Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Agama Islam dan Kedudukan dalam PerlembagaanPERUTUSAN BULAN MEI YDP MPPUTHM SESI 08/09


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan


UTHM 2 Mei - Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya memberi perutusan bagi bulan Mei.

Sesungguhnya jawatan ini satu amanah Allah S.W.T yang seharusnya saya pikul dengan rasa penuh tanggung jawab dan jujur. Dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa, sudut yang harus dilihat ialah sejauh mana kefahaman mahasiswa terhadap peranan utama organisasi yang dikenali sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Fungsi utama MPP ialah sebagai medium pengantara di antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti. Dalam erti kata lain, MPP berperanan untuk menyampaikan segala permasalahan yang dialami oleh para mahasiswa ke pihak universiti dan jika perlu, ke pihak yang lebih tinggi dalam usaha memastikan permasalahan itu selesai atau terjawab.

Dalam keadaan sekarang adalah penting untuk mahasiswa untuk bersatupadu agar suara mahasiswa lebih didengari dalam memastikan agenda kebajikan mahasiswa didengari. Memandangkan kita hidup dalam masyarakat majmuk, suasana harmoni yang telah wujud haruslah dikekalkan. Perbalahan akan sentiasa wujud di mana-mana kerana naluri semulajadi manusia yang mempunyai pelbagai pemikiran akan melahirkan ideologi yang berlainan. Tetapi bila kita bercakap soal Agama, Bangsa dan Negara seharusnya ianya mendapat keutamaan di mana individu atau kumpulan-kumpulan tertentu dapat menyingkirkan kepentingan peribadi dalam menjayakan agenda perpaduan bagi menjamin keharmonian kampus.


Bersyukur kerana saya dapat meluangkan waktu walaupun pada dasarnya sepatutnya saya pergi pada 2hb dan 3hb Mei 2009 ke bengkel pembentangan kertas kerja bagi konvesyen MPP Se-Malaysia. Tetapi memandangkan saya masih mempunyai kertas bagi peperiksaan akhir pada 5hb ini maka saya meminta seorang sahabat, ahli MPP yang sudah habis kertas untuk pergi ke bengkel tersebut mewakili pihak saya, walaupun sebenarnya beliau sudah mempunyai komitmen lain, tapi masih sanggup menolong saya yang sememangnya kepenatan dalam minggu ini dengan pelbagai isu pastilah hanya Allah S.W.T yang dapat membalas pengorbanan beliau. Sudah pastilah sukar untuk saya dalam meluangkan waktu untuk membalas segala komen memandangkan kerja-kerja MPP yang sudah sedia ada. Dalam keadaaan peperiksaan akhir ini, saya juga dalam penyelidikan bagi membuat kertas kerja untuk pembentangan semasa konvensyen MPP. Dengan beberapa isu yang memaksa saya untuk campur tangan menyebabkan jadual saya yang sudah sedia padat bertambah padat dalam usaha memastikan kebajikan pelajar yang menjadi modus operandi utama saya sebagai MPP tercapai. Pastilah ia menuntut pengorbanan yang tinggi dalam saya memastikan akademik saya turut terjaga. Saya juga ingin berkongsi pengalaman dalam menghadapi kesukaran untuk memberi penjelasan kepada pensyarah-pensyarah berkenaan mengenai tugas-tugas MPP yang menyebabkan saya terpaksa tidak hadir ke kuliah dan sering menghantar tugasan lewat berbanding pelajar lain. Istilah datang ke sini untuk belajar atau menjadi MPP pastilah terngiang-ngiang di telinga ahli MPP memandangkan pengalaman dua tahun saya menjadi MPP.


Saya mengambil kesempatan untuk memberi pandangan beberapa isu yang saya di minta membuat penjelasan. Berkenaan isu Penentuan Status Agama Anak adalah melibatkan isu sensitif kerana mempunayi unsur keagamaan. Kita perlu melihat daripada perspektif sebagai seorang Islam kerana di dalam perlembagaan telah meletakkan Agama Islam itu sebagai Agama Rasmi Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 :

