Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

ISU PENEMPATAN PELAJAR KANAN DI KOLEJ KEDIAMAN PADA SEMESTER AKAN DATANG..

* Sejak beberapa hari ini terdengar kegelisahan pelajar-pelajar kanan yang masih mempunyai kontrak penempatan samada melalui mulut, sms dan blog-blog. Isunya ialah pelajar-pelajar kanan yang tidak mendapat tempat di kolej-kolej kediaman seperti KKTDI, KKTF, KKTSN, KKP, dan KKM. Malah melalui notis-notis senarai nama yang dikeluarkan terdapat sekelompok yang akan dipindahkan ke kolej-kolej kediaman yang akan di buka pada semester akan datang iaitu Kolej Kediaman Bandar Universiti dan Kolej Kediaman Taman Kelisa.

Ketidakpuashatian ini adalah kerana hanya segelintir pelajar-pelajar kanan yang dikekalkan di kolej-kolej kediaman utama tersebut. Pemilihan ini jika diteliti adalah prioritinya diberikan kepada JKK yang baru sahaja dilantik dan juga tapisan oleh Pihak Pejabat Kolej Kediaman bagi pelajar-pelajar yang aktif akan dikekalkan. Maka di sini adalah fungsi kepada JKK untuk menerangkan polisi pengambilan pelajar-pelajar ini yang dikekalkan penempatannya. Saya mencadangkan kepada JKK untuk menampal notis senarai nama pelajar yang dikekalkan dengan penglibatan mereka yang digelar aktif ini bagi menunjukkan ketelusan kepada pelajar-pelajar kanan yang lain yang telah dinafikan hak mereka.

Kepada pelajar-pelajar kanan juga tidak harus menyalahkan 100% kepada JKK ini memandangkan hanya beberapa minggu sahaja mereka menjawat jawatan ni lebih-lebih lagi kekusutan ini menjelma tatkala Peperiksaan Akhir menjelang tiba. Penerangan yang cepat harus diberikan kerana pelajar-pelajar kanan ini juga dalam keadaan gelisah dalam menghadapi perperiksaan akhir dan memikir nasib mereka pada semester akan datang.

Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(1) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(2) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

(3) Kegusaran mengenai tahap keselesaan, keselamatan dan kemudahan di kolej-kolej kediaman baru inilah yang harus diambil berat oleh pihak universiti lebih-lebih lagi wakil-wakil pelajar yang dikenali sebagai JKK pastilah belum ada untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sana. Pihak MPP telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Unit Perumahan HEP untuk penjelasan ini. Berikut adalah butiran jawapan yang diterima :-

Kolej Kediaman Bandar Universiti :-

- 38 unit rumai kedai
- Kemudahan yang cukup untuk belajar
- Ada kawalan keselamatan ( berpagar)
- Di huni oleh pelajar lelaki dan perempuan ( berasingan)
- Kemudahan wireless
- Di bawah pengurusan baru ( Pejabat)
- Pengangkutan disediakan

Kolej Kediaman Taman Kelisa

- Unit rumah kedai
- Kemudahan yang cukup
- Berdekatan dengan KFC
- Pengangkutan disediakan
- Kemudahan Cafe
- Kemudahan wireless
- Pengurusan bekerjasama dengan KKTSN

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.....

Sekian, Terima kasih.

Saya lampirkan sekali gambar di kawasan yang akan dijadikan sebagai Kolej Kediaman baru ( Keadaan asal iaitu belum ada pengubahsuaian) . Gambar ini di tangkap pada petang tadi ketika saya dan 2 orang ahli MPP turun padang untuk melihat kawasan tersebut.


Pemandangan di Taman Universiti............... Pemandangan di Taman Kelisa

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.