Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

4 comments

KEMBALI : SIRI 4 - " Marahkan Nyamuk, Tapir Di Hutan Pula Yang Di Lempang"
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) :D




Kesedaran di kalangan mahasiswa UTHM mengenai MPP masih kurang....
Setelah melihat beberapa pertikaian dapatlah dirumuskan kebijaksanaan mahasiswa sebenarnya masih kurang... Apabila MPP menerima sesuatu cadangan kebiasaanya 2 persoalan perlu di ambil perhatian

Adakah permintaan itu satu keinginan atau satu keperluan?

Dalam mana2 satu organisasi pun permintaan berdasarkan keinginan adalah sesuatu yang mustahil untuk ditunaikan sepenuhnya... kita harus faham dalam konteks keluargapun ibu bapa hanya akan menunaikan keperluan asas hidup untuk anak-anaknya tetapi untuk keinginan perlulah bersdasarkan kemampuan....

Kedua dalam pemikiran saya, perbincangan tanpa rasional yang berdasarkan kritikan semata-mata adalah bersifat negatif dalam mana-mana situasi pun..... kita harus faham cadangan yang lebih diutamakan dalam penambahbaikkan tetapi kritikan biasanya mendatangkan kemusnahan..... kesempurnaan yang di cari haruslah bersifat dinamik iaitu fleksibel dengan situasi keadaan..... dalam makna yang tersirat saya ungkapkan kekuatan MPP sebenarnya terletak kepada mahasiswa sendiri.... Fakta pilihanraya kampus UTHM bagi sesi 07/08 menunjukkan daripada 7 kerusi umum yang dipertandingkan hanya terdapat 8 calon sahaja yang bertanding dan Sesi 08/09 menunjukkan peningkatan beberapa kerusi manakala kebanyakkan kerusi fakulti calon menang tanpa bertanding..... unjuran ini bersifat negatif kalau diperhalusi.... politikus di kalangan mahasiswa UTHM adalah masih rendah yang bermakna perjuangan dalam isu-isu kebajikan UTHM di kalagan mahsiswa sendiri adalah rendah.....



Ketiga adalah menjadi sesuatu yang memalukan kepada mahasiswa yang mengecam pemimpin mereka sendiri membuta tuli tanpa fakta-fakta yang kukuh. Kita harus jelas pemimpin ini adalah di pilih oleh mahasiswa sendiri dalam pilihanraya kampus. Teori konspirasi yang saya fikirkan pemimpin mahasiswa sendiri berhadapan masalah apabila peringkat akar umbi tidak menunjukkan sifat profesionalisme dalam aspek menghormati Majlis itu sendiri. Dengan mudah pihak universiti akan memandang enteng akan kekuatan MPP itu sendiri seterusnya memberi kesan psikologi kepada ahli MPP yang goyah pendiriannya. Trend menunjukkan pada hampir setiap kali sesi MPP... terdapat ahli MPP yang membawa diri apabila berhadapan dengan tekanan yang diwujudkan oleh keadaan yang tidak dijangka.... Sering kali yang menjadi mangsa adalah mahasiswa sendiri apabila MPP tidak dapat berjalan dengan lancar apabila kekurangan ahli yang berkomitmen....