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dalam hal ini pasti timbul kegusaran kepada penganut bukan Islam. Penjelasan-penjelasan yang meyakinkan juga harus di berikan kepada mereka dalam menjaga keharmonian yang sudah sedia ada wujud. Seperti di dalam perenggan Perkara 3 (1) ; Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan sepatutnya sudah memadai dengan implementasi di negara ini di mana kita lihat penganut agama lain bebas untuk menunaikan kewajipan mereka dan juga pemberian cuti-cuti khas perayaan keagamaan. Penganut bukan Islam perlu memahami kewajaran penganut Islam dalam mempertahankan beberapa perkara mengenai hak-hak Islam, pastilah sekiranya hak-hak ini diperkatakan sehingga melampaui batasan akan mencetuskan perasaan tidak senang umat Islam. Adalah penting hal-hal sensitif ini di bendung sebelum ianya menjadi barah sentimen keagamaan sehingga boleh tercetusnya perkara yang lebih besar seperti peristiwa 13 Mei. Pendapat saya, adalah perlu dalam kes-kes seumpama ini dengan mendengar dahulu daripada pelbagai pihak yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam seperti Majlis Fatwa sebelum memutuskan sesuatu dasar yang melibatkan agama Islam walaupun Kabinet mempunyai beberapa kuasa tertentu dalam penentuan dasar. Dalam kes ini Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan. (4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya, sepatutnya sudah memadai untuk kita merungkap kes ini.

Untuk pendapat berkenaan isu sosial, isu keselamatan pelajar lelaki dan perempuan keluar masuk berdua-duaan di dalam kereta juga permasalahan yang harus dilihat dengan mendalam. Seperti mana yang kita lihat penguatkuasaan larangan tersebut dilihat berjaya di Kolej Kediaman Melewar dan Perwira. Masalah utama adalah di lihat berlaku di pintu masuk utama Kampus Induk di mana penguatkuasaan untuk itu di lihat bermasalah kerana tiada peruntukkan di dalam mana-mana pekeliling universiti bagi menghalang perkara ini berlaku. Walaupun jauh di sudut hati saya, secara peribadi menyokong salah satu usaha pencegahan gejala sosial yang di cadangkan, saya juga harus melihat aspek pelaksanaannya tidak akan menyusahkan pelajar dan pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Cadangan bagi MPP mengusulkan cadangan ini saya akan usulkan kepada Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah MPP yang akan bermesyuarat dengan setiap Biro Kerohanian dan Etika Jawatankuasa Kolej Kediaman pada 3 Mei 2009 dalam motif rancangan usaha menaikkan sahsiah pelajar. Pastilah cadangan-cadangan tersebut akan mengalami permasalahan-permasalahan sampingan seperti kesesakan yang berlaku sekiranya pada waktu-waktu puncak dilaksanakan perkara ini dan definisi berdua-duaan di dalam kereta bagi yang Islam dan bukan Islam dan kelongaran-kelongaran untuk kes-kes khas yang pasti akan berlaku kemudian hari. Semuanya akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum daripada peringkat saya sebagi YDP akan melihat hasil perbincangan mesyuarat tersebut untuk di bawa ke mesyuarat MPP bagi penghasilan proposal atau kertas kerja kepada pihak universiti.


Untuk isu masa kemasukan pelajar perempuan yang di cadangkan pada 10 malam dan hangat diperdebatkan di blog ini. Saya telah cuba melihat dalam pelbagai aspek yang perlu di berikan perhatian. Pastilah cadangan ini dilihat salah satu usaha dakwah bagi membanteras gejala-gejala tidak sihat yang dibimbangkan pencadang mungkin akan berlaku pada lewat malam jika tiada langkah pencegahan konkrit di buat.


Ini membawa kembali kenangan saya kepada rumah saya di kampung. Ketika waktu kecil saya bersama-sama adik-beradik lain sememangnya telah di ajar dalam suasana konservetif di mana kawalan tradisional yang agak ketat. Selepas balik mengaji, kami akan mengulangkaji pelajaran atau beristirehat di depan televisyen bersama-sama keluarga. Paling tidak kurang pun bermain-main bersama-sama jiran di pekarangan luar rumah. Pastilah kekangan-kekangan ini yang membentuk jatidiri saya sekarang tetapi dalam saya menginjak usia ke alam remaja sedikit kebebasan telah diberikan kepada saya sebagai anak lelaki untuk balik pada lewat malam itupun dengan kebenaran keluarga atas-atas sebab tertentu yang munasabah. Dalam pada itu, sememangnya adik-beradik perempuan, diberikan kawalan yang lebih ketat oleh keluarga atas memenuhi nilai-nilai murni tradisi.

