Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

Anda G.E.N.I.U.S? Jom Mengambil Ujian Anda Sendiri!!


MAKSUD GENIUS ??

Mengikut beberapa kamus , genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika pemikiran kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih. Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.



Teori kecerdasan ini saya belajar ketika semester 1 dalam subjek Psikologi Pendidikan. Pelajar Fakulti Pendidikan pasti tahu mengenai teori kecerdasan ini. Perbincangan tentang kecerdasan ini bermula apabila seorang ahli psikologi iaitu Sir Howard Gardner dari Universiti Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Frames of minds: The teory of Multiple Intelligences. Pada buku tersebut beliau telah mengatakan bahawa manusia mempunyai beberapa aspek kecerdasan yang tertentu dimana setiap kecerdasan mempunyai satu set kemahiran yang membolehkan individu tersebut menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini yang boleh berkembang ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan yang lain.Pada permulaan, Sir Howard Gardner telah mengatakna ada tujuh jenis kecerdasan, iaitu:

1. Kecerdasan linguistic.
2. kecerdasan logical matematik.
3. kecerdasan ruang.
4. kecerdasan muzik.
5. kecerdasan tubuh-kinestik.
6. kecerdasan interpersonal
7. kecerdasan intrapersonal

Baru-baru ini Sir Howard Gardner telah menambahkan satu lagi kecerdasan lain iaitu kecerdasan naturalist. Peneranganlanjut sila download di Fail YDP di sidebar > AKADEMIK > Semester 1 > Psikologi Pendidikan > Kecerdasan Pelbagai.doc

Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!

Semasa melayari blog malam ini saya berkongsi dengan anda pandangan daripada Barat :

Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~

Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~

Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~

Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~

Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~

Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~

Bagaimanakah dengan anda ?? Uji diri anda seperti saya di ;-

- Menarik kerana anda dapat masukkan keputusan ke dalam blog, fs, fb dan pelbagai lagi.

http://www.mypersonality.info/

> Daftar Akaun dahulu...
> Log In
> Ada 2 ujian iaitu:-

1) Personality Test - Discover Your Type Which of the 16 personality types are you? This test is based on Carl Jung's theory of psychological types and the personality research of Isabel Briggs Myers and Katharine Cook Briggs.*

2)Multiple Intelligences Test - Discover Your Learning Style Multiple Intelligences is Howard Gardner's psychological theory about people and their different types of intelligences (logical, visual, musical, etc.). This free test will help you discover your strongest types of intelligence and how these types helps you to learn.

> Setiap ujian ada dalam lebih kurang 80 Set Soalan.... English la...

> Selepas itu analisa keputusan akan dikeluarkan dan anda boleh create badget utk blog anda.... cam biasa kat add widget > edit html/java... Selamat mencuba...


1 comment

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.