Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments


Salam..... minta kepada pemilik blog ( http://promahasiswauthm.blogspot.com ) untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP?
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217). Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran... InsyaAllah... Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan.....Walllahhua`lam...

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.