Implementasi penyesuaian kawalan waktu di universiti kepada kaum hawa di lihat seperti cadangan yang menarik untuk saya sokong. Tetapi setelah melihat secara mendalam pastilah kita perlu melihat kembali kepada tujuan asal cadangan tersebut telah melebihi keraguan munasabah kerana akan menyusahkan pelajar-pelajar perempuan yang mempunyai urusan akademik dalam bentuk-bentuk perbincangan dan lain-lain perkara. Walhal pukul 12 pun kadang-kadang mempunyai kekangan tertentu kepada pelajar-pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja akademik ini. Pastilah sepatutnya pelajar-pelajar sedar untuk menyiapkan kerja yang memerlukan perbincangan antara lelaki dan perempuan secara berkumpulan perlu dilakukan sebelum detik 12 malam. Saya melihat dasar jam 12 adalah kelonggaran yang diberikan bagi memudahkan urusan akademik pelajar.


Saya juga telah mencari banyak sumber-sumber tetapi tidak mejumpai nas-nas yang dapat menyokong pelaksanaan cadangan tersebut walaupun bertujuan untuk mencegah kemungkaran. Saya beranggapan pelajar-pelajar ini pastilah berniat baik bagi tujuan duduk berbincang dalam kewajipan mereka mengejar ilmu. Saya kembali merujuk beberapa pemberat dalam menuntut ilmu bagi menguatkan hujah saya untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada pelajar perempuan di kampus.


Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”


Riwayat Ibnul Abdil Barr.


Timbul persoalan; apakah ilmu yang wajib dituntut? Adakah ilmu agama sahaja atau ilmu-ilmu lain? Dalam perbincangan ulama, Al-Ghazali (1988) menyebutkan bahawa kerana adanya Alif Lam pada perkataan itu ( العلم ) maka ia menjadi ma’rifah. Jadi ilmu yang wajib dituntut itu ialah ilmu agama sahaja. Ilmu lain tidak sampai ke martabat wajib. Walau pun demikian, Al-Ghazali (1975) membahagikan wajib itu kepada dua jenis, iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain ialah segala macam ilmu untuk mengenal Allah, mengetahui sifat-sifat Allah, mengetahui perkara ghaib, mengetahui cara beribadat, halal dan haram, mengetahui ilmu yang berkaitan dengan menjaga hati dan amalan hati, seperti sabar, ikhlas, hasad, ujub, takabur dan sebagainya. Di sinilah lahir istilah-istilah ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf. Di tampat yang lain Al-Ghazali (1988) mengistilahkan dengan ilmu Mu’amalah dan ilmu Mukasyafah. Semua ini dipanggil Ilmu Syara’. Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang perlu diketahui untuk keperluan dan keselesaan hidup di dunia. Tanpanya manusia menempuh kesusahan dan tidak dapat menyempurnakan tuntutan Fardhu Ain. Contohnya seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, perindusterian, matematik, ekonomi, politik dan lain-lain. Maksud Fardhu Kifayah ialah cukup jika ada seorang daripada satu kumpulan orang Islam yang belajar ilmu itu dan semua orang dalam kumpulan itu terlepas daripada dosa. Sebaliknya jika tidak ada seorang pun dalam kumpulan itu yang mengetahui ilmu ini, maka semua orang dalam kumpulan itu berdosa (Al-Ghazali, 1988).


Selain itu saya juga berpendapat masa belajar berkumpulan antara lelaki dan perempuan juga haruslah mematuhi adab-adab kesopanan yang dituntut islam. Masa sehingga jam 12 malam perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin dan atas dasar untuk mempermudahkan urusan pelajar dalam menuntut ilmu. Saya telah merujuk artikel karangan Hafiz Firdaus Abdullah seperti di bawah.


Terdapat tiga cara utama untuk mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala apabila berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori pertama ini. Sebelum menyenaraikan cara-cara tersebut, ingin saya tegaskan bahawa seseorang itu hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa sesuatu kepelbagaian pendapat tersebut benar-benar duduk dalam kategori pertama ini. Jika ragu-ragu atau tidak pasti, cara-cara yang bakal disenaraikan di bawah tidak boleh dipraktikkan.


