatuhkan hukum.... takut menimbulkan fitnah..... pastilah tidak boleh dipersalahkan kelab tersebut kerana manusia luar bebas memberi komen.... nanti dikatakan sy menjilat ludah sendiri tidak dapat menerima komen atau kritikan terhadap MPP.....

Malah ketika isu masjid timbul ( ketika itu sy belum menjadi YDP) , dikatakan MPP tidak berbuat apa2.... sedagkan kita menunggu Majlis Fatwa Negeri Johor utk memutuskan....tetapi MPP juga harus bermunasabah kerana lambat bertindak dalam isu ini.... menyatakan pendirian... walaupun keputusan akhir di buat oleh Majlis Fatwa.... ketika itu sy mula belajar bahawa sikap mendiamkan diri bukan penyelesaian terbaik.... Api perlu di lawan api..... selepas itu sy menukar polisi utk lebih agresif selepas itu.. harus membuat kenyataan berkenaan sesuatu isu...

Peluang tiba bila sy menjadi YDP.... sy pernah menyuarakan ketidakpuashatian sy berkenaan perpindahan pelajar kanan ke Taman U dan kelisa kerana pembinaan baru bermula.... Sy meminta jaminan melalui resolusi yang MPP hasilkan berkanaan 6 tuntusan asas utk pelajar yang berpindah... akhinya sy bersetuju dengan jaminan di beri..... akhirnya kerisauan sy menjelma jua.... Kelisa memnag tidak bermasalah... tetapi KK taman U menghadapi pelbagi masalah yang menyebabkan kredibliti MPP sesi ini terancam.... sy mendesak pembaikian tetapi proses ini mengambil masa.... mujurlah kebanyakan pelajar dibenarkan berpindah kembali dan kemudahan sekarang dinaiktaraf.... universiti harus belajar daripada kejadian ini supaya tidak tergesa-gesa melaksanakan sesuatu dasar walaupun bertujuan baik seperti ingin menambah jumlah pelajar universiti. Tetapi kebajikan juga harus dititikberatkan kerana syarat untuk mahasiswa/i belajar dalam keadaan sempurna. Sememangnya ada segelintir pendapat yang megatakan HEP mengawal aktiviti pelajar... menghadkan.... ianya menjadi satu teori domino di mana di peringkat nasional pun setiap IPTA mempunyai cerita tersendiri dan merebak seolah2 ianya barah yang menjangkiti setiap IPTA.... kadang-kadang berbual bersama YDP2 lain... Banyaklah cerita yg sy dapat.... tetapi isu ini bergantung kepada persekitaran universiti. Di UTHM.... universiti tercinta kita ini, sy kira kita masih belum benar-benar perlu bersikap negatif kepada HEP.... ada banyak cerita yang bersifat persepsi... Menghentam HEP 100% juga tidak wajar sama sekali.... yang mana buruk kita baiki... ade seribu kebaikan di sana , tetapi satu keburukan juga yang dipandang.... itulah manusia.... Tanyalah mana2 pelajar yg berurusan dengan TNC HEPA..... cukup mesra plajar.... adakah anda kenal En. Malek? Abg Muliayandi? kak Ummi? Kak Elli? Abg Hasnul? Abg najib? En. Khairuddin? En. Razif? Pn Faezah? Pn. Syafinaz? Abg Ijan? En Izar? En. Kamarul? Dan lain2.... Mereka inilah keluarga HEP..... sentiasa berusaha senyum di kaunter2.... melayan karenah mahasiswa/i..... yang menolong kebajikan belajar.. yang menguruskan sekiranya kesulitan pelajar2..... Saya bukan membodek dalam kata2 ini tetapi meng harian bekerja di sana melihat perwatakan mereka.... adakalanya dapat juga melihat bibit2 kemarahan meraka kerana karenah2 pelajar... tetapi kerana mencari sesuap rezeki pastilah mereka berkerja bersunguh2.... kelemahan yg ada perlu dibaiki..... kalau ade yg berniat lain seperti anggapan sesetengah pihak , sy tidak ada bukti... itu urusan mereka dengan Tuhan.... malah secara tidak nampak memang mana2 pegawai di HEP akan ditukarkan sekiranya mereka ini tidak mesra pelajar.... bukan rahsia kalau MPP memainkan peranan ini.... hanya kita perlu sedar mereka ini ada keluarga juga.... kalau nak tetak pun jangan tetak habis.. ade pepatah seperti ini... sy selitkan sindiran ini kepada politik2 orang melayu islam yang bergaduh sesama sendiri.... kalau nak pukul pun cukuplah denganpenampar, jangan sampai menetak putus kepala.... memutuskan tali persaudaraan islam.... susah la.... belum lagi bergaduh ngan musuh islam.... dah keletihan,... menang sorak kampung tergadai.... Sy ingin meletakkan kelemahan aktivis mahasiswa/i pada diri sendiri.....cabaran ini pada bahu mahasiswa/i sendiri.. kita sekrang di mana zaman kemewahan.... selesa.... kenapa nak bersusah payah ... duduk diam2 belajar dah.... nak susahkan diri kenapa? Ini masalah org islam kita.... x ramai nak berkorban... malah terbaca di Kelantan.. di kawasan pedalaman perkampungan org asli, mubaligh2 Kristian sanggup berjalan ke kawasan pedalaman utk menyebarkan agama mereka malah sanggup berkahwin dengan org tempatan... org islam sendiri x penah sampai sana menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan.... malah insentif juga sebanyak RM 10,000 kepada org islam yg sanggup menetap di pedalam tersebut dan berkahwin atas dakwah islamiah.... .jangan kata nak menolong orang Pattani seberang sana, kampung sendiri pun belum tentu selamat..... ( haii Fadzil mengata org diri sendiri sanggup ke?)

