Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Sebuah kisah Ranjau-Ranjau Kehidupan Mahasiswa

Malam ini selepas turun ke Sesi taklimat TNC HEPA berkenaan isu KKTSN di tutup, saya dan beberapa ahli MPP berkesempatan melawat pelajar tanpa asrama. Dalam setengah jam berpusing-pusing mencari alamat seperti yang diberikan pemberi maklumat mengenai permasalahan mahasiswa ini.

Akhirnya kami dapat berjumpa dengan pelajar ini, pelajar tersebut jelas mengenali saya sebagai YDP dan terkejut dengan kehadiran pihak MPP ke rumah. Pemberi maklumat telah menceritakan permasalahan mahasiswa ini dan meminta jasa baik saya untuk menolong beliau. Beliau juga dalam keadaan sakit, demam panas. Jelas kerutan wajah ketika membuka pintu menunjukkan kesakitan yang di alaminya.

Beliau memberitahu di dalam rumah hanya ada beliau dan seorang kawannya sahaja yang sedang tidur. Kawan-kawan lain keluar menurut beliau. Melalui maklumat yang di ceritakan pemberi maklumat, beliau berasal dari Sabah, ayah sudah meninggal dunia, ibunya tidak bekerja dan mempunyai 8 orang adik beradik, beliau anak bongsu, menurutnya adik beradik lain sudah mempunyai keluarga dan sekadar cukup makan menanggung keluarga masing-masing.

Saya membuka bicara dengan bertanya khabar kepada beliau, seterusnya saya membina keyakinan dirinya bagi menceritakan masalahnya. Beliau mencerita kesusahan keluarganya di kampung ( Sabah), tidak lama dahulu rumahnya telah dirobohkan kerana didirikan secara setinggan. Sekarang keluarganya berpindah ke rumah abg iparnya menumpang . Pastilah mendengar cerita mengenai masalah keluarga yang porak peranda membuatkan kami insaf dan bersyukur dengan segala apa yang kami miliki sekarang. Malah dia juga menceritakan pegangan agama Islamnya yang longgar akibat situasi keluarganya. Ini membuatkan kita berfikir dalam negara yang dikatkan kaya melimpah ruah, masih ada lagi bumiputera atau lebih tepat lagi saudara seislam yang merintih nasib di bumi sendiri. Mana pergi badan-badan kerajaan, NGO-NGO, Institusi-institusi yang sepatutnya membantu saudara seagama kita?? Yang banyak hari-hari kita di sajikan dengan ketaksuban politik yang tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri. Mana pergi semua parti-parti politik tidak kira samaada daripada kerajaan ataupun pembangkang yang sama-sama mengaku Islam secara zahir tetapi tidak mahu duduk bersama-sama menangani kebejatan masalah umat Islam dari segi ekonomi mahupun politik.

Berbalik kepada cerita asal, sememangnya saya sudah dimaklumkan mengenai masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau sudah meminjam wang tabung kebajikan HEP dan masih belum membayarnya maka tidak dapat meminjam kembali. Pada semester lepas juga Pusat Islam telah membantu dari segi Zakat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti yang telah membantu selama ini.

Pastilah kerana saluran2 ini telah digunakan maka kebetulan semester ini beliau menghadapi masalah dengan PTPTN. Duit PTPTN tidak masuk lagi kerana kelewatan beliau sendiri menghantar surat maklumbalas kepada PTPTN kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Setelah berbual-bual panjang, pihak MPP menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dihadapinya. Beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata dengan bantuan yang tidak seberapa daripada kami. Beliau juga mencadangkan supaya orang yang tidak berkemampuan sepertinya diberikan penginapan percuma di Kolej-kolej kediaman. Sementara sekarang beliau duduk di luar kerana menumpang simpati rakan-rakannya dan berhutang dengan rakan-rakannya.

Tidak lama kemudian, rakan-rakan serumahnya dalam 4 orang mahasiswa pulang ke rumah dlam jam 1 pagi, kesemuanya memakai baju sebuah syarikat, rupa-rupanya mereka ini mahasiswa bekerja separuh masa pada waktu malam, terdetik di hati bilakah masa mahasiswa-mahasiswa ini belajar sekiranya waktu sepatut ulangkaji dihabiskan untuk mencari rezeki.... betapa bertuahnya kita yang hidup dalam keadaan senang lenang selama ini belajar dengan segala kemudahan yang ada. Anda bagaimana???


* Artikel ini di buat setelah mendapat persetujuan beliau sendiri dan meminta tidak diletakkan nama dan gambar. Pihak YDP selaku pengarang juga pada mulanya di larang menulis artikel ini kerana takut dikatakan ingin publisiti murahan dan niat ikhlas membantu akan lari dari matlamat. Saya telah meyakinkan sahabat2 artikel ini sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat kita mahasiswa/i dan boleh dijadikan teladan bagi kita semua di mana masih banyak lagi yang diperlukan untuk memastikan mahasiswa/i kebajikan mereka terjaga. Saya terpanggil untuk menyuarakan harapan kepada semua pihak masih banyak lompong lagi dan masih banyak lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan tidak stabil khususnya saya sebagai seorang Islam tidak dapat menerima kenyataan masih ada rakan sesaudara yang hidup menderita di negara bertuah ini. Saya bertanya kepada diri sendiri masihkah ada harapan untuk melihat semua pihak Islam di negara ini dapat duduk semeja dan bersatu sepertimana Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi menyatukan semua umat Islam ketika zamannya????

Saya cabar kalau generasi sekarang tidak menyatukan semua pihak, generasi kita mahasiswa/i akan berani membuat perubahan bagi mencapai cita-cita besar yang sekarang ini dilihat mustahil............ ayuh berganding bahu dengan belajar bersunguh-sunguh sekarang dan menjadi pengganti kepada pimpinan negara satu hari nanti bagi melihat Malaysia yang makmur dan khususnya melihat kegemilangan Islam dapat dikembalikan.

Sekian, terima kasih....

2 comments

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.