Pertama: Menerima Dan Mempraktikkan Semua Pendapat.

Jika di dalam sesuatu perkara terdapat kepelbagaian pendapat, hendaklah diterima dan dipraktikkan semua pendapat yang wujud dalam kepelbagaian tersebut. Tidak boleh menerima satu pendapat sahaja kerana ia bererti menyempitkan sesuatu yang luas. Tidak boleh mempraktikkan satu pendapat sahaja kerana ia akan memberi sangkaan kepada orang awam bahawa dalam perkara tersebut hanya ada satu pendapat. Malah, sangkaan tersebut akan beralih kepada satu keyakinan palsu bahawa hanya apa yang dipraktikkan adalah betul manakala praktik lain adalah salah.


Kedua: Memberi Prioriti Kepada Usaha Lain Yang Lebih Penting.

Tidak dinafikan bahawa di dalam sesuatu kepelbagaian pendapat, seorang itu mampu mengkaji dan mengunggulkan satu pendapat yang paling kuat (rajih). Akan tetapi apa yang dianggap kuat olehnya mungkin dianggap lemah (marjuh) oleh orang yang lain dan demikianlah sebaliknya. Perkara ini, yakni timbul tenggelam antara rajih dan marjuh, tidak pernah akan mengenal titik noktah.

Maka apabila berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori pertama ini, seseorang itu hendaklah mempraktikkan Fiqh al-Awlawiyyat. Fiqh al-Awlawiyyat ialah memberi prioriti kepada perkara yang sememangnya memerlukan prioriti mengikut tempat, masa dan keadaan. Seorang muslim yang cemerlang, hebat dan mengharapkan rahmat Allah bukanlah terdiri daripada mereka yang melakukan amalan sesuka hatinya, akan tetapi adalah mereka yang mampu menilai antara beberapa amalan yang ada, manakah yang patut diberi tumpuan demi manfaat untuk seluruh umat Islam.


Memerah fikiran dan mengembeling tenaga untuk membeza antara yang rajih dan marjuh bagi sesuatu kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori pertama tidak sepatutnya menjadi prioriti seorang muslim yang hendak mencari rahmat Allah pada masa dan zaman kini. Terdapat banyak isu lain yang sepatutnya diberi prioriti, seperti membanteras bid‘ah, membetulkan penyelewengan agama oleh golongan Islam Liberal, Syi‘ah, Orientalis dan media, berdakwah kepada golongan bukan Islam dan melakukan amar ma’ruf serta nahi mungkar.

Ketiga: Memberi Tumpuan Kepada Pendapat Yang Lebih Memudahkan.

Seandainya di dalam sesuatu kepelbagaian terdapat pendapat atau hukum yang lebih memudahkan umat Islam, hendaklah diberi tumpuan kepada pendapat atau hukum tersebut. Ini disebut sebagai Fiqh al-Taysir dan ia memang selari dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam al-Qur’an umpamanya, Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengajar kita sebuah doa yang berbunyi:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى

الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah berpesan:

يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا.


Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan.

Contoh pendapat yang lebih mudah dalam kepelbagaian pendapat yang dibenarkan adalah syarat yang membolehkan seseorang itu mempraktikkan hukum-hukum musafir. Secara umumnya pendapat tentang syarat-syarat boleh dibahagikan kepada dua:


Pendapat Pertama adalah yang meletakkan jarak minima dan tempoh maksima sebelum seseorang itu dapat mempraktikkan hukum-hukum musafir. Pendapat ini seterusnya terbahagi kepada beberapa pendapat yang lain. Masyhur di Malaysia, jarak minima ditetapkan sebagai 90 kilometer manakala tempoh maksimun ialah 3 hari. Jika seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi 90 kilometer dan keseluruhan perjalanan itu pula kurang daripada 3 hari, maka dia boleh mengqasarkan solatnya dan berbuka jika dia sedang berpuasa.

Pendapat Kedua adalah yang tidak meletakkan apa-apa jarak minima atau tempoh maksima. Asalkan seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi kebiasaan dan tidak berniat untuk menetap dalam perjalanan tersebut, dia boleh mengqasarkan solatnya dan berbuka jika dia sedang berpuasa.

