Pin It

Widgets


posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on

2 comments

Aduan Terbaru ( Aduan yang baru di terima.... daripada saya akan mengetengahkan aduan anda pada 27hb April 09 memandangkan 25hb dan 26hb adalah cuti minggu).... harap maklum.....

63 pertukaran kolej kediaman. [ by.............. on Fri 24th Apr 09, 6:37pm]
Assalamualaikum.

Seperti sedia maklum, pelajar yg menetap di TSN, TDI dan TF terpaksa dipindahkan ke Taman Kelisa dan Taman Universiti. kenapa ini berlaku? saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang tidak berpuas hati. Apabila ditanya, intake untuk sem. hadapan telalu ramai. Ini bermakna asrama tidak mencukupi. Tetapi apabila student yang akan dipindahkan ke taman-taman tersebut memohon untuk menyewa rumah, pihak kolej kediaman tidak membenarkan. Aiii tadi cakap asrama tak cukup. Kenapa bukan student baru sahaja yang diletakkan disana?. Sebelum ini ada diwujudkan kad aktiviti pelajar untuk memastikan hanya student yg aktif sahaja dapat tinggal diasrama, itu pun selepas 2 tahun. Setelah saya sertai semua aktiviti yg disediakan? ini balasan yang saya dapat? saya rasa ini satu tindakan yang tidak adil. saya harap pihak mpp dapat membantu menyelesaikan masaalah ini.

62 MINTA PERTOLONGAN... [ by ............ on Fri 24th Apr 09, 6:07pm]
kami pelajar kemasukan sesi 1 08/09 telah diminta menghuni tmn u dan taman kelisa pada sem hadapan.

ini mendatangkan pelbagai masalah pada pihak kami..dan kami merasa tidak adil kerana ada juga yang tidak perlu pindah..kenapa??? apa slh kami??

kami cadangkan supaya menetapkan pelajar baru ke tmn u dan tmn kelisa, sedangkan kami dikekalkn di kolej kediaman asal.

minta pertolongan masalah kami diketengahkan.
terima kasih.....

61 kolej kediaman [ by.................... on Fri 24th Apr 09, 5:58pm]
diharapkan supaya pelajar yang baru masuk yang akan menduduki kolej kediaman yang baru. pelajar lama diharapkan dapat menduduki kolej kediaman sedia ada.

60 harap sgt-sgt MPP dapat bantu..tolong kami.. [ by ...........on Fri 24th Apr 09, 5:49pm]
assalamualaikum..

saya wakil dari penghuni kolej kediaman tun fatimah..kami hadapi masalah yang amat merungsingkan.."PINDAH ASRAMA KE TAMAN U"..

saya wakil dari penghuni kolej kktf sesi 08/09 memohon jasa baik pihak MPP utk menyuarakan bantahan kami untuk berpindah keluar dari menghuni kktf. memandangkan kami masih ada kontrak setahun menghuni..kenapa tidak pelajar baru yang ditempatkan di taman u...

mcm-mcm masalah timbul..susah nak simpan barang, nak pindahkan barang...kenapa mesti kktf, kenapa tidak tsn, tdi? bukankah lebih senang pihak U menempatkan pelajar baru (terus pindah masuk) ditaman u . sedangkan kami yang hanya tinggal setahun lagi terpaksa susah payah berpindah, sudah la dalam minggu final. runsing kami...adakah perlu kami sediakan surat bantahan dan ditandatangani lebih seratus penghuni utk hal kami di ketengahkan...kenapa mesti kami pelajar perempuan yang mesti berpindah!!..harap sanagt pihak MPP beri perhatian 200% utk masalah kami...semoga suara dari pihak MPP dapat membantu kami...terima kasih

Jawapan :

( Aduan ini yang baru di terima.... daripada saya akan mengetengahkan aduan anda pada 27hb April 09 memandangkan 25hb dan 26hb adalah cuti minggu).... harap maklum.....

Makluman pada malam ini saya telah meninjau kesemua kolej kediaman untuk mendapatkan data daripada senarai nama yang telah dikeluarkan.....

KKTSN - KEKAL = 32 SISWA
- PINDAH ( TAMAN U ) = 114 SISWA

KKP - KEKAL = 383 SISWA
- KEKAL = 236 SISWI
- SUKSIS = 180
- ROTU = 109
- HABIS KONTRAK & DAPAT SAMBUNG = 71 SISWA
- HABIS KONTRAK & DAPAT SAMBUNG = 63 SISWI
- PINDAH ( TAMAN U) = 62 SISWA & 58 SISWI

KKTF - KEKAL = 42 SISWI
- PINDAH ( TAMAN U) = 385 SISWI

KKTDI - KEKAL = 24 SISWA
- PINDAH ( TAMAN KELISA) = 269 SISWA

KKM - MASIH BELUM KELUAR SENARAI NAMA

* Sekiranya pelajar dapat melihat ianya melibatkan ramai pihak, adalah mustahil untuk kami untuk memuaskan hati semua pihak. Di harap kesemua pelajar kanan yang terlibat dapat melihat dalam perspektif yang rasional dalam hal ini. Saya selaku YDP akan berusaha untuk membawa hal ini ketengah tetapi mungkin jawapannya selepas ini tidak dapat memuaskan hati kesemua pihak.

* Terima kasih kepada pihak KKTSN kerana pada hari ini mengeluarkan maklumat mengenai definisi aktif yang menjadi persolan pelajar kanan yang di terima masuk kembali.

* Di KKTF pula saya ternampak poster perjumpaan pihak pentadbiran KKTF bersama penghuni Ahad ini. Kepada pelajar pada ketika itu boleh bertanyakan soalan2 yang dapat menjawab persoalan anda. Di harap pihak pentadbiran kolej-kolej lain dapat mengikut langkah ini dengan JKK memainkan peranan untuk mengadakan sesi tersebut.

2 comments

  1. Anonymous
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by fadzilmahasiswa.blogspot.com Enhanced by fadzilmahasiswa.blogspot.com

Leave a Reply

Fadzil Hanid. Powered by Blogger.