Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

muslih: salam fadzil.. bz ke? nak konpem.. ptptn kan dah turun 1%? tp surat yg aku dpt still 3%.. any info about that?

Pengurusan PTPTN perlu penelitian khusus sebelum laksana skim Ujrah


PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin mengucapkan terima kasih di atas kenyataan yang dibuat 'Dr Ilias Zaidi' dari Kuala Lumpur melalui ruangan ini, pada 30 Jun lalu yang ternyata begitu prihatin berkaitan pengurusan PTPTN serta pandangan membina yang diberikan. Apa yang diutarakan oleh penulis sebenarnya lebih kepada pertanyaan mengenai bilakah pelaksanaan skim Ujrah akan dilaksanakan, walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kadar kepada satu peratus berkuatkuasa Jun 2008. PTPTN secara umumnya masih lagi pada peringkat akhir berkaitan urusan penawaran Ujrah seperti yang diumumkan kerajaan. Bagaimanapun memandangkan ia membabitkan proses pemindahan data peminjam sedia ada ke dalam sistem baru sebanyak 1.3 juta akaun, ia amatlah memerlukan penelitian khusus oleh PTPTN bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan memastikan kesempurnaan ke atas tindakan pelaksanaan yang akan dibuat dan memastikan keadilan kepada semua peminjam. PTPTN amat menyedari keresahan semua peminjam mengenai hal berkenaan, namun apa yang ingin ditegaskan di sini tawaran pengurangan caj pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh kerajaan adalah tetap berkuat kuasa dari Jun 2008 walaupun ia lewat dilaksanakan. Mana-mana peminjam yang membuat penyelesaian pinjaman selepas 1 Jun 2008 akan menerima pelarasan ke atas perbezaan di antara kos pentadbiran tiga peratus dengan Ujrah satu peratus. Ingin juga ditegaskan di sini isu berkaitan kos pentadbiran tinggi yang dikenakan ke atas peminjam pinjaman PTPTN adalah tidak benar sama sekali. Untuk makluman kaedah ataupun formula pengiraan kos pentadbiran yang diguna pakai oleh PTPTN sebenarnya adalah bersamaan dengan pengiraan dibuat institusi kewangan yang mengeluarkan pinjaman. Penulis serta peminjam adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada keseluruhan jadual bayaran balik supaya ia tidak disalah tafsirkan dan membuat bayaran balik melalui potongan gaji bagi mengelakkan sebarang tunggakan bayaran. Untuk makluman juga, contoh yang diberikan penulis mengenai pengiraan bayaran balik pinjaman yang dibuat sememangnya tidak tepat. Ini adalah kerana amaun RM2,526.30 berkenaan sebenarnya adalah amaun tunggakan bayaran balik yang perlu dibuat oleh peminjam termasuk kos pentadbiran pinjaman. Kos pentadbiran pinjaman pendidikan PTPTN dikira berdasarkan baki prinsipal bulanan berkurangan. Sebarang bayaran balik dibuat oleh peminjam yang mempunyai tunggakan ansuran bulanan akan menyelesaikan kos pentadbiran terlebih dulu. Sehubungan itu, peminjam yang tidak membuat bayaran balik mengikut jadual ditetapkan akan mendapati bahawa kos pentadbiran tidak menunjukkan pengurangan ketara. NOORA MD YUSOFF, Pegawai Perhubungan Awam PTPTN.

Sumber ; Berita Harian Online

* Maklumbalas di atas pertanyaan Muslih kepada Fadzil (YDP)
utk. pengetahuan sdra jawapan yang sama juga di sampaikan kepada saya dalam Mesyuarat pra-MPPK oleh Pengerusi PTPTN. Harap maklum.

Lampiran :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.