Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

ANDA TANYA, KAMI JAWAB....... (SACAM) update 10/07/2009

76 soalan dan cadangan... [ by HANISAH on Wed 08th Jul 09, 7:59pm]
salam...
1.mengapa perkhidmatan bas untuk ke stesen bas batu pahat semasa cuti semester tidak di sediakan???padahal ramai pelajar memerlukan perkhidmatan ini...ini kerana lebih mudah dan cepat daripada menunggu bas awam di hadapan UTHM...

2.saya mempunyai dua cadangan tentang soalan pertama saya iaitu:-

cadangan pertama: pihak uthm menyediakan bas ke stesen bas batu pahat hanya pada setiap cuti semester untuk menyenangkan pergerakan pelajar.

cadangan kedua: kenapa pihak uthm tidak membuat perjalanan bas ke kuala lumpur iaitu stesen pudu..hal ini kerana perjalanan dari johor ke kuala Lumpur akan menempuh melaka..di sini pihak uthm boleh lah menurunkan pelajar yang akan pulang ke melaka.selain itu pelajar dari negeri sembilan dan selangor boleh lah turun di kuala lumpur dan mengambil perkhidmatan kereta api atau lrt untuk ke destinasi masing-masing.hal ini lebih mudah kerana uthm mempunyai bas sendiri.untuk cas perkhidmatan bas, pihak uthm boleh lah mengambil harga standard yang di kenakan oleh bas express.saya mengajukan cadangan ini dari melihat MRSM pengkalan hulu yang menyediakan perkhimatan bas seperti cadangan ke2 saya.

akhir kata,mohon maaf dari saya jika soalan dan cadangan ini menyusahkan pihak mpp..ini hanya cadangan dari saya,pihak mpp d harap dapat mengkaji cadangan ini..

Jawapan :

1. Pihak MPP baru sahaja menerima cadangan ini, walaubagaimanapun kami boleh mengusulkannya tetapi justifikasi untuk permohonan adalah lemah memandangkan selama ini perkhidmatan sedia ada iaitu pengangkutan awam masih dapat menampung keperluan pelajar ke batu pahat. Selain itu, berdasarkan pengalaman pada waktu cuti, penggunaan bas universiti mempunyai permintaan yang tinggi dan prioriti pada program2 pelajar seperti kelab-kelab diutamakan. Pihak MPP juga pernah mengusulkan dan berjaya dalam permintaan pelajar sabah/sarawak untuk ke lapangan terbang senai memandangkan sememngnya tiada perkhidamtan terus UTHM ke sana. Harap maklum.
2. Untuk makluman pihak MPP sesi sebelum ini telah bekerjasama dengan HEP dan PPH untuk menyediakan perkhidmatan pelajar pulang ke kampung pada cuti raya. Pada tahun ini juga pihak MPP telah dimaklumkan dalam masa terdekat dalam 2 atau 3 minggu lagi tiket pulang ke kampung akan mula dijual di HEP dengan sedikit murah harganya berbanding harga tiket semasa. Sememangnya destinasi ke Melaka atau Puduraya ada sebelum ini. Hanya perlu tunggu jadual perjalanan di keluarkan.

Tetapi keperluan bas ketika cuti semester sememangnya agak sukar dilaksanakan keranan penggunaan bas bagi aktiviti ketika cuti semester adalah tinggi. Harap maklum.

Pihak MPP juga mohon maaf jika permohonan sdri tidak di penuhi kerana permintaan melebihi pengangkutan. Pihak MPP melihat prioriti yang lebih utama sekiranya pertimbangan diperlukan dalam kes-kes seperti ini.

75 aduan [ by siti nur izzati binti mohammed on Sun 05th Jul 09, 8:06pm]
Aduan mengenai connection internet yang sangat slow di blok hujung kolej Tun Fatimah.

Jawapan :

Pihak MPP memerlukan maklumat lebih tepat iaitu, blok mana? Aras dan bilik... Harap maklum

74 kemudahan [ by Mohd Jazlan Bin Mad Said on Sun 05th Jul 09, 10:09am]
di Kolej kediaman Perwira ketiadaan kemudahan untuk meletak kenderaan seperti tempat letak kendaraan tidak mempunyai bimbung untuk melindungi kenderaan dariapada terkena cahaya matahari yang terik dan hujan. Jika tidak ada bumbung tempat letak kenderaan, kendaraan berkemungkinan akan mudah rosak. Selain itu, cafeteria yang sedia ada tidak mampu pelajar yang ramai dan dharapkan dapat menambah sebuah cafeteria. syay berharap pihak MPP dapat melakukan perubahan. Tterima kasih

Status : dalam proses MPP untuk berbincang dengan pihak bertanggungjawab.

