Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Diari Harian ( Khamis, 9 April 2009 ):

8.00 a.m : Bergegas ke HEP untuk mempercepatkan permohonan sdri Nur Liana drpd Jabatan Kerohanian & Sahsiah MPP dalam usahanya memenuhi jemputan ke Konvensyen Al-Quran anjuran UITM Shah Alam pada 11-12 April 2009…. Kelulusan tertangguh kerana surat di terima pada 30 Mac 2009 ( Agak lewat) dan juga mewajibkan bayaran RM55/seorang. Memandangkan senarai nama yang di hantar seramai 38 org termasuk Qari dan pembahas ( 1 Bas), kosnya agak tinggi. Permulaannya hanya Qari dan pembahas yang hendak di tanggung universiti. Setelah berbincang dengan Pejabat HEP, saya berusaha untuk mendapatkan peruntukkan bagi kesemua peserta memandangkan jumlah RM55 agak besar bagi seseorang pelajar. Maka jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung universiti ialah 38 org x RM55 = RM2090.00. Terima kasih kepada Timbalan Pendaftar HEP, En. Malek kerana mempertimbangkan permohonan saya. Semoga Qari dan pembahas UTHM dapat melaksanakan tanggungjawab yang di galas.... Selaku YDP saya menyokong 100% program ini dalam meningkatkan syiar Islam......

10.00 a.m : Kuliah Subjek Mekanik Tanah ( Tamat 12.00 p.m )

12.00 p.m : Menghantar Sijil Rakan MPP untuk pengesahan HEP.... Membantu sdri Martina dari Jabatan Promosi dan Publisiti dalam membuat permohonan peruntukkan khas bagi banner MPP akan datang......

1.00 p.m : Rehat, Solat

2.00 p.m : Perbincangan personel dengan pelajar berkenaan beberapa masalah peribadi dan ke bendahari UTHM bagi penjelasan yuran perkhidmatan pengangkutan yang pelajar bayar....
Penjelasan yang di beri pelajar hanya membayar RM25 ( Tabung Khidmat Pelajar ) dalam penyata kewangan bagi satu semester bersamaan pelajar membayar yuran perkhidmatan dalam minggu kuliah selama 14 minggu ( 98 hari) ialah sehari bersamaan RM 0.25 sen walaupun berulang kali menaiki kenderaan dalam sehari. Yuran ini termasuklah pengangkutan pagi aktiviti-aktiviti dan program-program pelajar.




3.00 p.m : Turun padang di Hentian Bas Dataran Kawad, bagi pemantauan percubaan jadual bas baru yang kemungkinan besar dilaksanakan pada semester lepas iaitu selama 3 jam ( 3.00 pm hingga 6.00 p.m) bersama-sama En. Dzeffery, Pengusaha Sikun Jaya Sdn. Bhd sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan. Iaitu selang 15 minit berbanding 30 minit pada masa sekarang. Ianya bergantung kepada kelulusan penambahan bas yang dalam peringkat akhir kelulusan mesyuarat eksekutif universiti. Lampiran Jadual baru akan dipamerkan.

6.00 p.m : Balik ke Bilik Gerakan MPP untuk pengemaskinian surat-surat yang sampai pada hari ini, kemudian pulang ke Kolej Kediaman Melewar.

7.00 p.m : Niat ingin ke Solat Hajat anjuran Kelab Pendidikan Teknik & Vokasional di kampus bandar tetapi membatalkan saat-saat akhir kerana kepenatan. Solat dan kembali ke bilik gerakan MPP untuk kerja-kerja pejabat.

10.00 p.m : Meluangkan masa menaip kegiatan harian pada hari ini... (Skrg)....

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.