Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

3 comments

MAKLUMBALAS MPP
( SACAM - SISTEM ONLINE ADUAN CADANGAN MAHASISWA )

http://webapp.uthm.edu.my/mpp/submitnews.php ( Untuk Aduan)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/ ( Maklumbalas)


Kolej Kediaman [ by.............. on Thu 23rd Apr 09, 5:06pm]


1. Pelajar kolej kediaman TDI dimaklumkan perlu pindah ke taman kelisa parit raja. Disini kami ingin tahu mengapa pelajar2 kampus bandar tidak di pindahkan ke taman kelisa yang mana lebih berdekatan dengan kampus bandar sedangkan kami(pelajar FKMP dan FKEE) yang kelas di kampus induk terpaksa duduk lebih jauh dari kampus bandar?
Ini agak membebankan kami dan harap MPP dapat membantu kami dalam hal ini.

2. Disini terdapat beberapa cadangan antaranya:

Pelajar di kolej melewar yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar yang belajar di kampus bandar di tempatkan di taman kelisa dan pelajar yang kebanyakkan kelas di kampus bandar di tempatkan di kolej melewar, atau

Semua pelajar baru ditempatkan di taman Universiti yang baru dan separuh pelajar di kolej kediaman dipindahkan ke melewar dan perwira.

3. Apabila kolej yang baru siap, adakah semua pelajar akan di tempatkan di kolej kediaman?


Jawapan :


1. Berkenaan persoalan ini, pelajar-pelajar kampus bandar juga dipindahkan ke Taman Kelisa. Bukan hanya pelajar FKMP dan FKEE sahaja yang akan dipindahkan. Terdapat percampuran fakulti di kolej tersebut.

2. Berkenaan cadangan ini sememangnya bagus. Selaku MPP saya menyokong idea-idea yang dapat membawa kebaikan kepada semua pihak. Tetapi implementasi kemasukan pelajar belum berlaku sehingga kemasukan pada bulan Julai. Selepas itu, saya akan mengkaji terlebih dahulu dengan melihat kelemahan-kelemahan apabila keadaan sebenar pada masa itu. Selaku YDP saya berharap rakan-rakan mahasiswa dapat bersabar terlebih dahulu sehingga pelaksanaan tersebut berlaku.


Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(a) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(b) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.....

3) Polisi universiti sememangnya inginkan kesemua pelajar duduk di kolej-kolej bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat kualiti terbaik dalam proses pembelajaran. Walaubagaiamanapun kekangannya adalah tempat. Kolej baru tersebut sebenarnya adalah bangunan yang telah siap yang haya perlu adalah pengubahsuaian daripada segi kemudahan untuk pembelajaran. Kapasiti penempatan di kolej baru akan dimaksimumkan berdasarkan permintaan pelajar-pelajar di kolej-kolej kediaman.

Untuk kesemua pelajar dapat menduduki kolej-kolej kediaman adalah mustahil pada masa kini, perancangannya sudah ada iaitu di untuk jangka panjang, dalam RMK-10 pelan induk yang telah di buat iaitu perumahan-perumahan untuk pelajar akan di buat dan ini bergantung dengan peruntukkan daripada kerajaan.


Sekian, Terima kasih.


Tidak puas hati dengan pertukaran kolej kediaman secara tiba-tiba [ by ..................on Thu 23rd Apr 09, 2:10pm]


Saya berasa tidak puas hati dengan pertukara kolej kediaman secara tiba-tiba. Saya dari kktdi dipaksa menukar kolej kediaman ke kolej kediaman di taman kelisa. Setahu saya bahawa fasiliti di sana adalah tidak cukup dan pembangunan sedang dijalankan. Saya tak faham kenapa hanya pelajar tahun1 yang masuk sesi 08/09 saja yang kena tukar dan kenapa pelajar baru tidak boleh tinggal di kolej kediaman yang baru? [b]Adakah kerana pelajar yang lama sikit di sini boleh dikorban cuba untuk tinggal di asrama baru?[/b] Kami sudah hampir satu tahun tinggal di kolej kediaman tun dr. ismail, saya tinnggal di sini gembira dan ai mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dalam satu tempat yang baru........Oleh itu saya harap MPP dapat membuat sesuatu supaya kita tidak perlu pindah ke kolej kediaman baru........tq.