HEP pun tidak akan dapat mengawal kalau mahasiswa/i sendiri yg bergerak.... asyik menyalahkan orang lain tapi diri sendiri kaku ibarat harimau yang mengaum pada pokok.... x de kesan... kalau benar2 ingin mencabar biarlah menjadi lelaki sejati.... masuklah bertanding dan lakukan perubahan.... ramai yang kata politik kotor.... tapi ingat politiklah yg menjadi agen penggerak segalanya.... sy bergelumang dalam MPP... apa yang kita suarakan kebiasaannya akan didengari... tapi kena ada kesungguhan.... bukan rahsia bajet 2010 baru2 ini berkenaan kabajikan mahasiswa/i adalah berpunca cetusan idea2 pimpinan mahasiswa/i dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) .. idea penukaran pinjaman kepada biasiswa di suarakan ketika Pra-MPPK kepada Ketua Eksekutif PTPTN ketika itu. Malah idea kad diskaun juga berasal daripada MPPK. Tapi itu tidak cukup lagi kerana ada sebahgian mahasiswa/i berkata peranan mahasiswa/i perlu lebih ke hadapan. Mana suara mahasiswa dalam isu-isu semasa? Isu negara? Meraka ingin menjadi juara dalam hal ini. Tidaklah pelik kerana mahasiswa/i ini adalah pelapis negara. Malah kebanyakan pimpinan parti politik berasal daripada kepimpinan mahasiswa/i satu ketika dulu. Hanya dalam bersuara perlu ada hadnya , yang sy tidak bersetuju adalah terkinja2 ketika demonstrasi haram.... menyusahkan org lain.... ini terpengaruh dengan sestengah pihak yg memanipulsi mahasiswa/i utk kepentingan mereka.... bersikaplah kritis dan rasional.... ade yg halal ikutlah... contoh perhimpunan aman selamtkan Palestin... ade ruang.... kalau kita yg mengugat sendiri kestabilan negara sendiri... penderhaka namanya.... Mungkin sy dpt sambung penulisan sy lain kali.. jam dah pukul 4.00 pagi.... semoga dpt memberi pandangan membina di atas tulisan ini....

-Insan Yang masih belajar-

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.