Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

12 comments

Kolej Kediaman Bandar Universiti & Kolej Kediaman Taman Kelisa

LAPORAN STATUS KOLEJ KEDIAMAN BARU


Pihak MPP telah melakukan pemantauan dan membuat beberapa siri perbincangan dan telah melakukan 4 kali lawatan tapak sepanjang pembangunan di kolej-kolej baru bagi menjamin hak dan kebajikan pelajar UTHM. Berdasarkan pemerhatian pihak MPP telah melihat hasil usaha Pihak Unit Perumahan, Pejabat HEP yang menunjukkan inisiatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit. Pihak MPP memuji usaha keras yang telah ditunjukkan. Perbincangan yang melibatkan pihak MPP adalah usaha murni bagi melibatkan wakil pelajar dalam memastikan kebajikan pelajar terjaga.



Lawatan Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama Pihak Pengurusan Universiti & Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ke Kolej Kediaman Bandar Universiti

Dari kiri :
Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ,
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Mohd Khairil Iqmal B Ghazali, Pengerusi Jabatan Perhubungan & Antarabangsa MPP
Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin
, Naib Canselor

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN BANDAR UNIVERSITI


Maklumbalas tentang Fasiliti umum di bilik Kolej Kediaman ini menurut rumah contoh yang telah disiapkan adalah seperti berikut:

1. Spesifikasi

Sebuah bilik dihuni oleh 6 orang siswa/I berkonsepkan dom yang telah dibahagikan kepada 3 blok, dimana 1 blok dihuni oleh 2 orang siswa/i.



KOLEJ KEDIAMAN TAMAN KELISA

Spesifikasi


Sebuah bilik dihuni oleh 2 orang siswa berkonsepkan aras. Sebuah aras terdapat 6 buah bilik. Menurut pihak Pejabat HEP, setiap aras akan dibekalkan dengan sebuah mesin basuh dan televisyen. Bilik dirumah ini agak lebih luas dan selesa daripada bilik di Taman Bandar Universiti.



* Pihak MPP akan terus memantau perkembangan terkini dan berharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama terlebih dahulu bagi yang menetap di Kolej baru ini di mana segala kekurangan boleh dimaklumkan kepada kami untuk kami bawa ke peringkat yang bertanggungjawab.... harap maklum



12 comments

  1. Fadzil
  2. Fadzil
  3. Anonymous
  4. Anonymous
  5. Anonymous
  6. ex-tf
  7. Anonymous
  8. Anonymous
  9. ex-tf xpuas ati
  10. ex-tf xpuas ati
  11. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.