Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

89 kolej melewar [ by LALA on Sun 26th Jul 09, 2:33am]
Salam...
saya adalah salah seorang pelajar juga mewakili pelajar lain yang menetap di kolej melewar.Ada 2 perkara yang ingin saya suarakan disini:
1) kemudahan pengangkutan
disini saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati terhadap driver van yang tidak menepati masa pengangkutan mengikut jadual yang telah ditentukan.Ini amat menganggu masa kami ke kuliah.Mereka juga seringkali meminta kami menandatangani laporan perjalanan mereka walhal mereka tidak menjalankan tugas menghantar/mengambil pelajar pada waktu tersebut.Saya harap pihak mpp dapat membantu untuk memantau permasalahan ini terutama kepada driver yang muda-muda.

2)kemudahan cafe
Diharap pihak mpp dapat mencadangkan kepada pihak uthm supaya menubuhkan sebuah kafeteria di dalam kolej kediaman kami.Ini kerana kami sukar untuk mendapatkan makanan dan ini juga akan mempengaruhi keselamatan kami yang terpaksa mendapatkan makanan di luar kolej terutamanya pada waktu malam dan bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan.Keadaan ini akan menjadi lebih rumit pada bulan puasa yang akan datang dimana kami sukar untuk mendapatkan makanan pada waktu sahur dan berbuka.

saya berharap agar tindakan segera dapat diambil berkenaan permasalahan ini. Segala jasa dan kerjasama pihak mpp amat saya hargai.
Sekian teriama kasih.....


87 Pengangkutan Van di Melewar. [ by Penghuni Kolej Kediaman Melewar. on Fri 24th Jul 09, 12:59pm]
Assalamalualikum dan salam sejahtera..

Saya sebagai wakil penghuni kolej kediaman Melewar ingin membuat aduan mengenai masalah pengangkutan (Van) di kolej kami. Berikut merupakan beberapa pekara yang tidak puas hati ingin kami adukan:-

1) Van tidak mengikut jadual perjalanan.
2) Sesetengah pemandu van meminta pelajar menanda tangani bahagian kolum waktu perjalanan yang tidak sepatutnya.Contoh seperti waktu naik 10.15am, pemandu suruh isi sampai pukul 10.15,10.30 dan 10.45am.(kira penipuan jadual dan tandatangan)

- Ada juga pemandu yang vannya kosong, tetapi meminta tandatangan pelajar di bahagian van yang satu lagi.

(p/s: nak tahu, kalau van tu kosong kena jalan ikut masa juga ke?, dah penuh van pun kena tunggu waktu perjalanan ke baru van nak jalan?.)

Kami berharap pihak MPP dapat menyiasat dan membuat pemantauan bagi kes ini.
Kerana setiap tandatangan adalah berharga (boleh dijadikan bahan bukti).


Keperihatinan dan tindakan yang diambil amat kami hargai...Sekian terima kasih

JAWAPAN ADUAN NO. 89 & 87

1) Bagi aduan isu pengangkutan, pihak MPP telah membuat aduan secara bertulis pada hari ini(27hb Julai 2009) kepada pihak pengusaha pengangkutan... Kita sama-sama tunggu maklumbalas daripada pihak pengusaha.



2) Untuk isu kafeteria di Kolej Kediaman Melewar, pihak Unit Perumahan HEP masih menunggu tawaran daripada mana-mana pengusaha setelah pengusaha yang pertama dipertimbangkan telah menolak tawaran kerana menghadapi masalah. Pihak MPP akan mengusulkan kepada JKK Melewar untuk mengambil tindakan susulan bagi proses seterusnya. Harap maklum.

3) Pihak MPP juga ingin memaklumkan perkhidmatan pengangkutan hanya akan bergerak mengikut jadual samaada van kosong atau penuh. Ianya untuk kebaikan mahasiswa kerana sebelum ini pemantauan sukar dilakukan kerana sekiranya sistem tersebut digunakan, apabila berlaku masalah jadual, pemandu dapat memberi alasan van mereka bergerak awal kerana van sudah penuh. Maka mahasiswa yang datang tepat pada waktu akan membuat aduan van tiada pada waktu seperti dalam jadual. Harap pihak mahasiswa dapat bersabar dalam beberapa minit bagi memastikan pengusaha perkhidmatan mengikut jadual dengan tepat tanpa ada alasan berbangkit kemudian.

Sekian, Terima kasih.

"PENGGERAK AGENDA MAHASISWA"

:D

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.