Jawapan :


Berkenaan permasalahan saudara, kesemua pelajar kanan daripada kolej-kolej kediaman lain juga menghadapi masalah yang sama.


Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(a) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(b) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.....

Sekian, Terima kasih.


BANTAHAN PERPINDAHAN PELAJAR KKTSN INTAKE SEMESTER 2 SESI 08/09 [ by...............on Thu 23rd Apr 09, 11:19am]


Pelajar intake disember semester 2 sesi 08/09 yg sedang menginap di KKTSN di kehendaki berpindah dr KKTSN ke kolej kediaman luar di Taman Universiti pada semester hadapan julai 2009.
Apakah rasional ye kami DIPAKSA pindah ke kediaman luar?
Kenapa pihak Pentadbiran KKTSN tidak berbincang dengan kami terlebih dahulu?
Mana hak kami? Kecewa dengan cara Pengurusan Pentadbiran Kolej.
Diharap Pihak MPP memainkan peranan UTAMA dalam permasalahan ini.
Lebih-lebih lagi kepada Biro Penempatan & Kolej Kediaman.
Kami sudah undi anda sebagai Perwakilan kami.
Sekian, Terima Kasih.


tidak puas hati dengan pentadbiran kolej kediaman tun syed nasir [ by............on Thu 23rd Apr 09, 10:48am]


kami,pelajar yang menetap di kolej kediaman TSN amat kecil hati dengan tindakan pihak pengurusan kolej dengan mengeluarkan kami seramai 114 org iaitu sesi kemasukan disember 08/09, daripada menduduki kolej TSN pada semester hadapan dan seterusnya. apakah kami tiada hak untuk menetap di kolej ini sedangkan semua aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kami turuti demi menjaga mata merit untuk menginap di kolej kediaman. harap pihak MPP yang telah kami undi dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera,sebelum berakhir semester ini. harap,pihak MPP tidak memandang perkara ini sebelah mara atau seperti melepas batuk di tangga.

-pelajar yang kesedihan-


Jawapan :


Rasional pemindahan ini adalah seperti berikut :-


(1) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(2) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

(3) Kegusaran mengenai tahap keselesaan, keselamatan dan kemudahan di kolej-kolej kediaman baru inilah yang harus diambil berat oleh pihak universiti lebih-lebih lagi wakil-wakil pelajar yang dikenali sebagai JKK pastilah belum ada untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sana. Pihak MPP telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Unit Perumahan HEP untuk penjelasan ini. Berikut adalah butiran jawapan yang diterima :-

Kolej Kediaman Bandar Universiti :-

- 38 unit rumai kedai
- Kemudahan yang cukup untuk belajar
- Ada kawalan keselamatan ( berpagar)
- Di huni oleh pelajar lelaki dan perempuan ( berasingan)
- Kemudahan wireless
- Di bawah pengurusan baru ( Pejabat)
- Pengangkutan disediakan

Kolej Kediaman Taman Kelisa

- Unit rumah kedai
- Kemudahan yang cukup
- Berdekatan dengan KFC
- Pengangkutan disediakan
- Kemudahan Cafe
- Kemudahan wireless
- Pengurusan bekerjasama dengan KKTSN

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.....

Sekian, Terima kasih.


* Berkenaan kekecewaan terhadap Pentadbiran KKTSN. Pihak MPP telah berjumpa dengan Penolong Pengurus Asrama KKTSN, Pn. Raden DewiSetiawati bte Raden Muhammed, beliau akan mengeluarkan segala justifikasi dan rasional atas tindakan pihak kolej tersebut dalam masa seminggu.

3 comments

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.