Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

ANDA TANYA, KAMI JAWAB......

bas [ by amal on Tue 28th Apr 09, 10:32pm]
PERTAMA:saya nak kemukakan cadangan mengenai perkhidmatan bas dan van dimana masa perjalanan adalah tidak konsisten/tidak tetap, serta kurang profesional.

- letakkan waktu perjalanan bas dan van di perhentian bas supaya pelajar tidak keliru mengenai masa bas dan van tiba.
-pelajar dapat membuat aduan dengan lebih tepat apabila waktu tersebut diletakkan.
-ada kes apabila saya dan rakan-rakan bertanya mengenai waktu bas tiba.pemandu menjawab bas(perwira) tiba pada pukul 9, 9.30 dan seterusnya. padahal, kami telah menunggu bas pada pukul 8.45.malangnya, tiada bas yang tiba pada pukul 9.sejak saya dari tahun 1 sehingga tahun akhir, tiada perubahan ditunjukkan walaupun sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan membuat aduan rasmi. oeh itu saya harap MPP pada kali ini dapat mengambil tindakan bijak dengan kuasa yg telah diberikan.

KEDUA:saya dapat berita x rasmi mengatakan konvo pada tahun ini diadakan di JB.saya dan rakan-rakan amat terkejut dan sangat kecewa apabila mendengar berita ini. ini kerana, mungkin inilah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki di ''bumi UTHM'' ni.so, please..do something.. kami nak rasa jugak jadi warga UTHM buat kali terakhir..
jadi, dengan jawatan dan ''apa2'' yg korang dapat, tolong lah kami ni..
jasa korang amat kami hargai..
terima kasih..

Jawapan :

Terima kasih atas aduan dan cadangan yang telah dibuat…Kami selaku MPP berbesar hati di atas kerjasama yang diberikan daripada pihak pelajar…

Respon aduan Pertama.

Untuk makluman, jadual bas dan van telah di gubal mengikut keperluan pelajar dan berkuatkuasa pada 16 mac yang lepas. Pada 15 mac bersamaan hari ahad pukul 9.00 mlm telah diadalan dialog mahasiswa (isu Pengangkutan) dan penjelasan berkaitan dengan jadual baru. Dialog mahasiswa ini berlangsung serentak di Kolej Kediaman Perwira dan Melewar. Sistem kali ini setiap pergerakan bas dan van akan dicatit pergerakan keluar dan masuk oleh Pengawal keselematan dari kolej Kediaman ke induk dan kampus Bandar dan sebaliknya. Pemandu dikehendaki melengkapkan pergerakkan sebanyak 30 trip sehari dengan kekuatan 5 buah bas dan 15 buah van. Sekiranya bas dan van tidak melakukan pergerakkan ataupun melakukan pergerakan kurang daripada 30 trip akan di denda. Melalui sistem ini pihak kami dapat mengenalpasti aduan pelajar tersebut berasa atau tidak melalui rekod pergerakan bas yang dibuat. Setiap aduan yang dibuat akan disemak di dengan pengawal keselamatan bagi membuktikkan bahawa aduan tersebut benar. Kemuncaknya pada 17 April di mana Pegawai Keselamatan telah membentangkan laporan pergerakan bas dan van tersebut di hadapan TNC HEPA. Banyak perkara yang akan di perbaiki bagi melicinkan lagi system pergerakan bas dan van. Walau bagaimanapun sejak pelancaran jadual baru tersebut aduan terhadap bas dan van telah berkurangan. Alhamdullilah.

Tetapi yang mengecewakan tidak sampai 20 % penghuni kolej yang hadir semasa dialog mahasiswa dibuat. Apa yang menyedihkan pihak kami apabila pelajar mahukan aduan mereka di beri maklumbalas secepat yang mungkin tetapi bila pihak MPP cuba memberi maklum balas dengan baik pelajar tidak memberi kerjasama yang baik. Rentetan daripada pekara itu dengan mudah pengadu membuat spekulasi bahawa MPP tidak melakukan kerja. Setakat ini pelajar yang membuat aduan adalah dikalangan pelajar yang tidak mengetahui jadual bas baru. Apapun MPP akan cuba menjawab setiap aduan yang pelajar buat. Setiap cadangan yang anda berikan amat kami hargai…mohon kerjasama dari pihak anda untuk terus memberikan kerjasama. Jikalau pihak anda ingin melihat bukti pergerakkan bas dan van boleh lah berhubung dengan Pegawai Keselamatan En. Yusuf Romli.

