Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

1 comment

TAHNIAH KEPADA PEMBANTU MINGGU HALUAN SISWA....


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan

Tahniah kepada hampir 300 pembantu MHS yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang sepanjang MHS. Tidak lupa kepada Kelab Kaunseling & Kerjaya sebagai tunggak fasilitator MHS dan Jawatankuasa Kolej Kediaman yang telah membantu pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTHM mengendalikan Minggu Haluan Siswa dengan jayanya. Anggaplah segala pengalaman samaada baik atau buruk adalah guru bagi kita dalam meniti arus kehidupan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dalam meniti tangga-tangga kejayaan. Mahasiswa/i haruslah menggunakan segala peluang yang ada bagi menjayakan visi dan misi diri masing-masing di samping mengharumkan dan menjulang nama baik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dengan Minggu Haluan Siswa dan saya selaku Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 08/09 mewakili seluruh warga MPP meminta maaf sekiranya sepanjang MHS ada kekurangan di pihak kami. Untuk makluman, Pihak MPP telah mengeluarkan sijil bagi pembantu-pembantu MHS dalam kurang tempoh seminggu selepas MHS yang menunjukkan prestasi cemerlang anda di hargai oleh pihak kami.

Sekian, terima kasih...

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 08/09

1 comment

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.