Pin It

Widgets

Koleksi mutiara kata & kata hikmat untuk bacaan & pedoman bersama.


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

1.‘Kesedaran sekalipun hanya sesaat saja sering lebih berharga daripada pengalaman sepanjang hidup’ - Oliver Wendell Holmes
2.‘Orang yang membaca sebuah buku yang dalam ertinya, lebih besar manafaatnya daripada membaca 50 buah buku cerita yang tidak beerti’ - Unknown
3.‘Orang yang berlaku sopan santun kepada orang tua-tua, nyata berperasaan baik dan berhati pengasih. Yang kecil dikasihi sama besar hormat dihormati’ - Unknown
4.‘Orang yang berjaya ialah orang yang berilmu manakala orang yang disegani ialah orang yang berbudi’ - Unknown
5.‘Kematangan bukanlah suatu keadaan yang dicapai secara tiba-tiba. Ia merupakan suatu perkembangan yang berterusan dan dicapai lebih banyak oleh wawasan daripada usia’ - Michal Drury
6.‘Orang yang bijaksana adalah orang yang mengatahui sejauh mana dia dapat pergi’ - Jean Cocteau
7.‘Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan ilmu pengatahuan’ - Johann Wolfgang Von Goethe
8.‘Berfikiran tradisional adalah musuh nombor satu bagi orang yang mempunyai suatu program kejayaan peribadi. Berfikiran tradisional membekukan fikiran anda, menghalang kemajuan dan mencegah anda memperkembangkan tenaga kreatif’ - John Schwartz Davey
9.‘Kesulitan adalah batu asahan kehidupan setiap puncak kerjaya dicapai dengan jalan mengatasi kesulitan kesulitan’ - John Schwartz Davey
10.‘Kalau kamu berbuat baik hendaklah kamu tutup dan kalau orang membuat kebaikan kepada kamu hendaklah kamu berterima kasih’ - Unknown
11.‘Kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi kerana persatuan, persatuan diperolehi kerana kesepakatan’ - Unknown
12.‘Kelebihan burung adalah sayapnya. Kelebihan gajah adalah kekuatannya tetapi kelebihan manusia adalah akalnya’ - Unknown
13.‘Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali’ - Hajji Bektasy Wali
14.‘Jangan bersedih hati kerana tidak menduduki jawatan tinggi, lebih baik memikirkan cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu’ - Harold Khon
15.‘Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat merbahaya’ - Harold Khon
16.‘Daripada pengajaran itu menambahkan ilmu, Daripada zikir itu menambahkan kasih dan daripada tafakur itu menambahkan takut’ - Hatim
17.‘Katakanlah yang benar walaupun pahit untuk dikatakan’ - Hobben

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.