Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

UTHM Raih 10 Emas Sempena MASUM 2009 Cetak Emel

UTHM Raih 10 Emas Sempena MASUM 2009

Karnival Sukan MASUM 2009 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta rekod di Putrajaya apabila buat julung-julung kalinya muncul sebagai Juara Keseluruhan Berganda di Karnival Sukan Air MASUM 2009. UTHM Paddlers telah berjaya menyapu bersih Pingat Emas bagi Acara Rowing Wanita dan muncul sebagai Juara keseluruhan bagi acara Rowing Wanita serta Rowing Lelaki.

UTHM juga telah muncul sebagai Johan bagi acara Bola Sepak Divisyen 1 apabila berjaya menewaskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 4-0 pada perlawanan akhir Fasa 1 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pasukan Hoki UTHM pula telah berjaya muncul sebagai Naib Johan Divisyen 2 apabila tewas 1-2 kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Berikut adalah keputusan penuh pingat yang diperolehi oleh UTHM sempena Karnival Sukan MASUM 2009 yang diadakan pada 13 hingga 28 Mei 2009 yang lalu.

Acara

Pingat

Emas

Perak

Gangsa

Rowing

5

-

-

Ergometer Machine Rowing

2

-

1

Kayak

1

1

4

Bola Sepak (Divisyen 1)

1

-

-

Pencak Silat

1

2

2

Hoki (L) Divisyen 2

-

1

-

Boling Padang

-

-

1

Jumlah Keseluruhan Pingat

10

4

8

Tahniah diucapkan kepada Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK) khususnya dan para atlit UTHM yang telah dapat mengharumkan nama UTHM dalam bidang sukan.

Terima kasih juga kepada YBhg. Dato' Naib Canselor kerana telah memberi sokongan yang padu kepada Unit Sukan, PKSK.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.