Keempat isu-isu yang sering diperbincangkan mengenai keburukan MPP ialah berkenaan lawatan ke luar negara yang menjadi kelaziman setiap sesi MPP. Polemik ini harus diperdebatkan di mana penerangan yang lebih jelas harus diberikan. Saya difahamkan bahawa peruntukan ke luar negara ini merupakan hadiah kepada ahli MPP di universiti kita..... setelah tempoh perkhidmatan mereka tamat..... isu pertama dalam polemik ini kita harus sedar peruntukan ini tidak dapat di ubah ke dalam bentuk lain. Sekiranya ahli MPP tidak ke luar negara, maka peruntukan ini akan kembali ke kantung bendahari sebagai duit hangus dan tidak boleh dituntut. Kedua isu pembaziran tidak wujud sekiranya pengantarabangsaan di ambil kira.... Lawatan juga adalah satu seni pengetahuan berdasarkan pengalaman yang ditempuhi..... Ketiga peruntukan ini tidak bermakna duit pelajar biasa di ambil untuk ahli MPP. Sekiranya kita memahami kaedah kewangan yang diguna pakai setiap peruntukan yang diluluskan adalah berdasarkan bajet universiti. Contohnya bajet untuk aktiviti pelajar, kebajikan pelajar, akademik pelajar adalah berlainan antara satu sama lain yang dikenali sebagai Vote.....
Sememangnya cadangan peruntukan tersebut dialirkan ke tabung kebajikan merupakan cadangan yang menyentuh hati sanubari setiap insan yang tulus tetapi ianya tidak perlu memandangkan tabung kebajikan pelajar sememangnya telah wujud ( di HEP jika layak ).
Penjelasan ini diberikan bukanlah kerana saya seorang MPP tetapi ianya dilihat dipolitikkan dalam usaha memburuk2kn imej MPP.



Dalam erti kata lain mahasiswa sendiri cuba memotong belanjawan bagi mahsiswa sendiri sedangkan kita tidak sedar bahawa lebih banyak peruntukan digunakan seperti staf-staf ke luar negara atas dasar akademik, pembentangan, program2..... apabila mahasiswa ke luar negara ianya menjadi isu besar pula.... kita sepatutnya menyokong peruntukan yang menyelebahi mahasiswa.... walaupun tidak semua tetapi ganjaran tersebut adalah bagi mereka yang menyahut cabaran untuk kehadapan.... Janganlah marahkan nyamuk, tapir di hutan yang di tampar......

Akhir sekali, gosip-gosip yang membandingkan MPP sesi kali ini lemah dengan sebelumnya adalah bersifat subjektif..... berikan fakta yang kukuh sebelum saya berfikir perjuangan saya sesi ini adalah bersifat lemah berbanding sebelumnya....brcakap tentang ini akan menaikkan kemarahan saya kerana setiap organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri.... jika tiada fakta anda harus diam sebelum anda di gelar "kurang pandai" ( maafkan saya menggunakan istilah ini kerana kadangkala saya agak jujur) Saya melihat penambahbaikan dalam banyak hal.... hanya beberapa isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan( sebarang infrastruktur adalah berdasarkan kontrak )tidak boleh dijadikan sebagai tiket keseluruhan prestasi MPP...... Ingin saya jelaskan permulaan saya masuk MPP adalah untuk saya melonjakkan diri bagi pemikiran yang lebih terbuka tentang isu-isu semasa. Tetapi jelas setelah setahun bergelumang dengan MPP ,dengan isu dalaman kebajikan pelajar maka saya beranggapan tanggapan mahasiswa terhadap MPP hanyalah sebagai hamba abdi yang tugasnya membawa aduan yang sebenarnya mampu diselesaikan sendiri ataupun hanya pada peringkat JKK sahaja tetapi memandangkan sentimen warga kampus yang terlalu manja untuk tunggu disuapkan telah meghadkan pemikiran saya untuk ke peringkat yang lebih tinggi seperti isu akademik.... sepatutnya MPP berada pada landasan pemikiran yang lebih tinggi seperti mengkaji semula kewajaran jam kredit, subjek yang tidak kompetitif lagi dengan keadaan semasa dan isu-isu semasa negara yang sepatutnya juga diperbincangkan dan disuarakan melalui gabungan MPP IPTA seluruh negara barulah kita akan kembali ke zaman kegelimangan mahasiswa.

Buka minda..... Pemikiran harus ke hadapan? Renung2kanlah......

Maafkan jika kata2 saya menyinggung perasaan saudari/saudara....
Ini tidak menggamabarkan pandangan MPP saya.... ianya merupakan pandangan peribadi... sebarang maklumbalas dialu-alukan...

Wassalam............

4 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.