Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Johor: UTHM jadi IPTA pertama lahir juruterbang bertauliah

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di negara ini melahirkan juruterbang bertauliah apabila kumpulan pertama pelajar mengikuti program yang baru ditawarkan di universiti itu memulakan pengajian pertengahan tahun depan.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata kumpulan pertama pelajar itu akan mengikuti program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional).

Beliau berkata, selain mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di kampus UTHM Parit Raja dan Tanjung Labuh, pelajar program juga akan mengikuti kursus juruterbang selama 18 bulan di Sekolah Latihan Penerbangan Asia Pasifik (APFTS) di Kota Bahru, Kelantan.

"Menerusi program ini, pelajar bukan saja akan memiliki segulung ijazah malah pada masa sama mereka juga akan memiliki lesen juruterbang.

"Sebelum ini pelajar yang mengikuti latihan juruterbang di sekolah penerbangan adalah kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika berjaya menamatkan pengajian mereka hanya akan memiliki sijil penerbangan.

“Ia berbeza dengan pelajar yang mengikuti program di UTHM ini kerana mereka akan memiliki sijil penerbangan dan ijazah pertama apabila menamatkan pengajian," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan APFTS dan EMC Management Centre Sdn Bhd di kampus UTHM Parit Raja, di sini, semalam.

Mohd Noh berkata, pihaknya akan membuat iklan menawarkan kursus itu dan bakal pelajar yang berminat harus memiliki tahap kesihatan terbaik seperti yang ditetapkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Tahap kesihatan menjadi keutamaan, selepas itu barulah kita tengok pada kelayakan akademik mereka," katanya.

Katanya, berbekalkan kemudahan makmal sedia ada pihaknya berani menganjurkan kursus itu yang belum pernah dilaksanakan di IPTA lain di negara ini.

"Program kejuruteraan aeronautik memang ada di IPTA lain tetapi mereka tidak menganjurkan kursus juruterbang secara serentak dan kami yakin mampu menganjurkan kursus itu kerana segala kemudahan sudah disediakan.

"Ini termasuk proses membangunkan prasarana di landasan terbang lama milik DCA di Tanjung Labuh yang terletak kira-kira 23 kilometer dari kampus Parit Raja ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi APFTS, Datuk Faruk Othman, berkata program anjuran UTHM itu adalah yang pertama membabitkan kerjasama antara IPTA dengan akademi penerbangan.

Sumber : Berita Harian Online

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.