Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN


Untuk makluman kepada mahasiswa/i, pihak MPP menegaskan bahawa mahasiswa/i tidak mendengar khabar angin mengenai cuti ataupun kes-kes HINI yang melibatkan kematian. Pihak-pihak yang menyebarkan fitnah ini amatlah di kesali. Pihak YDP secara peribadi menerima sms-sms bertanyakan tentang cuti dan kes kematian yang semuanya adalah palsu.

Berkenaan isu HINI, wakil pihak MPP telah berbincang dengan Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Zulkifli bin Taat
bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan isu ini. Beberapa isu yang diperbincangkan adalah seperti berikut menurut Dr. Zulkifli bin Taat :-

(1) Tidak perlu panik kerana keadaan di universiti masih terkawal.

(2) HINI berada di mana-mana, apa yang penting adalah langkah-langkah kawalan yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak iaitu PKU dan mahasiswa/i sendiri.

(3) Pihak PKU mengmbil inisiatif menyebarkan risalah-risalah berkenaan HINI ke seluruh universiti.

(4) Topeng muka telah diedarkan ke kolej-kolej kediaman bagi memastikan sepatutnya setiap mahasiswa/i mempunyai topeng muka.

(5) Ujian saringan di pintu masuk PKU, mereka yang disyaki mempunyai simptom-simptom akan diberikan topeng muka terlebih dahulu dan diperiksa suhu badan.

(6) Setelah pemeriksaan doktor , sekiranya di syaki mahasiswa/i akan diberikan cuti selama 7 hari dan dikuarantin di Kolej Kediaman Taman Universiti.

(7) Bagi langkah pencegahan semasa Majlis KOnvokesyen, PKU telah mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Johor untuk menempatkan mesin pengimbas di Majlis Konvokesyen berlangsung . Ibu bapa dan graduan akan di imbas terlebih dahulu.

(8) Apa yang penting adalah pendidikan berterusan berkenaan wabak HINI ini supaya langkah-langkah yang lebih selamat dapat dilakukan bagi memastikan kampus ini bebas daripada wabak ini secepat mungkin. Insyaallah.....


Sekian, terima kasih.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.