Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

PROGRAM ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS ( PELAJAR TANPA ASRAMA)

UTHM - 29 Ogos 2009 - Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama JKK Pelajar Tanpa Asrama telah turun padang pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah bagi program menziarahi pelajar-pelajar tanpa asrama. Objektif program turun padang ini adalah untuk melihat sendiri permasalahan pelajar tanpa asrama bagi memastikan semua pelajar ini terjaga kebajikannya. Jika sebelum ini, banyak isu-isu di kolej kediaman telah diperjuangkan, kali ini pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin pula membawa kebajikan pelajar tanpa asrama untuk sama-sama diberi perhatian. Program Ziarah MahasiswaLuar Kampus ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar dengan pelajar tanpa asrama. Selain itu, Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ini adalah sebagai satu alternatif yang diambil untuk lebih mendekati dan mengetahui realiti sebenar permasalahan Pelajar Tanpa Asrama ini, untuk terus dibantu dan dijaga kebajikannya. Program ini bermula pada jam 2.00 Petang. Terima kasih diucapkan di atas kesudian Pengetua Pelajar Tanpa Asrama iaitu Tn. Hj. Ali dan beberapa JKK PTA yang menjadi pemandu arah bagi pihak MPP. Dalam keadaan sebahagian ahli MPP yang berpuasa, mereka ini masih sanggup untuk turun padang untuk melihat sendiri pelajar-pelajar ini bagi membuktikan undi-undi mereka ini tidaklah sia-sia dan menjadi platform bagi pihak PP mendengar sendiri keluhan dan permasalahan mereka. Alhamdullillah, program ini berakhir kira-kira jam 6.30 Petang dan sebanyak 30 buah rumah berjaya pihak MPP ziarahi iaitu di Kampung Parit Hj. Rais, Kampung Parit Jelutong, Flet di Kampus Bandar, Taman Waja, Taman Sri Indah, Taman Pintas Jaya & Taman Maju.



MPP, JKK PTA, dan Palajar Tanpa Asrama bergambar kenangan di hadapan rumah


Pihak MPP telah menghulurkan sedikit barangan berupa keperluan rumah seperti beras, gula, milo, teh, biskut, kopi, kordial dan beberapa barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pelajar tanpa asrama ini. Pihak MPP juga telah mempromosi " Kempen Senyum Selalu" yang dianjurkan oleh pihak MPP dengan pemberian "Button Badge". Berdasarkan daripada aduan-aduan yang didengari ketika sesi ziarah, permasalahan-permasalahan yang dihadapi ialah dari segi sewaan yang mahal, infrastruktur rumah yang tidak kondusif, rumah sewa jauh daripada jalan utama bagi pengangkutan yang disediakan khas untuk pelajar PTA, keselamatan yang tidak terjamin, dan persepsi seolah-olah kebajikan pelajar tanpa asrama telah diabaikan berbanding pelajar-pelajar di dalam kolej. Pihak MPP telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pelajar-pelajar tanpa asrama ini dan memuji langkah yang julung-julung kali diadakan oleh pihak MPP dalam meninjau keadaan pelajar yang menginap di luar kampus dengan pelbagai cabaran. Pihak MPP mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini.



Sebahagian gambar-gambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar yang sempat pihak MPP ziarahi


Secara peribadi, pihak saya selaku YDP mengucapkan tahniah kepada Pengarah Program Ziarah Mahasiswa Luar kampus iaitu saudari Fadilah Bte Abu Hasan ( Setiausaha Kerja 1 MPP UTHM Sesi 08/09) dan juga-juga sahabat-sahabat MPP yang sedia meluangkan waktu cuti lebih-lebih lagi saat berpuasa untuk membantu dalam usaha ini. Semoga generasi MPP akan datang akan dapat menjadikan ianya sebagai tradisi wajib MPP dan dapat membuatnya lebih awal berbanding sesi kali ini supaya langkah proaktif berdasarkan aduan-aduan tersebut akan dapat diberikan perhatian segera. Anggaplah ini sebgai langkah sulung untuk menjadikan kepimpinan mahasiswa di kampus lebih mantap daripada satu masa ke masa depan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.