Respon aduan kedua

Pada 31 Mac yang lepas, MPP UTHM telah mengadakan mesyuarat bersama Naib Canselor. Antara perkara yang dibincangkan adalah Tempat Konvokesyen. Pada asalnya memang Konvokesyen kali ini akan dibuat di Persada, JB. Selaku MPP, kami teguh dengan pendirian kami untuk mengajukan kehendak pelajar untuk mengadakan Konvokesyen di UTHM. Maka di akhir usul disampaikan NC telah BERSTUJU dengan memberi syarat salah seorang ibu/ bapa sahaja yang dibenarkan masuk ke dewan konvo. Ini kerana kapasiti dewan tidak dapat menampung jumlah graduan. Kini dengan rasminya Konvokesyen Ke-8 akan diadakan di UTHM setelah dipersetujui oleh SENAT baru-baru ini..


Yang benar,

Amir Hamsah Bin Arifin
Pengerusi Kebajikan & Pengaduan Awam
Menjawab b/p YDP


tarikh konvo.. [ by budak sabah on Thu 07th May 09, 4:01pm]
salam..
bukan nak mengadu.. juz nak minta mPP dapatkan tarikh-tarikh cadangan majlis konvo. tarikh tu penting untuk tempahan tiket kapal terbang graduan dan parents dari BORNEO ke semenanjung. makin lambat tempah,makin mahal harga tiket. kalau dapat tarikh sebenar lagi o

Jawapan :

Berkenaan tarikh Majlis Konvokesyen, setakat ini tarikh yang telah MPP maklum tarikh sebenar adalah pada 8,9,10 Ogos 2009....... harap maklum.......

Yang benar,

Mohammad Khairul Izzat Bin Ariss
Timbalan Yang Di-Pertua
Menjawab b/p YDP

Majlis Konvekesyen ke-8 UTHM [ by riyaz on Sun 10th May 09, 4:55pm]
Assalamualaikum,

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyediakan perkhidmatan aduan secara online seperti ini kepada pelajar2 UTHM.

Isu yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan Majlis Konvekesyen ke-8 UTHM dimana antara syarat2 terkandung dalam perbincangan dengan Dato'' NC, dimana hanya seorang sahaja (bilangan) dibenarkan masuk kedalam majlis istiadat konvekesyen.

Saya mewakili pelajar tahun ahkir yang lain, berpendapat bahawa syarat ini agak kurang relevan walaupun faktor kapasiti yang menjadi ukuran dalam penentuan akan syarat tersebut. Antara rasional yang mungkin saya sempat bangkitkan adalah bekenaan peluang ibu dan bapa untuk melihat anak mereka menerima scoll secara langsung dalam satu majlis adalah satu detik yang amat manis selepas mereka bertungkus lumus membesarkan kita sehingga berjaya menjejak kaki ke menara gading.

Oleh yang sedemkian, adalah wajar kepada mereka untuk mendapat peluang untuk melihat sendiri bagaimana anak mereka menerima ijazah masing2. Para pelajar tahun akhir berpendapat, situasi seperti ini akan menjadikkan pelajar berasa serba salah untuk memilih siapakah orang yang patut diberi peluang masuk. Contoh, pelajar terpaksa memilih antara ibu atau bapa untuk masuk kedalam istiadat konvekesyen, dimana saya yakin pemilihan ini amatlah berat sekali.

Berikutan itu, saya ingin mencadangkan beberapa cadangan agar bilangan wakil pelajar boleh dikekalkan kepada dua (2) wakil seorang. Antara cadangan adalah seperti berikut:-

1. Sesi istiadat dilanjutkan tempoh daripada 3 hari kepada 4 atau 5 hari bergantung kepada bilangan pelajar yang akan grade.

