Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

5 comments

Program Computer Fair II 2009 KEMBALI LAGI !!!!!!!!


CABUTAN BERTUAH BARANGAN KOMPUTER BERNILAI RM2000.00

JOM BERAMAI-RAMAI!!!!!


JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI COMPUTER FAIR 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan melaksanakan Program Computer Fair 2009.

3. Dengan segala hormatnya pihak kami ingin memohon kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan untuk menyertai dan menambah lagi kemeriahan program tersebut. Berikut dinyatakan maklumat berkaitan;

Tarikh : 26 hingga 28 Ogos 2009

Agenda : Seperti di lampiran

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM dan

Dewan Terbuka DTII, UTHM

4. Untuk makluman pihak tuan, Program Computer Fair II 2009 diadakan sebagai kesinambungan kepada program Computer Fair yang telah diadakan pada awal tahun 2009 sebagai suatu usaha memupuk budaya keusahawanan dikalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, sebanyak 50 buah gerai jualan (30 buah gerai di DTII dan 30 buah gerai di Dewan Terbuka DTII) akan dibuka untuk pihak tuan menjalankan perniagaan melalui program ini dengan kadar sewaan dan susunan seperti dalam lampiran.

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan dan memberikan maklum balas positif secepat mungkin sebelum atau pada 30 Julai 2009. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Sdr. Poong Yew Yang, Pengarah Program Computer Fair II 2009 di talian 012-6899910. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

(POONG YEW YANG)

Pengarah,
Program Computer Fair II 2009
merangkap
Penolong Ketua, Jabatan Latihan, Kepimpinan dan Keusahawanan
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
' 07-453 6922 (P) 012-6899910 (H/P)

5 comments

  1. Anonymous
  2. Maaf sebab tidak nyatakan identiti.:)
  3. Maaf sebab tidak nyatakan identiti.:)
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.