PIC – Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP

73 kelas khas [ by surianto bin aris on Sat 04th Jul 09, 8:52pm]
assalamualaikum,
semenjak kemasukan saya ke sini,saya melihat ramai pelajar mengelak untuk bercakap dengan orang asing terutamanya pelajar melayu .Hal ini kerana,mungkin kebanyakan mereka tidak fasih untuk bercakap dalam bahasa english.Maka dengan itu,saya mewakili pelajer kolej kediaman wujudkahkah kelas istimewa bagi pelajar yang lemah dalam english terutamanya pelajar degree yang tidak ada subject english ? Oleh itu,saya cadangkanlah Majlis Perwakilan Pelajar untuk mempertimbangkan cadangan saya untuk mengadakan kelas bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam english terutamanya dalam pertuturan bahasa english.

Jawapan : update 10/07/2009

Waalaikumussalam w.b.t

Berkenaan hal ini, tidak dinafikan bahawa fenomena ini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini. Namun demikian, lemah dalam bahasa inggeris bukan sahaja berlaku pada pelajar dari malaysia, bahkan juga pelajar luar negara sendiri. Oleh yang demikian, PPKK telah mewujudkan kelas UMB 1011: English for academic purposes, Technical writing, technical communication, English Language Speaking Programme (ELSP) dan banyak lagi kursus yang diwajib atau dibuka kepada para pelajar untuk sertai bagi meningkatkan mutu bahasa inggeris di kalangan pelajar. Namun, perubahan yang berlaku amat sedikit kesannya ke atas para pelajar kerana faktor kesedaran terhadap peri pentingnya bahasa global itu serta kelemahan asas bahasa inggeris sejak di bangku sekolah lagi.

Namun, cadangan anda akan diteliti sendiri oleh saya, selaku Pengerusi Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar yang mana salah satu tunjang perjuangan saya ialah untuk meningkatkan mutu bahasa inggeris di kalangan mahasiswa UTHM. Terima kasih atas cadangan dan aduan yang diberikan. Insya Allah, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi permasalahan ini. Semoga anda bersama-sama saya dalam perjuangan ini.

Sekian,

Sia Chai Fuat@Mohd Fuad
Pengerusi
Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
+60167803771
fuad.mpputhm@gmail.com


72 Minggu Haluan Sisiwa [ by ell_lika on Sat 04th Jul 09, 8:07pm]
Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Saya merupakan wakil JKK daripada Kolej Kediaman Tun fatimah dan bersuara bagi pihak JKKTF. Tanggal 3/7/09, kami ada mendengar berita yang kurang enak daripada seorang rakan yang telah menghadiri post mortem MHS yang diadakan setelah selesai malam penutup MHS. JKK telah dipertikaikan cara kerja sepanjang MHS berlangsung semasa MHS tersebut. Kami tidak berpuas hati kerana tidak dapat mempertahan diri kami. Kami tidak dikhabarkan mengenai perubahan maklumat. Bukankah matlamat sebenar Post Mortem MHS kali ini adalah untuk menambah baik MHS akan datang? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan tanpa mengambil kira idea & penambahbaikan daripada pihak JKK. Kami amat berkecil hati kerana tidak dapat menyuarakan pendapat dan memberi cadangan penambahbaikan. Seolah-olah pendapat kami tidak diperlukan. Adakah kami sekadar boneka untuk menanti arahan tugasan daripada pihak urusetia SAHAJA!! ???????? Seolah-olah kami tidak penting. Diharap pihak urusetia menghormati kami iaitu JKK.

Yang benar,
Nur Alkaf Abd Karim
S/U JKKTF.

Berani kerana Benar!

Jawapan :

Wa`alaikummussalam & salam perpaduan

Pihak MPP sedia maklum mengenai permasalan ini. Ianya merupakan salah faham. Pihak MPP telah mengaturkan Post Mortem susulan masalah ini pada Jumaat ini ( 10hb Julai 2009 ) 8.30 pm di DK 1 bagi membetulkan keadaan. Pihak MPP memohon maaf atas kesulitan pihak JKK akibat salah faham mengenai tarikh Post Mortem lepas.

“ Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih “

Di sini saya selaku Yang Di-Pertua mengharapkan sekiranya terdapat kekeliruan sebelum ini dapat diperbetulkan pada Post Mortem kali ini. Memandangkan kita adalah sama objektif dalam menjaga kebajikan pelajar yang membezakan peranan dan target sasaran perkhidmatan. Satu kampus, Satu Malaysia.

“ Penggerak Agenda Mahasiswa”

Yang benar,

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua MPP Sesi 08/09
:D

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.