2. Sesi istiadat diadakan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam) untuk memastikan semua pelajar akan tamat menerima ijazah masing2 dalam tempoh 3 hari tersebut.

3. Tempat istiadat ditambah menjadi 2 tempat. Cadangan penambahan adalah di Dewan Peperiksaan F2 atau di Komplex G3 (dewan A) atau di Persada, Johor.

Semoga pemohonan kami (semua pelajar tahun akhir yang layak untuk grade) untuk mengekalkan bilangan wakil pelajar kepada 2 orang setiap pelajar akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Jawapan :

K.I.V = Dalam proses ..... akan dikemaskini selepas mendapat jawapan.........

nak Tanya Tentang Sistem Pos [ by keyroolz on Thu 19th Mar 09, 3:50pm]
sy igin tahu bagaimana sistem pos berfungsi di uthm ni?
sbagai contoh,
sy tgal di kolej kediaman melewar, jika barangan dipos ke sini...yg pasti brg tu mesti sampai ke pejabat pos parit raja kan?
persoalan sy, adakah brg dr pejabat pos parit raja akan terus di hantar ke kolej kediaman melewar????dan sy hya perlu mengambil brg itu di pejabat melewar???
ke brg tu dr pejabat pos parit raja dihantar ke kampus utama uthm dulu baru di agihkan mengikut kolej kediaman?
tlg jwb dgn secepat mungkin..
terima kasih byk2...

Jawapan :

Salam..

Menjawab kepada soalan saudara, disini ingin diperbetulkan bahawa segala surat-surat yang dihantar kepada alamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah tidak akan dihantar ke pejabat pos parit raja terlebih dahulu, bahkan akan terus dihantar ke Pejabat Pendaftar UTHM… apabila surat2 ini smpai ke Pejabat Pendaftar… Unit Pengurusan Sistem akan membahagi-bahagikan dan merekod surat tersebut mengikut kolej-kolej kediaman, pejabat-pejabat tanggungjawab (PTJ), pejabat-pejabat pentadbiran,fakulti-fakulti dan lain-lain lagi… pada setiap hari, seorang staf yang ditugaskan dari kolej kediaman atau pun dari pejabat-pejabat tersebut akan mengmbil surat mengikut pejabat masing-masing untuk diberikan kepada yang empunya surat..

Bagi surat-surat pelajar yang dihantar menggunakan alamat kolej kediaman, mereka boleh mendapatkan surat tersebut dikolej-kolej kediaman.. cara pembgian surat tersebut kepada pelajar adalah bergantung kepada pentadbiran kolej kediaman tersebut samada secara dengan meletakkan surat tersebut dipejabat kolej kediaman dan pelajar akan mengmbil sendri surat tersebut atau dengan menelefon atau membuat announcement… itu adalah bergantung kpd kolej kdiaman tersebut.

Biasanya surat yang dihantar menggunakan pos biasa atau pos laju, pelajar boleh mendapatkannya dalam masa 3-5 hari… manakala bagi courier, pelajar boleh mendapatkannya dalam masa 1-2 sahaja dari tarikh surat diposkan…adalah diingatkan bahawa pelajar perlu mendapatkan dan memeriksa surat yana dihantar dikolej kediaman terlebih dahulu,.. sekiranya tiada dikolej kediaman barulah boleh memeriksanya dipejabat pendaftar..

Adalah digalakkan disini bahawa, sekiranya pelajar ingin surat mereka selamat sampai dan diterima… pelajar perlulah menulis nama penuh, no kad metric, no tel (jika perlu),alamat kolej kediaman, dan alamat Universiti yang lengkap…pelajar juga digalakkan menggunakan pos laju,pos express atau courier2 yang berdaftar berbanding pos biasa yang menggunakn setem supaya sekiranya berlaku kelewatan, pihak pej. Pendaftar boleh membantu memndapatkan suratsurat tersebut… tersebut menggunakn no siri yang terdapat pada

Yang benar,

Mazni Bin Sariff
Pengerusi jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah
Menjawab b/p YDP


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.