Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

DELEGASI UTHM KE KONVENSYEN AL-QURAN DI UITM SHAH ALAM



UTHM 13 April - Bertempat di UiTM Shah Alam, pada 11-12 April 2009, Konvensyen Al-Quran telah dianjurkan dan UTHM telah menghantar penyertaan seramai 29 orang yang terdiri daripada 8 lelaki dan 21 perempuan. Motto konvensyen ini ialah “Kearah membuktikan kebenaran Al-Quran”. Pada 11 April 2009, sesi pagi telah diadakan dua pembentangan kertas kerja. Kertas kerja yang pertama bertajuk “Al-Quran dan Sains” yang telah dibentangkan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Penciptaan alam semesta melibatkan the big bang, nuclear fusion, subatomic particle, dark matter, dark energy, blackholes, universe stability dan cycle of energy. Kertas kerja yang kedua bertajuk “Asas-asas pembentukan tamadun dalam perspektif Al-Quran” yang telah dibentangkan oleh Sheikh Uthman El-Muhammady. Asas-asas pembentukan tamadun dalam perspektif Al-Quran melibatkan pemerhatian terhadap akidah, epistemologi dan kerangka peradaban. Pada sesi petang telah diadakan sesi perbahasan. UTHM telah diwakili oleh tiga orang terdiri daripada Mohd Hadi B. Abd Rahman, Mohd Azham B. Ahmad dan Asma’ BT Zaid. Pada sesi malam telah diadakan forum bertajuk “Cintaku pada Al-Quran”. Jika kamu susah hati bawalah hati untuk membaca Al-Quran, mendengar orang membaca Al-Quran, mendengar tazkirah dan solat tahajjud. Terdapat dua perkara yang tidak menyesatkan kamu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Pada 12 April 2009, telah diadakan pertanding tilawah Al-Quran. UTHM telah menghantar Muhamad B. Mohd Termezi untuk menyertai pertandingan tersebut. Selepas pertandingan tilawah al-Quran, telah diadakan satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghafarullahuddin bin Hj. Din. Ustaz mengatakan umat zaman sekarang lemah kerana cinta dunia dan takut mati. Ustaz turut menceritakan kisah mengenai Abu Nawas dan baginda sultan yang memberikan banyak manfaat kepada pendengarnya. Konvensyen ini tamat dengan jayanya pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulilah...


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.