Jika dianalisa, Pendapat Kedua adalah lebih memudahkan dan mendekati tujuan syari‘at Islam yang ingin mengelakkan kesukaran bagi seorang yang sedang bermusafir. Ini kerana individu yang berlainan akan menghadapi kadar kesukaran yang berbeza antara satu sama lain dalam perjalanan yang saling berlainan. Menetapkan syarat yang sama bagi semua individu dalam semua perjalanan menjauhi tujuan syari‘at di sebalik hukum musafir itu sendiri.


Adakalanya sebahagian orang keberatan untuk menyampaikan sesuatu yang memudahkan umat kerana sikap berhati-hati dan bimbang kemudahan tersebut akan diperlecehkan oleh masyarakat. Keberatan ini tidak sepatutnya timbul kerana dua sebab:


1. Sikap berhati-hati memang baik, namun hendaklah juga berhati-hati agar sikap tersebut tidak diletakkan pada tempat yang salah. Dalam kes ini, sikap berhati-hati tidak boleh dijadikan alasan untuk menyembunyikan sesuatu yang mudah kerana kemudahan itu sendiri merupakan roh atau tujuan syari‘at Islam. Menyembunyikan sesuatu yang mudah bererti menyembunyikan Islam yang sebenar dan seseorang itu lebih patut berhati-hati daripada melakukan kesalahan seumpama ini.

2. Orang yang memperlecehkan hukum agama bukanlah mereka yang mempraktikkan kemudahan agama secara berlebih-lebihan, akan tetapi adalah mereka yang tidak mempraktikkan apa-apa hukum agama. Oleh itu tidak perlu bimbang akan kemungkinan sesuatu kemudahan agama akan diperlecehkan oleh masyarakat. Malah sesuatu yang lebih patut dibimbangkan ialah, kenapa sebahagian masyarakat tidak mempraktikkan apa-apa hukum agama? Mungkinkah, saya ulang: mungkinkah salah satu daripada faktor utama adalah kerana mereka selama ini dipaksa dengan pelbagai hukum yang berat dan azab yang menakutkan sehingga akhirnya mereka berputus asa dan menjauhkan diri daripada agama? Saya buka soalan ini untuk renungan para pembaca sekalian.


Saya kembali kepada objektif utama MPP adalah bagi menjaga kebajikan pelajar. Dalam hal ini saya melihat beberapa perkara dalam menentukan keputusan yang saya ambil. Keputusan-keputusan yang diambil adalah daripada mesyuarat-mesyuarat MPP. JKK dan pihak universiti sebelum keputusan akhir yang saya akan ambil. Keputusan ini akan memberi kesan kepada semua pelajar seperti kes perpindahan pelajar kanan ke kolej-kolej baru dengan mengambil pendekatan untuk menyokong dasar universiti tetapi bersyarat seperti kenyataan saya sebelum ini dan resolusi yang telah MPP dan JKK hasilkan. Dengan merujuk beberapa pemberat seperti yang saya lampirkan dan juga memohon hidayah daripada Allah S.W.T, saya mengmbil keputusan drastik ketika itu bagi penyelesaian jangka pendek dan juga membuat perancangan jangka panjang yang akan saya susuli kemudian. Rujukan saya dengan mengambil beberapa pemberat iaitu daripada (Hadis 40 - Imam An-Nawawi).


