Pin It

Widgets

Antara Wanita dan Lelaki


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

No comments

Wanita dan lelaki adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan untuk saling lengkap-melengkapi. Di dalam Al Qur’an, Allah SWT berfirman berkaitan dengan keberadaan manusia, yang terdiri dari laki-laki dan perempuan, sebagai berikut :“ Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, lalu menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal. (Surah al-Hujurat 49:3).) " Diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram dengannya" (Surah ar-Rum 30:2)

Adalah suatu yang lumrah apabila wujud 'chemistry' antara wanita dan lelaki. Ia adalah manifestasi naluri manusia untuk melanjutkan keturunan, yang menuntut suatu pemuasan ketika bergejolak. Akan tetapi, naluri tersebut tidak akan bergejolak, kecuali kerana adanya fakta yang dapat diindera atau adanya fikiran-fikiran yang sengaja ditimbulkan. Kita dapati masalah sosial yang bermaharajalela di dalam masyarakat saat ini disebabkan tidak adanya batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Masyarakat Islam sendiri telah termakan idea Barat yang mana mereka tindakan menciptakan fakta-fakta yang terindera dan fikiran-fikiran dan fantasi-fantasi seksual merupakan tindakan yang lazim mereka lakukan. Tujuannya adalah demi membangkitkan naluri seksual mereka sehingga naluri tersebut menuntut pemuasan. Apabila masyarakat lebih selesa menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti hiburan dan kurang peduli masalah-masalah sosial disekeliling mereka, bagaimanakah aspirasi melahirkan masyarakat cemerlang & gemilang hendak dicapai?

Penyelesaian Menurut Perspektif Islam

i. Ketaqwaan Individu

Islam yang lengkap ini memiliki pengaturan dan hukum-hakam tentang apa jua permasalahan yang menimpa manusia. Seorang muslim sejati yang menjadikan redha Allah sebagai penentu perbuatannya meyakini bahawa akidah yang mantap akan membantu seseorang menangani isu berkenaan dengan pemenuhan naluri melanjutkan keturunan (gharizatul nau’) iaitu melalui pernikahan. Sekiranya masih belum berkemampuan, naluri ini dikekang dengan mengalihkannya pada aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah (taqarrub ilalLah) seperti berpuasa sebagaimana hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, "Wahai pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang mampu berumahtangga, maka menikahlah. Sebab, menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang)" Ini selaras dengan firman Allah – "Orang-orang yang tidak mampu untuk menikah, hendaklah menjaga kesucian (diri)nya hingga Allah memberikan kepada mereka kemampuan dengan kurnia-Nya (Surah an-Nur 24;33). Dia juga disarankan agar. Sekiranya terdapat realiti seperti wanita seksi lalu di hadapan mata, dia akan dengan segera menundukkan pandangannya sebagaimana perintah Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 30, "Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka". Sementara bagi para wanita pula, mereka mematuhi perintah menundukkan pandangan, memakai khimar (tudung kepala) dan berjilbab ketika di tempat umum dan di hadapan lelaki bukan mahram sebagaimana firman Allah : "Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dada mereka. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya (surah An-Nur 24: 31) "Hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka keatas seluruh tubuh mereka (Surah al-Ahzab :59).


ii. Kawalan Masyarakat

Walaubagaimanapun, seperti mana hukum-hakam lain, pelaksanaan syariat sepenuhnya tidak sekadar bergantung kepada ketaqwaan individu tetapi juga kawalan masyarakat yang mana apabila berlaku sesuatu aktiviti maksiat, setiap ahli masyarakat terpanggil untuk melakukan tindakan pencegahan, iaitu nahy munkar seperti mana hadis - Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, dengan hatinya (di dalam hati). Itulah selemah-lemah iman.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.