HADIS 27

‫ﻋﻦ اﻟﻨﻮاس ﺑﻦ ﺳﻤﻌﺎنt ‫ﻋﻦ اﻟﻨﺒﻲe ‫ﻗﺎل: )) اﻟﺒﺮ ﺡﺴﻦ اﻟﺨﻠﻖ. واﻹﺛﻢ ﻣﺎ ﺡﺎك ﻓﻲ ﻧﻔﺴﻚ ‫وآﺮهﺖ أن یﻄﻠﻊ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﻨﺎس ((. رواﻩ ﻣﺴﻠﻢ. وﻋﻦ واﺑﺼﺔ ﺑﻦ ﻣﻌﺒﺪt ‫ﻗﺎل: )) أﺗﻴﺖ رﺳﻮل ‫اﷲe ‫ﻓﻘﺎل: ) ﺟﺌﺖ ﺗﺴﺄل ﻋﻦ اﻟﺒﺮ؟ ﻗﻠﺖ: ﻧﻌﻢ. ﻗﺎل: اﺳﺘﻔﺖ ﻗﻠﺒﻚ اﻟﺒﺮ ﻣﺎ اﻃﻤﺄﻧﺖ إﻟﻴﻪ اﻟﻨﻔﺲ (( ‫واﻃﻤﺄن إﻟﻴﻪ اﻟﻘﻠﺐ، واﻹﺛﻢ ﻣﺎ ﺡﺎك ﻓﻲ اﻟﻨﻔﺲ وﺗﺮدد ﻓﻲ اﻟﺼﺪر وإن أﻓﺘﺎك اﻟﻨﺎس وأﻓﺘﻮك .‫ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ رویﻨﺎﻩ ﻣﻲ ﻣﺴﻨﺪي اﻹﻣﺎﻣﻴﻦ؛ أﺡﻤﺪ ﺑﻦ ﺡﻨﺒﻞ واﻟﺪارﻣﻲ ﺑﺈﺳﻨﺎد ﺡﺴﻦ

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim. Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik. Pengajaran hadis: (1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.


HADIS 33

‫ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﺒﺎس رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ أن رﺳﻮل اﷲe ‫ﻗﺎل: )) ﻟﻮ یﻌﻄﻰ اﻟﻨﺎس ﺑﺪﻋﻮاهﻢ ﻻدﻋﻰ ‫رﺟﺎل أﻣﻮال ﻗﻮم ودﻣﺎءهﻢ، ﻟﻜﻦ اﻟﺒﻴﻨﺔ ﻋﻠﻰ اﻟﻤﺪﻋﻲ، واﻟﻴﻤﻴﻦ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ أﻧﻜﺮ (( ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ .‫رواﻩ اﻟﺒﻴﻬﻘﻲ وﻏﻴﺮﻩ هﻜﺬا وﺑﻌﻀﻪ ﻓﻲ اﻟﺼﺤﻴﺤﻴﻦ

Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Daripada lbnu 'Abbas r.a.( )رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎbahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku. Pengajaran hadis: (1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan. (2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut. (3) Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama.


HADIS 34

‫ﻋﻦ أﺑﻲ ﺳﻌﻴﺪ اﻟﺨﺪريt ‫ﻗﺎل: ﺳﻤﻌﺖ رﺳﻮل اﷲe ‫یﻘﻮل: )) ﻣﻦ رأى ﻣﻨﻜﻢ ﻣﻨﻜﺮا ﻓﻠﻴﻐﻴﺮﻩ .‫ﺑﻴﺪﻩ، ﻓﺈن ﻟﻢ یﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻠﺴﺎﻧﻪ، ﻓﺈن ﻟﻢ یﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻘﻠﺒﻪ. وذﻟﻚ أﺿﻌﻒ اﻹیﻤﺎن (( رواﻩ ﻣﺴﻠﻢ

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. Pengajaran hadis: (1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak. (2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu. (3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.


Akhir kata, saya juga sedia menerima pandangan-pandangan seterusnya dan sekiranya terdapat kesilapan dalam artikel ini saya terbuka untuk menerima teguran dan akan memperbetulkan yang mana salah. Justeru itu, saya berharap ahli-ahli MPP dari Majlis Tertinggi dan semua Jabatan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif dan kerjasama erat dari semua pihak amat-amat diharapkan dengan harapan pengurusan yang lebih mantap daripada saya bagi suku kedua tahun ini bagi meningkatkan tahap profesionalisme MPP UTHM. Sahabat-sahabat mahasiswa juga diminta untuk berdiri teguh di belakang MPP bagi memantapkan lagi perjuangan kita dalam bersama-sama menjaga kebajikan pelajar dan seterusnya bersama-sama merealisasikan hasrat universiti dalam meningkat kualiti dan mutu dalam bidang pendidikan pengajian tinggi negara seperti hasrat kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebelum saya akhiri kata-kata ini, serangkap pantun saya rungkaikan kepada rakan-rakan seperjuangan........

Hang Tuah pahlawan terbilang,
Bunuh Jebat kerana raja,
Perjuangan kita tidak akan hilang,
Selagi penyokongnya tetap setia.

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua MPP Sesi 08/09

2 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.